Minum Air semasa pantang

Ha.. ni nak cerita pasal minum air. Orang dulu-dulu, kalau masa pantang mesti tak kasi minum air. Kalau kasi pun minum sikit jer. Dorang cakap kalau minum banyak air, perut kembanglah, urat kembanglah, sakit uratlah… apeda.

For me tu semua tak masuk akal. sorry to saylah kot kot ada yang tak minum air masa pantang. Everytime masuk hospital or monthly check -up , mesti doctor, nurse or hospital attendant dok pesan, Yati, minum air banyak ye. no such thing nanti perut kembang ke apa.Air tu penting sebab kalau tak minum air macam nak nak produce susu.MAcam mana nak cepat sembuh.

Sebab musabab pentingnye kita minum air masak dalam pantang ialah:

  1. Supaya badan kita dapat buang segala toksik dalam badan
  2. Membantu proses penghadaman
  3. membantu mengelakkan sembelit
  4. membantu menurunkan berat badan dengan cepat
  5. menambahkan kuantiti susu dalam badan
  6. membantu mempercepatkan penyembuhan luka

lain-lain tu you all cari le sendiri.. tapi minum air tu berpada-pada ler. jangan pulak minum air berais or air berkarbonat. Minum air suam.

Pada yang menyusu badan, memang le memerlukan air yang banyak sebab, bila anak isap susu je, terus sepantas kilat terasa dahaga…

Rock the baby

Ni bukan nak suruh baby jadi rock tapi rock the baby. Nak citerlah pasal Rayyan yang sekarang sedang dilatih duduk/tidur dalam carrier dia. Bukan apa senang untuk travel nanti.Nak suruh dia get used dulu

Ni masa lunch outing , Abang and Kakak dia nak makan McD and sikecik ni pun sibuk nak lunch jugak. kena BF dia dalam McD gak

We finally bought the infant carrier and the 3 wheel stroller. Hari tu pergi survey stroller kat baby cottage kan dah tengok quinny buzz and quinny zap. finally decided beli Quinny Zap and baby carrier. At first tak nak beli the carrier sbb dah ada car seat tapi pikir punya pikir, belilah jugak sebab senang nak angkut budak kecik tuh. Letak jer dalam carrier and stroll around. Comfy sikit dia sebab, kiterang banyak traveling nanti.This travel set, kiterang beli kat Baby Jaya kat Damansara Uptown.

For now, kat rumah Rayyan akan spend masa dalam carrier for about an hour. Letak dalam tu, rock sikit-sikit tidurlah dia.

and tukang ayun adik is Abang dia.

Tu penat la tuh….. tengah buat homework pun boleh tidur.

Kes Buang Bayi

Dalam seminggu mesti kita dengar atau baca berita pasal kes buang bayi. Apa ke binawe pergi buang bayi. Takde ke rasa sikit pun kasih kat bayi yang tak berdosa? Hari tu menitis jugak air mata bila tengok dalam berita bayi kena makan dengan anjing. Tidak diketahui, anjing tu makan hidup-hidup atau makan mayatnye. Macam-macam cara lah dorang buat untuk buang bayi. Ada yang campak dalam sungai, ada yang letak dalam balang, Ada yang buang dalam tong sampah, ada yang sumpat dalam toilet.

Mana pergi belas kasihan mak bapak budak tuh??? Tergamak buat macam tuh. Bayi tuh tak bersalah. Sepatutnya naluri keibuan tu pasti kuat bila dah melalui kesusahan mengandung dan kesakitan bersalin. Mesti dia akan rasa sayang kat anak dia.PErnah tak terfikir akan orang-orang yang susah nak dapat zuriat? pernah tak terfikir sapa yang akan doakan kite bila dah mati kalau anak-anak itu kita buang?

Kejam betul orang yang buang bayi-bayi yang cute yang tak bersalah…. Kalau betullah tak nak bayi tu, tak boleh ke tempatkan bayi kat tempat yang elok. Beri peluang kat dia untuk hidup. Selalunya masyarakat salahkan si ibu je. Tapi sebenarnya yang laki keparat tu pun sama. Ni semua sebab dah terlanjur, dah panik tak tau buat apa. Inilah yang dikatakan pendek akal. Sebenarnya banyak kes-kes mengandung luar nikah. Selalunya kalau dah jadi hal camni, mak bapak sure halau anak keluar bukan nak membantu. I dah pernah tengok kes cam ni. Bukan nak suruh mak bapak menyokong apa yang anak-anak dia buat tapi bimbing dia. Yang dah lepas tu lepas lah..

Yang penting kite cegah sebelum kena.Kena kawal pergaulan anak-anak, apa anak-anak buat, kenal kawan-kawan anak kita, kenal mak bapak kawan-kawan kita. Dan yang perempuan kena kenal sapa mak bapak boyfriend kita.Didik dengan ilmu agama secukupnya. Inilah pesanan yang I dapat daripada orang-orang tua bila dapat anak dan akan saya gunakan mendidik anak-anak. So saya sekadar berkongsi.