Category Archives: SawaTalks

Panduan Memandu Kenderaan Malaysia Ke Singapura

Ramai rakan saya bertanya saya tentang macamana procedure untuk memandu kenderaan Malaysia ke Singapura. Jadi, saya tulislah serba ringkas bekaitan dengan panduan memandu kenderaan Malaysia ke Singapura. Sebenarnya bukannya sukar sangat pon untuk memandu di sana, cuma apa yang perlu kita ambil tahu ada procedurenya sahaja….

PANDUAN INI UNTUK KENDERAAN PERSENDIRIAN SAHAJA

Soalan: Bang… apa yang perlu saya ada sebelum memandu ke Singapura bang?

  • Nombor satu kene ada kenderaan yang berdaftar di Malaysia dan cukop sifat, sihat tubuh badan serta mempunyai cukai jalan dan insuran yang sah dan belum tamat tempoh
  • Lesen memandu yang sah dan belum tamat tempoh
  • Salinan pendaftaran kenderaan (geran) – sekiranya diminta semasa beli Autopass
  • Salinan insurans (cover notes or policy) – sekiranya diminta semasa beli Autopass

Soalan: Bang… saya dah sampai kat JB nih bang… saya nak ikut jalan mana?

  • ada dua jalan yang boleh seberang ke Singapura. Ikut Tambak Johor atau boleh Ikut Tuas (link Ke-2)

Soalan: Apa yang perlu saya tahu bang???

  • kene tahu serba sedikit pasal procedure memandu. Kene tahu pasal:
    • VEP – Vehicle Entry Permit.
    • Autopass – ala… macam touch n go ler kat Malaysia nih
    • ERP – Electronic Road Pricing… ala kira cam toll laa….
    • speed limit – jaga-jaga…..max 80kmh aja…
    • cara pemanduan

Soalan: Apa semua benda tu bang?? VEP, Autopass, ERP tu???

  • VEP (Vehicle Entry Permit)
    • nih macam permit masok kenderaan ler..
    • SG$20/sehari dikenekan untuk VEP pada hari bekerja (Isnin – Jumaat dari jam 2pagi – 5ptg)
    • TETAPI yang syoknye setiap kenderaan Malaysia layak untuk mendapat 10 hari pengecualian dalam setahun.. so free 10 hari ler tidak termasuk hujung minggu dan cuti am Singapura.
  • Autopass
    • nih macam touch n go ler.. tapi dia terikat pada nombor pendaftaran kenderaan
    • tidak boleh tukar milik/kenderaan… segala maklumat kemasukkan kenderaan direkodkan menggunakan autopass ni
    • autopass nih boleh tahan 5 tahun.. pas tu kene renew.
    • Kalau jual keter.. make sure simpan autopass nih untuk buat cancelation nanti…
  • ERP (Electronic Road Pricing)
    • nih macam toll la… tapi bayaran toll diorang berubah-ubah ikut waktu…
    • jangan risau sangat pasal nih.. untuk kenderaan Malaysia amik aja flat ERP nih SG$5 SG$10 sehari (hari bekerja)…… round ler satu pulau tu pon cuma SG$5 SG$10 jer sehari(hari bekerja)….. bayar masa keluar dari Singapore nanti menggunakan Autopass kat checkpoint Tuas or Woodlands…

Soalan: OK Bang!… boleh tak abang ceritakan satu per satu, step by step bang… camne saya nak masuk ikut Tambak Johor bang?

