Halal Food in Itaewon

Part 7, Jumaat 20 Dec 2024

Kalau pergi Itaewon, memang senang lah cari tempat makan. Pastu masa kat sana, macam dok kat Mytown dah. Ramai je orang Malaysia. Sepanjang jalan banyak kedai runcit halal. Sempat lah kami membeli ayam mentah halal kat sana. ok .. Nama kedai untuk barang runcit halal, ialah foreign Food Mart.ingat tu nak cari lauk-lauk basah, pergi je ke Itaewon. ayam , ikan kambing, daging, barang keriing. Semua ada.Insya Allah. kot lah nak masak kan. Macam kami, kami masak sekali sehari.Nasi beli je nasi yang dah masak kat convenience store, pastu panaskan.

NI ayam halal kat Foregn Food Mart. Okay beli je ayam tu. Rasanya harga dia salah tu dan bulan kambing tu. Harga ayam dalam seekor sekitar KWR7500.

Kat Itaewon, ni kami pergi dua kali. hari jumaat sekali, hari selasa sekali. Kita cerita hari Jumaat lah. So kami makan kat Eid. Sementara tunggu nak makan kat Eid, Kami makan ayam goreng Yell-o Chicken dan Teokbokki dari Manis Kitchen.

Ni Manis Kitchen, dua kali pergi ni. Yang last pergi siap bungkus makan kat airport.

Beli tteokbokki makan panas-panas , dalam tempat yang sejuk.

peminat tteokbokki… give me spicy!!!!

Yell-o! Chicken, depan Eid je.
sebenarnya kelaparan menunggu nak makan. kena beratur kat luar. So makan ayam dulu.
mama dah bosan nunggu ni,, tak sampai setengah jam pun, tapi sejuk bila disapa angin lalu.. Janji mamat tall, dark and handsome tak moody je.

Finally dapat masuk Eid . Suasana dia macam kat KL. Korang cakap melayu je. Waiter and waitress pun cakap melayu je. Kita tengok apa kami order

Nasi goreng KImchi for Rayyan. Dia kata sedap. tak rasa pun makanan dia.Dia dah lapar. jangan kacau
Bibimbap.. mine. For me rasa dia so so je. tak rasa wow sangat. Kalau nak rasa yang wow kena makan kat Hajj Korean Food.
walaupun begitu, saya masih teruja dapat makan. Alhamdulillah
Kheirul punya… dia kata sedap je
Ashraff punya…Jjajangmeon. DIa cakap tak rasa sangat black bean dia. tak tau. Tapi sejak jadi budak culibary ni, cerewet plak budak ni.
Tah .. tak tau apa nama. prdas and sedap lah jugak. Makan jangan membazir
ayam goreng.. share ramai-ramai

Tteokbokki and riceball.

Banyak kami order. Jangan risau memang habis. Sejenis makan banyak. Kami sepakat mengatakan, Eid ni kira overrated. Rasa makanan kurang sangat,kalau datang lagi memang tak repeat lah. 2.5/5.0 star lah. Tapi alhamdulillah kenyang. sebab portion besar walaupun harga agak pricy.

Habis makan, kami gerak ke Foreign Food Mart, beli barang dapur, titbits dan roti. Selesai membeli kami ke bus stop. Balik Hongdae. Sejuk sangat masa tu.

excited dorang naik bas. walaupun selalu tanya, kenapa kita tak baak kereta kita..

Inilah muka budak yang excited naik bas. Excited nak tap T Money, nak duduk dalam bas macam orang besar. Lega sikit masuk dalam bas, ada heater, Kami pun balik dengan kekenyangan. Balik lepak homestay. Malam tu nak keluar lagi dengan anak-anak yang besar. Nak pi Daiso and Olive Yoing. Daiso kami depan homestay je. Olive young pulak sederet je.

balik lepak and tidur jap.

Masjid Itaewon

20 Dec 2004

Dah menjadi kebiasaan kami, kalau travel mana-mana mesti nak pergi masjid. Jumpa komuniti islam kat sana. Solat Jumaat kat sana.

Part 7 dah… Hari Jumaat, kami ke Masjid Itaewon. dalam pukul 11 macam tu naik bus. i. Sebenarnya, naik bas kat Seoul ni senang sangat. nak nak kami yang tak pernah naik bas.. Sampai je Depan tangga yang tinggi tu..hahaha merangkaklah naik..pastu jalan lagi dan lagi. Tapi kami fun je lah

10 mint gak lah sampai masjid. Kiterang dah ambik wuduk kat homestay siap-siap, so dalam bas jaga je lah wuduk. sampai sana, ada yang sambut depan masjid, . Ramai jugak jemaah.

betapa happy nye bila nampak masjid

So kami solat jumaat hari tu, Khutbah dalam bahasa KOrea dan English.

dah selesai

Habis soalt, ada agihan roti untuk semua orang. Sedap jugak roti tu makan dengan kopi panas kat luar masjid sambil berbual dengan jemaah lain. Habis tu kami turun bawah cari tempat makan.

buat kengana
sapa nak kopi-kopi boleh lah.. but I no longer coffee lover…I more to tea

Next kita pi cari tempat makan.

Nami Island

Part 6

Lepas je kat Gangchon, kami ke Nami Island pulak. Rasanya dari Gangchon tu macam sekejap je.. entahlah sebab macam semua orang tidur. penat.. weh Sampai je kat Ferry, beratur tunggu Ferry. Naik Ferry sekejap je. 10 minit kot. sapa nak lepak luar lepak lah… .

beraty nak naik Ferry. Mei Mei dah start mengada.. nak berdukung. Kalau ringan takpe. Rayyan steady lagi. masih excited

jom naik Ferry… nak naik zipline pun ok.. kalau sanggup lah dengan cuaca sejuk membeku

Tah lah dorang ni tak sejuk ke?

I lepak dalam ada heater . Sampai pulau, Terus jalan-jalan dan pusing-pusing. Sejuk sangat kat sini. Lapar pun satu hal. nak makan macam tak sempat ni. Sebab ada masa 2 jam je kat sini

dah sampai

bangga kan…kami syak yang pasang bendera ni tak orang Malaysia, orang Indonesia

So pusing-pusing, round-round ambik gambar, pastu pergi toilet, lepas tu makan pau, main kejar kejar dengan burung merak lepas naik Ferry balik Seoul.

gambar berlatarbelakangkan air pancut yang beku.. dia punya sejuk no pay play you know

kedai pau.. sempoi je…
KRW1000 sebiji pau. sedap, red bean paste kurang manis

suka nah ..mintak makan dgn orang tau…
nak balik…nak pi ke ferry dah…

Orang cakap kalau datang Korea, kena pergi Nami Island, yes memang betul kena pergi…tempat cantik, pengalaman tu takleh beli lah..

Dah dah balik…. balik homestay , beli nasi kat CU Mart, panaskan Dendeng yang Khairul Aming “bekalkan” tu, buat telur mata, masak sardin… pehhh sedap gila. Makan pulak strawberry yang kami beli semalam tu.

pergi Korea kena beli ni…carilah kat area Subway ataupun kedai runcit kawasan penduduk.. memang murah. kadang kat Itaewon ada pakcik tua jual buah atas lori.. untung nasib dia jual strawberry tak pun epal.. Harga sentiasa berudah