Makan-makan @East Coast Lagoon

Baru nak bercerita pasal ni kan…. MAsa masuk Singapore hari tu, since sekejap jee, so we decided untuk pi makan kat East Coast. Sebab tepi pantai.  Sebab ingat nak makan sate yang sedap n Sup tulang merah. Lepas tu senang bebudak nak berlari. So, terus je kesana. HAri tu pernah pernah pergi makan dengan sepupu-sepupu so dah tau lah.

Sampai je sana, first mencari toilet dulu budak-budak ni, kecuali Rayyan lah sebab dia lapar. Kiterang order sikit-sikit dan pakat makan

image

Sup tulang merah

image

Kasi close up sikit… haaaa… ni rupa dia. Walaupun orang kata kat Beach Road sedap… yang ni punn sedap gak. Sedap yang tersendiri. Kalau yang kat Beach Road rasa sedikit manis, kuah dia pekat, tapi kat sini rasa dia more berempah dan kurang manis. Dua-dua I suka. NI kira menu wajib makan kalau kiterang pergi Singapore. Actually, I dah jumpa rempah nak masak tulang merah kat supermarket dia, tapi tak beli sebab, I pikir, kalau nak makan datang Singapore je. Cuma bila pikir pasal currency tu macam mencekik darah. Order S$10 je

image

NI dekat gerai yang sama order chicken chop. Ha kau …CHicken chop pun kaler merah. Ashraff kata sedap. Kuah dia macam kuah Sup tulang merah. Harga dia S$6

image

Ni Rayyan n Afriena punya… Nasi goreng seafood. Dorang share tapi kiirakan semua angkat pinggan sudu sama-sama sebab banyak. Lagipun dorang makan sate jugak. Sate kambing kat gerai sebelah sedap sey…$6

image

Carrot Cake. Kheirul yang order . Sedap. Susah nak jumpa ni. $5

image

ORang tak ramai lagi sebab kiterang sampai before lunch hour. Dah kat nak balik baru nampak orang. Air order sorang satu, sebab semua haus. Kat Singapore panas dia lain. Gambar Sate takde plak sebab, Sate sampai dulu, terus kena serbu. Rasa sate yang sedap, sampai lupa nak bergambar dengan sate.

I letak harga tu bukan apa, senang sapa-sapa nak pi makan sana, dah boleh agak berapa duit nak kena belanja. Harga air dalam $2-$3, so agak lah berapa. Harap membantu. Anyway we had fun. Pi sana , sapa nak sewa basikal pun boleh tapi kiterang takdelah naik basikal bagai, panas berjeruk badan.

Singapore Fried Carrot Cake

Weekend lepas pi Singapore kejap, tak sampai sehari pun . Pergi pagi balik petang gitu. Saja jenjalan cuti sekolah . Kejap je jalan cuti sekolah sebab suami tak leh amik cuti lama. Kan best kalau balik kampung. heheheheh. Pergi Singapore aktiviti more like beli barang dapur sikit and amkan -makan. Alah  beli barang dapur were like beli Milo, nutella, peanut butter, cheese… tak banyak. Just few thing yang kat sini bila convert still mahal so kiterang beli lah. Bukan shopping baju kasut ke apa. Shopping makanan. Gitulah kalau ke Singapore .

Kali ni pi beli barang, kiterang pi dua tempat. Sheng Siong dan Ang Moh. Tempat tak glamour langsung bunyi nya. Tapi barang kat situ murah lah sikit. Kalau convert duit Malaysia pun still murah sangat. So beli beli beli, sekali ternampak tube of carrot cake. Amik satu nak tr masak kat rumah nanti.. huhuhu… sudah lama nak masak sendiri. Masak kat rumah tapi kat KL tak pernah jumpa.Mungkin nanti kena belajar buat carrot cake sendiri kalau nak makan.

So bila balik KL, esoknya terus masak. Memula ingat nak goreng letak kerang sekali kerang yilek pocik, so jest letak udang , fish cake dan sayur.

Resepi dia senang je… I follow instruction kat plastik

image

Satu tube ni cukup untuk 5 beranak makan

image

Potong dadu kecik macam ni, ni bukan nasi impit tau..rasa dia kalau makan gitu je, ada sikit pahit.

image

dah siap…. sempoi

BAHAN-BAHAN

  • 1 mangkuk radish carrot cake yang telah dipotong dadu
  • 100g udang
  • 2 keping fish cake
  • 50 sen taugeh
  • kicap secukup rasa
  • bawang putih 5-6 ulas – tumbuk/press/cincang
  • sedikit minyak

CARA-CARA

  • Panaskan minyak
  • tumis bawang putih sampai sedikit garing lepas tu masukkan udang
  • goreng bersama dengan tauge dan rasakan garam, matikan api angkat dan asingkan  dulu
  • panaskan minyak, goreng radish cake yang telah didadu, kalau boleh biar garing sikit
  • masukkan fish cake, kacau goreng 2-3, kemudian masukkan kicap, kacau rata lagi untuk 2 minit sehingga sebati
  • masukkan campuran udang dan taugeh, dan kacau goreng untuk 2 minit
  • ok dah siap masak

Ni kalau orang tanya mana nak beli kat sini, maaf sangat-sangat, I tak tahu kat mana. Tapi ada, jugak campuran resepi dia yang I jumpa. Dia guna sedikit tepung beras, parutan lobak putih dan sedikit parutan lobak merah. Insya ‘ Allah kalau termengidam sangat, mungkin boleh try buat sendiri dan goreng.

Ikhlas tapi pedih

Ashraff and Afriena baru start cuti. Bila 3 orang ada kat ruah memang busy jelah. Busy masak, buat itu ini, monitor dorang belajar, mengaji pendek kata semua lah kena buat. NAk update blog pun kena curi masa. Bila cuti sekolah sinki dapur tak sempat kering. Ada je nak kena masak. Dah masak kena kemas. Dorang memang dah pandai cuci pinggan sendiri tapi tak pernah reti nak lap sinki. I memang jenis, lepas cuci pinggan sinki kena lap kering. Sapa- sapa yang cuci pinggan kat rumah I mesti annoying. Lepas cuci pinggan , I mesti check sinki dah kena lap

Since bulan doblas kira cam busy sikit, so bulan ni kiterang rest lah at the moment dari pergi kelas taekwondo. Spent masa kat rumah pergi swimming. Itupun kalau tak hujan. Kalau hujan duduk jelah dalam rumah. Nak tidur pun memang tak sempat lah kalau ngan Rayyan ni. kejap masuk, mama lapar, mama haus..mama itu mama ini.

Tadi pagi pagi dia bangun, lepas tu dia datang peluk, kiss kiss, dia cakap …sayang ma. Ohhh sweet kan??? Peluk peluk mcm kucing

Pastu dia tanya.. mama? nape ama gemuk???

tetiba je rasa api keluar kot telinga, aduhh pedih hati ku.

Tapi kena jawab jugak sebab dia tunggu jawapan. I cakaplah, mama tak exercise, tak pergi taekwondo pastu makan banyak.

Dia pun cakap ohh macam tu, Rayyan pun nak