Today is Tuesday…Not Monday

Today is Tuesday…Not Monday, itulah yang I bebelkan Ashraff radi pagi. Dah keluar rumah dah turun bawah, tetiba dengar budak dok bercakap kat luar. Macam takut-takut ak ketuk pintu. Rupanya Ashraff n Afriena. Pastu tanya apsal , dahlah I ni dok sakit perut nak masuk toiletkan..Dia cakap mama,

I forgot , today is Tuesday, not Monday.

Ha tulah mama dah cakap dah tadi, buat dekk je kan

Semalam dorang tak susun buku sebab sampai rumah pun dah dekat pukul 11. Kiterang ke Lumut ada Family Day untuk Malaysia Wish Club. Best walaupun tak mandi laut. Dah settle Ashraff baru nak masuk bilik pi toilet sekali dengar

Tiiiii…

alamak sapa plak ni?

Yati , tolong amik henpon abang

ok ok sambil bebel…pas sorang sorang …

macam biasa suami gelak je. Dah settle I tunggu 5 minit  dulu kot ada lagi sesapa naik cakap tertinggal barang.  Kang masuk toilet ada lagi ketuk pintu kan. Macam dapat rasa bebudak lambat sampai sekolah dan papanya lambat sampai office.Cerita pasal kat Lumut esok saya update ye, sebab saya kena cari bahan untuk advertorial. Dateline dah dekat. Tapi apa yang dapat saya simpulkan, best pi Lumut sbb dapat kawan baru, dapat makan banyak dari Gulam Rasul, nasi campur, sup gearbox, dapat resepi siput sedut dan mee bandung dsedap kat Tanjung Karang.

lumut

Gambar kat sana. Ada Telematch, ada family dinner. Tema dinner, Rock n’ Roll tapi I tak ikut pun tema.

lumut1

Kalau ke Lumut, harus membeli hasil laut. Ikan masin nampak menarik terus beli. Tapi tak banyak sbb kiterang bukan pemakan ikan masin sangat. Ikan masin masak kari sedap tak? Udang kering udang, udang geragau, bilis putih, sate ikan,macam-macam lagi. All the snacks tu fav bebudak. Yang Pearl Haya tu bukan beli dapat lucky draw tudung. Lawa, simple and selesa tapi singkat maka saya enurunkannye kepada Afriena. Dia dok cakap nak pakai nexy year.

Mille Crepe

First time buat Mille Crepe. Adehhh jenuh nak melempeng satu satu. Patut lah sebiji mille crepe boleh mencapai harga RM70-RM80! Sebab leceh nak buat sesatu. Tapi hasilnya sedap untuk di makan.Buat sempena Anniversary hari tu.Jenuh buat sampaikan dinner terus ajak makan luar. Malas nak masak. Malas nak sepahkan dapur lagi.

photo

 

Chocolate Mille Crepe with fresh Cream and candied walnut. 

Kelas Taekwon-do

Dah 2 minggu Ashraff n Afriena oergi kelas taekwondo. Sambung balik kelas lepas 2 tahun tinggal sbb tak minat masa tu. Sekarang mintak nak plak. Kali ni kalau separuh jalan pun, kiterang hantar je. Pergi hantar kat kelas sama je. Kawan kiterang yang ajar bekas tok guru takewondo I le. Siap tanya, bila mak nya nak sambung balik? hahaha kalau tak berenti kemungkinan dah black belt 3rd Dan kot. Hehehe , I cakap tengoklah dulu. Kalau Rayyan dah besar , badan kuat boleh lah. Belajar gitu-gitu je kat rumah. Nak buat split macam dulu pun dah tak boleh. Tengoklah nanti nak jugak belajar sesuatu yang baru, ilmu pertahan diri yang tak buang tenaga. ada kot.

BTW, bebudak 2 orang ni malam sebelum nak pi kelas, mula lah buat perangai tak nak pi. Kata kaki sakit la, kaki takleh angkat la, tapi bila bangun pagi semangat. Bangun makan breakfast sendiri. Siap makan, masuk kereta sampai dah melompat-lompat. Masa hari pergi ada budak baru hahaha siap nangis tak nak join. Nangis teresak-esak la bukan meraung. Anak manja kot. Lepas tinggalkan dorang terus kiterang ke mamak kat bawah makan then pi Giant cari tombol pintu. Tombol pintu rosak on Friday. Masa sidai baju I terkurung kat luar. Yang Rayyan plak dok dalam. Suruh bukak pintu dia kata cannot…sambil nangis. Memang stuck. 10 minit gak lah dok pusing-pusing pintu finally terbukak.

Ok lah kita layan gambar budak bertaekwondo

image

macam nak main tomoi plak

image

eleh Ashraff slow nye

image

Style Bruce Lee

1175371_10151702065383089_1923924180_n

ni Afriena..not bad (gambar ehsan dari Synergy Taekwon-Do Club)

Next week plak. Sebenarnya bagus masuk apa jenis Martial Arts pun. Selain belajar ilmu mempertahakan diri dan menyihatkan badan , Ia juga bagus untuk mendisiplinkan diri dan meningkatkan daya keyakinan diri.