Category Archives: Uncategorized

Our First snowfall in Seoul

Part 8, Jumaat 20 Dec 2024

BAlik dari Itaewon, dah kenyang kan semua.. maka balik tu tidur kor sampai petang. Masuk maghrib , solat. Semua macam tak nak makan, so dorang makan je apa yang ada. Ada yang makan roti,buah2 and noodle cup.

Dried persimmon. NI sapa kalau ada sembelit, memang patut makan. pelawasan yang menakjubkan

antara strawverry yang tersedap. manis, juicy dan besar

Lepas selesai makan, keluar kejap ngan Afriena and Ashraff, Keluar pergi Daiso and Olive young. Daiso depan airbnb je, hahahah senang sangat, Sapa nak pergi Seoul, duduk lah sini… dekat dengan Train, bus, Daiso, tempat makan, supermarket..Nak night stroll pun dekat. boleh layan street dance, buskers…

So kiterang pergi Daiso..look look see see… tiba-tiba balik bilik, barang dah banyak. Daiso yang best, murah lah..2-3 kali pergi Daiso, akhrnya banyak arang terbeli. skincare, mask, hair care..ahh macam-macam. terus tak masuk Olive Young. Kami sedar kami siap hahahaha…

Balik airbnb, lepak sekejap tepi tingkap..sekali budak-budak ni..eh eh I can see.. its snowing..

Masya Allah…its snowing…bdak dua tu..first time nampak snow..melompat-lompat nak turun..padahal masa tu dah pukul 9.30… Dah kena sarung baju, warmer jacket, turun bawah, mulanya..turun nak lepak depan je…mmmm dorang ajak sampai ke seberang jalan, sampai street market.

Dah sampai situ siap video call cousin doran glagi

Siap video call cousin dorang lagi sbb nak sampaikan khabar berita. Pastu dorang siap bersembang ngan local lagi.. so lepak layan satu dua lagu… lepas balik lah esok ada tempat nak lawat lagi

dia macam, dream come true. first time dorang experince snowfall, walaupun tak lebat, tapi seronok. termasuklah mama dia..

Alpaca World, South Korea

Part 4

19 Dec 2024

Hari kedua kat Seoul, dah ada aktiviti. Kami ke Alpaca World. Trip ni kami booking kat Klook. Harga masa beli kat Klook adalah MYR260.65/pax. Beli 2 bulan sebelum. Mungkin sekarang murah lagi memandangkan pertukaran matawang Korea Selatan menurun. Pakej kami Alpaca World-Gangchon Rail bikeNami Island.

So hari tu ber,ula dari pukul 5 pagi dah bangun, getting ready solat subuh, laundry dan siapkan bekal sandwich unutuk ke Alpaca World. Pick up time kat seberang jalan je, sekejap je, yang lambat nak siapkan budak-budak kecik nak pakaikan baju berlapis-lapis, nak kejutkan anak-anak yang dah tua ni sebab dorang sambung tidur balik. Padahal kan, dalam bas boleh tidur dalam sejam dua.

Sampai je kat pick up venue, terus naik bas dan teruskan perjalan, pick up orang lain lagi kat Myeong Dong dan Dangdaemun. lepas tu teruskan perjalanan ke Alpaca World. Layan ah view luar tingkap, pastu tidur, pastu layan view pastu baru sampai.Alpaca World ni terletak ni Gangwon-do,katanya daerah tersejuk.

Ni dia tengah bagi briefing. Pastu pakat panggil alpaca. berlari semua alaca dalam barisan. memang disiplin betul

Actually, kalau ada anak-anak memang disarankan ke Alpaca. MEmang sangat fun lah untuk dorang. Dorang boleh beramah mesra dengan Alpaca, bagi makan. Kalau budak 5 orang ni semua animal friendly, especially budak kecik dua ni.

member lama

Alpaca tu dorang buat macam kucing, Yang alpaca pulak macam attention seeker. asal datang je mintak belai. Mama nya risau takut kena ludah ke kena tendang ke..

semua excited, yang Rayyan tu tengah dok komplen, alpaca makan kat tangan dia melelh air liur. nak cuci glove..geli..

Sessi dengan alpaca kurang lebih dalam 30 minit, lepas tu kami pi tengak binatang lain pulak. ada burung helang,arnab,capybara,, guinea pig. macam-macam lah tu pun tak habis nak pi tengok. Malas nak panjat bukit.

Afriena melayan alpaca.. but me.. erhati je. I am not that friendly

friendly kan

lawat arnab

Dah habis masa melawat binatang.. turun bawah. Since tak jumpa tempat makan kami buka bekal. Makan sandwich telur dan sardin, pastu ada yogurt, susu dan air suam. semua bekal. makan kat luar tempat sejuk, sambil berjemur..memang lalu makan. habis licin lah Dah settle cukup ahli bas, baru naik bas bertolak ke Gangchon Rail bike.

Yang ni kita update lain ye.. part 5

Cuti-cuti ke Seoul : Tempat penginapan di Hongdae

Part 2, Dah baca part 1?

So kami naim All Stop Train sebab our stop is Hongik Univ. Station. Senang tak payah turun-turun dah. Luggage banyal. Jangan risau , nak naik train senang je. Kami yang bukan selalu naik public transport pun faham, Cuma budak kecik dua orang tu lah tanya, kenapa tak naik kereta. Dorang tak pernah merasa naik train kot.

tengok dia punya stop tu. tak lama pun dalam sejam kot. layan je lah view kat tingkap atau tidur. tapi jaga barang tau

kami sampai awal, check in sepatutnya pukul 1300, tapi tuan rumah sangat baik hati. Dia bagi kami check in awal,

keluar train… nampak Roti Boy… Malaysia mari… bau sedap je..

1130 dah bagi masuk. tempat penginapan kami ni, kami booking direct dengan owner yang direkomenkan oleh my kakak ipar.

tempat penginapan. Dekat je dengan bustop, train, kedai, Daiso, groceries.. semua lah

Kami booking untuk 7 orang selam 6 malam. Total hangus, KRW1020000. convertlah sendiri mengikut tukaran semasa, Satu unit, takde bilik ada katil cukup untuk 7 orang, lengkap dengan washing machine and dryer, dapur lengkap semua, toilet, meja makan dan TV.Sampai tu,

Tempat tidur selama 6 malam

dah siap check in, kami makan dulu. makan maggi cup dulu, lepas tidur. hehehehe, tidur lah sejam dua, lepas tu keluar cari makan untuk dinner.

Kedai pun dekat. boleh lah nak beli telur, sayur and buah. Yang lain tak halal.. Banana Uyu segala jenis uyu pun mutah KRW dari tempat lain

Nect post pasal dinner plak..tempat makan yang best