Bab Sahur

Asyik citer pasal makan jer kan…. apa kata citer pasal sahur? I memang dari kecik memang susah bangun sahur tapi kena bangun jugak sebab nak tolong mak masak. Biasalah… never been spoiled. Me and other sisters memang kena bangun masak for sahur. kekadang macam nyampah jer sebab yang laki sedap je. siap bangun makan tidur balik. pinggan tak cuci pun.
Then bila dah kahwin.. husband susah nak bangun sahur. apa lagi… SO this year for 5 days kiterang bangun sahur. first day makan kat Mc D, second day makan hot dog kat rumah and so on. Now lately, I sahur pukul 12 makan kuih and minum air manis. Then pukul 5 bangun minum air kosong lagi.
Senang sebab tak yah masak. Ashraff sebelum tidur cakap nak puasa tapi tak nak bangun sahur.. hish geram jer. Dia so far puasa half day. Afriena pun sama. Next year kena buat betul-betul.
So, first sahur makan kuih or kalau lapar lagi makan nasi, second sahur minum air kosong kalau rajin air milo…. Amacam you all punya sahur???

Resepi: Baked Pasta

INGREDIENTS

  • 1/2 paket farfalle / Makaroni
  • 300g daging kisar
  • 1 tin tomato kisar/diced
  • cendawan butang -dihiris
  • 1/2 btg carrot – dadu
  • 1 biji besar bawang kuning – dadu
  • 2 ulas bawang putih -dadu halus
  • 1 sudu kecil rempah bolognese – oregano, daun parsli,bay leave
  • 3 sudu mentega
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 gelas susu segar
  • 100g mozarella cheese yang telah diparut
  • 2 sudu minyak zaitun/jagung
  • sedikit air
  • garam dan lada putih

METHOD

Sos Daging

  • panaskan minyak
  • tumiskan bawang putih sehingga layu
  • masukkan bawang besar, carrot dan cendawan
  • masak sehingga layu
  • selepas itu masukkan daging kisar, kacau sehingga masak
  • tambahkan tomato kisar ,rempah dan sedikit air
  • rasakan dengan garam
  • bila masak tutupkan api

Sos Putih

  • Cairkan mentega
  • masukan gandum, masak sehingga sedikit berbuih
  • selepas itu, masukkan susu segar, masak sehingga sedikit pekat di atas api yang kecil
  • bila pekat tutup api, masukkan sedikit keju

Cara melapis:

  • Lapis secara alternate sos putih, pasta, meat sauce,pasta, sos putih, pasta, meat sauce,pasta, sos putih.
  • Pastikan sos putih adalah yang paling atas.
  • Lepas tu taburkan cheese mozzarella atas sekali.
  • Bakar selama 25 minut atau sehingga perang keemasan

Note: boleh juga tabur cheese dalam setiap lapisan. Boleh aplikasi pasa lasagna, makaroni dan lain-lain pasta. Farfalle bentuk dia adalah seperti bow tie.