Saya sudah ketagih

Pekena sekali terus melekat. Ni Kheirul punya pasal la ni…. Now tengah berentap dgn geng scrabble. Ada satu group just for Scrabblers. Memang best tapi sakit hati main ni. . Lawan dengan sesapa tah yang mostly dok luar Malaysia. Bagus jugak benda ni, menambahkan vocab. Contoh perkataan yang I ingat tak wujud adalah, LEPER. Ada dalam english tau. Sesapa nak main boleh add saya.
Tengok je la statistik kat bawah. Banyak kalah dari menang

Kalau tak dapat main kat computer kat ipad pun bantai main dengan CPU. CPU main word ganas-ganas. Tak pun paksa Kheirul main sekali. Dengan dia dia pun terjebak.

Panjang Akal ke Akal Panjang

Sibuk je budak busyuk ni…. mana dia dapat idea tah, tengah dok cuci pinggan dia bawak kerusi, pastu tolong cuci cawan. Adehhh pening mama n papa dia tengok. Siap senyum lagi. Pastu bebel cakap duk diam. hahaha sebab mama dia cakap tak payah sibuk kat sini.

Inilah budak yang paling pelik sebab tak nak minum formula. Now kita kasi dia flavoured milk. Dia fav, strawberry milk. Takpelah asalakan dia minum susu. Dah macam-macam susu dah. Nama je dah benti breast feed tapi still nak melekat konon macam dia still breast feed. Kalau panggil mama dia, mama dia tak dengar, dia pergi depan muka, panggil mama sambil angkat kening. He is so manja, nakal , kuat mengamuk tapi panjang akal. ada je idea baru dia buat.

Kleenex, Share the Softness

Lawakan kotak tisu Kleenex nih :) Kotak dah lawa…tisu dia plak lembut. Nak tahu lembut tisu Kleenex macam mana? Kenalah rasa kelembutan dia sendiri.

Tisu muka Kleenex® dihasilkan daripada gentian 100% asli menggunakan teknologi canggih untuk memastikan kualiti yang terbaik dalam kelembutan dan kekuatan. Untuk meraikan inovasi ini, Kleenex® kini menjemput semua rakyat Malaysia untuk berkongsi nikmat kelembutan yang unik ini bersama keluarga dan rakan -rakan.

Kelembutan Kleenex® perlu dirasai sendiri dan kempen Share the Softness membantu kita menyebarkan pesanan tersebut – ia direka dengan ciri-ciri interaktif untuk menarik minat rakyat Malaysia dari semua peringkat usia melalui pelbagai saluran media; laman sosial, media elektronik dan juga cetak

Laman Sosial Kleenex Malaysia, Melalui saluran ini, kita boleh memesan pek Share (perkongsian) melalui Fan Page Kleenex Malaysia. Selain itu terdapat juga aktiviti dalam talian interaktif yang lain seperti ruangan istimewa dimana, kita boleh berkongsi pendapat mengenai topik mingguan dan yang lebih menarik ada juga peraduan dengan hadiah yang menarik untuk dimenangi iaitu Peraduan Kleenex® Moments pada bulan Mei yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM14,500 dan produk Kleenex®. Selain itu, Fan Page Kleenex Malaysia akan menjadi sumber maklumat kerana ahli akan menerima beberapa siri idea aktiviti keibubapaan dan kekeluargaan serta sentiasa dibekalkan dengan maklumat terkini.

Berkongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik … Kempen Kleenex® Share the Softness tidak hanya menawarkan ganjaran kepada pengguna dan orang kesayangan mereka tetapi juga membantu golongan kurang bernasib baik .Setiap penyertaan dalam peraduan Facebook Kleenex® Moments, Kleenex® akan menderma satu pek tisu kepada pertubuhan kemasyarakatan. Pengguna juga dapat menggunakan kelembutan Kleenex® sebagai satu inspirasi untuk membantu mereka yang memerlukan– ia bakal menjadi penyertaan yang menarik dalam peraduan Kleenex® Moments.

Berkongsi secara terus…Di kedai-kedai utama seluruh negara, Kleenex® akan memperkenalkan pek istimewa dalam lima set Kleenex® Share pada harga runcit RM12.60 supaya anda dapat membeli 4 dan mendapat pek tambahan untuk dikongsi bersama mereka yang disayangi! Share bundle didapati dalam pek edisi terhad dengan corak berilhamkan alam semulajadi dan bunga- bungaan. Pelbagai siri corak flora yang menggabungkan bunga yang digubah dalam cara moden yang berwarna segar untuk menonjolkan kelembutan, keanggunan dan kesegaran, memberikan anda satu lagi peluang untuk meraikan kepentingan berkongsi kelembutan. Pelanggan dapat mengumpul setiap corak kerana ia akan bertukar corak setiap 4 bulan!

” Setiap orang memerlukan kelembutan dalam hidup mereka, samada ia dalam bentuk kata-kata lembut sebagai motivasi atau tanda kasih sayang dari orang tersayang” kata Encik Sumeet Parab, Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia

Seperti juga gula-gula yang sedap ini. Rasa sayang nak makan sebab nampak comel tapi bukan kah kita sepatutnya berkongsi kebaikan dengan yang tersayang?

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas- tol) pada hari bekerja dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.