Menu Ambang Ramadhan

Nasi Ayam Madu

Alhamdulillah, Ramadhan muncul kembali dan segala puji kepada Allah S.W.T yang telah memanjangkan umur kita untuk bertemu kembali dengan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini.

Pada ambang Ramadhan hari ini, kami sekeluarga masih lagi diberikan rezeki untuk menikmati hidangan yang cukup berselera sekali yakni Nasi Ayam Madu masakan dari dapur sendiri. InsyaAllah, jika diizinkanNya, kami akan berusaha sedaya upaya untuk memasak sendiri juadah berbuka untuk Ramadhan kali ini.

Nak resepi kene minta ngan Yatie ler… heheheh selamat menyambut bulan Ramadhan…..

Adakah Blackberry Phone akan Diharamkan Di Malaysia?

Kecoh satu dunia memperkatakan tentang Blackberry diharamkan dimana 2 negara Arab yakni UAE dan KSA (United Arab Emirates dan Kingdom of Arab Saudi) telah pun mengharamkan penggunaan telefon Blackberry di negara tersebut atas sebab-sebab keselamatan.

Kalaulah diMalaysia pon diharamkan juga… saya lah orang yang tersenyum lebar sebab saya tidak menggunakan telefon Blackberry nih.. cuma saya sedih sebab ramai diantara kawan-kawan, adik-beradik, sahabat handai saya yang menggunakan telefon BB ni……

Sebelum ini pon saya sudah memberitahu rakan-rakan yang meracun saya untuk pakai BB ni tentang semua data dan maklumat tentang pengguna BB tidak selamat or even setiap *tttuuuutttt* akan di *tuuuuuuuutttttt* oleh server Blackberry.. tapi kebanyakkan orang tidak ambil peduli tentang privacy dan rahsia data ini…

so.. kita tunggu dan lihat sahajalah apa yang akan jadi……

Ibu , Ayah… kau sungguh kejam

Semalam dok tengok buletin utama sambil menyusu Rayyan diringi suasana hiruk pikuk anak yang lagi dua orang duduk bergurau senda main computer game.Memang rasa  sangatlah bising tapi itu adalah satu rasa yang membahagiakan. Tetiba dalam berita da memaparkan kisah bayi yang ditinggalkan dalam longkang. Sampai hati si ibu dan si bapa membiarkan anak ditinggalkan dalam longkang. Rasa sayu hati saya bila dengar cerita sebegitu. Sanggup tinggalkan anak kat tempat yang sebegitu kotor dan tidak selamat.

Apa akan jadi kalau tiba- tiba hujan dan air longkang jadi penuh? Ya Allah.. kemungkinan bayi itu akan mati lemas. Kalau tak hujan pun, tak terpikirkah dia kalau-kalau bayi tu nanti akan dimakan anjing? Tak terfikirkah dia kalau-kalu anak itu mati kelaparan? Sedih mendengar bila diceritakan bayi itu ditemui kelaparan dan kesejukan. Alhamdulillah ada orang jumpa dia .Panjang umur bayi itu. Nasib baik ada budak-budak jumpa dia. Sanggup mak bapak dia buat macam tu.

Saya sebagai ibu.. nak tinggalkan anak sekejap pun dah risau inikan pula tinggalkan dalam longkang??? tempat yang kotor dan bayi tu sudah pasti belum diberi imunisasi lagi. Kenapalah bodoh dan jahil mak bapak si bayi comel itu.

Nampaknya kita dah kembali ke zaman jahiliah…. Semoga anak kecil itu selamat hendaknya. Tak tahulah apa akan jadi bila dia besar nanti. .?

Dengan itu saya titipkan puisi untuk mereka yang berhati batu

Wahai Ibu…Wahai Ayah……

Kau sungguh kejam!!!!!!!

Dimanakah sayangmu????

Dimanakah cinta di hatimu???

Hina sungguhkah aku dimatamu???

Hingga sanggup kau pinggirkan ku….

Oh Ibu Oh Ayah

Sayangilah aku lindungi aku

Kerana engkau cinta pertama ku

Yang lahir dari benih cintamu

Note: Ini adalah puisi ciptaan saya sendiri.Kalau tak best jangan gelakkan sebab saya bukan seorang yang puitis kerana ini hanya luahan saya sebagai seorang ibu.