  1. Sebelum sampai checkpoint Kastam Malaysia. Sila pastikan
    • Petrol isi penuh-penuh.. petrol kat SG mahel nak mamposs
    • dah isi WHITE CARD(Singapura) + Passport Malaysia. takde white card nanti kat CIQ mintak dan isi…
    • duit SG$ yang mencukopi..
    • bawak alat GPS kalau ada.. supaya senang tak sesat jalan….
    • pen jangan lupa bawa
  2. Sampai jer kat Kastam Malaysia Tambak Johor.
    • pandu lalu jer mana mana booth kastam
    • turunkan cermin kereta dan bagi salam dulu(kalau Islam ler)
    • senyum dan bagi passport untuk diperiksa
    • ucap terima kasih… dan terus pandu menuju ker Singapura……
  3. Sampai CIQ Singapura plak
    • pandu lalu jer mana-mana booth yang tulis MALAYSIAN/FOREIGN VEHICLE…
    • turunkan semua cermin kenderaan dan bagi salam (jika Islam)
    • bagi passport + white card yang sudah diisi… or takde white card mintak dan isi
    • make sure passport dikembalikan beserta keratan white card tu… jaga bebaik keratan white card tuh kalau taknak ada masalah masa keluar dari Singapura nanti…
    • terus memandu ke inspection booth.
  4. Sampai kat Inspection booth.
    • buka semua tingkap
    • buka bonet belakang dan driver kene turun dari kenderaan.
    • ikut arahan pegawai yang bertugas..
    • jangan lupa cakap terima kasih selepas diperiksa….
    • pssst… alah… diorang periksa takut ada orang seludup minyak masak, beras, gula, petrol,rokok……. etc….
    • terus memandu ke RED LANE untuk membeli AUTOPASS counter (untuk yang belom ada Autopass ler) Kalau dah ada Autopass, Step no 5 nih takyah buat….
  5. <UPDATE-2022> PROCESS UTK AUTOPASS SUDAH TUKAR… SILA RUJUK https://onemotoring.lta.gov.sg/content/onemotoring/home/driving/entering_and_exiting_singapore/cars-and-motorcycles-registered-in-malaysia.html
    • parking kenderaan elok-elok.
    • jumpa dengan attendant autopass tuh.. tanya dia “Kak/Abg, Saya Nak Beli Autopass”
    • then dia akan tengok road tax, lesen memandu dan apabila dia selesai periksa.. dia akan bagi kita satu slip..
    • bawa slip tu ke counter Autopass dan bayar SG$10
    • yabedabedu!!!… dah ada Autopass….  ingat… lepas nih pi cari 7-Eleven.. untuk top-up Autopass nih.. kalau tak nanti ada masalah plak nak keluar sebab tak cukop credit…..
  6. Dah dapat Autopass tu…. terus memandu ler ke destinasi yang nak dituju…
    • saya ikut GPS aja…. senang…..sebab tak tahu jalan….
    • SELESAI PROCESS MASUK…..

Soalan: Bang…lepas tu ada apa lagi saya nak kene buat bang??

  • pertama sekali cari 7-Eleven untuk top-up Autopass tu. sebab Autopass nih boleh digunakan untuk macam-macam seperti parking, bayar toll dan sebagainye… top-up ler dalam SG$30 senang….
  • pas tu ikut suka ler ko nak pi kemana lepeh tu…

Soalan: Ok.. saya dah tahu cara masuk.. Cara nak keluar dari Singapore plak bang camne..???

  1. Make sure Autopass ada credit
  2. boleh keluar ikut Woodlands or Tuas (link-2)
  3. Bayaran Toll
    • Woodlands = SG$1.20
    • Tuas = S$3.20
  4. Pandu lalu kat mana mana booth tulis MALAYSIAN/FOREIGN VEHICLE
    • jangan lupa bagi salam (untuk Islam)
    • bagi passport + keratan white card
    • turunkan semua cermin kenderaan
    • senyum kat pegawai kastam Singapura
    • slot-in AUTOPASS untuk bayar toll dan ERP….
    • terus pandu ke Malaysia
    • jangan lupa cakap bye-bye Singapore yer…
  5. Sampai di Tambak Johor (MALAYSIA)
    • pandu lalu kat mana mana booth
    • bagi salam…….
    • serahkan passport untuk pemeriksaan
    • gunakan TOUCH N GO untuk bayar toll
    • jangan lupa cakap terima kasih…….
  6. SELESAI…………

Oklah.. itulah serba sedikit.. kalau nak tahu lebih lanjut boleh tanya…..

=============

INFO TAMBAHAN DARI LTA.GOV.SG

Foreign motorists without an In-Vehicle Unit (IU) in their cars (ala.. Alat macam Smartag untuk bayor tol tu)

1. Can I drive a foreign-registered car without an IU on ERP-priced
roads?

A: Yes, you can drive on any ERP-priced roads during ERP operational hours without installing an IU in your car. You will be charged an ERP fee of S$10 for each day you drive on ERP-priced roads.

This fee is payable with your Autopass card when you depart from the checkpoint. Just remember to have your Autopass card topped up (at 7-Eleven stores, selected petrol stations, top-up booths near the checkpoints and local bank ATMs) with sufficient cash balance to pay for ERP fees, VEP fees and toll charges before you proceed to the checkpoint.

2. How do I pay the ERP fees incurred?

A: The ERP system would detect foreign-registered cars without IU driving past any ERP gantry during ERP operational hours. On your departure at Woodlands or Tuas Checkpoint, the appropriate ERP fees (at a daily rate of S$10) would be deducted from your Autopass card.

Kes Buang Bayi

Dalam seminggu mesti kita dengar atau baca berita pasal kes buang bayi. Apa ke binawe pergi buang bayi. Takde ke rasa sikit pun kasih kat bayi yang tak berdosa? Hari tu menitis jugak air mata bila tengok dalam berita bayi kena makan dengan anjing. Tidak diketahui, anjing tu makan hidup-hidup atau makan mayatnye. Macam-macam cara lah dorang buat untuk buang bayi. Ada yang campak dalam sungai, ada yang letak dalam balang, Ada yang buang dalam tong sampah, ada yang sumpat dalam toilet.

Mana pergi belas kasihan mak bapak budak tuh??? Tergamak buat macam tuh. Bayi tuh tak bersalah. Sepatutnya naluri keibuan tu pasti kuat bila dah melalui kesusahan mengandung dan kesakitan bersalin. Mesti dia akan rasa sayang kat anak dia.PErnah tak terfikir akan orang-orang yang susah nak dapat zuriat? pernah tak terfikir sapa yang akan doakan kite bila dah mati kalau anak-anak itu kita buang?

Kejam betul orang yang buang bayi-bayi yang cute yang tak bersalah…. Kalau betullah tak nak bayi tu, tak boleh ke tempatkan bayi kat tempat yang elok. Beri peluang kat dia untuk hidup. Selalunya masyarakat salahkan si ibu je. Tapi sebenarnya yang laki keparat tu pun sama. Ni semua sebab dah terlanjur, dah panik tak tau buat apa. Inilah yang dikatakan pendek akal. Sebenarnya banyak kes-kes mengandung luar nikah. Selalunya kalau dah jadi hal camni, mak bapak sure halau anak keluar bukan nak membantu. I dah pernah tengok kes cam ni. Bukan nak suruh mak bapak menyokong apa yang anak-anak dia buat tapi bimbing dia. Yang dah lepas tu lepas lah..

Yang penting kite cegah sebelum kena.Kena kawal pergaulan anak-anak, apa anak-anak buat, kenal kawan-kawan anak kita, kenal mak bapak kawan-kawan kita. Dan yang perempuan kena kenal sapa mak bapak boyfriend kita.Didik dengan ilmu agama secukupnya. Inilah pesanan yang I dapat daripada orang-orang tua bila dapat anak dan akan saya gunakan mendidik anak-anak. So saya sekadar berkongsi.

Jangan tertipu… bila suh update Garmin GPS map….

Saya pakai Garmin GPS pada kereta dan juga handphone saya. Saya perangai saya, saya suka sesuatu yang up to date termasuklah GPS map file. So, setiap bulan saya suka update map GPS tu tapi yang jadi masalahnye, bila tanya kat kedai, rata-rata tokey kedai tu cakap “Lu mau update itu GPS map itu boleh.. tapi RM tiga puluh linggit lor…..”

Saya pelik bende yang simple giler tuh pon diorang boleh charge sampai RM30…. tu belom suh install Garmin lagi kat dalam tepon. Kalu nak install garmin dalam tepon nokia berapa pulak??  Tokey kedai jawab balik…”Lu kalu mau install oliginal punya.. ampat latus wooo… tapi kalu lu mau local punya lapan puloh linggit wooo”

Double hampeh kalu nak install diorang charge RM80…. ish ish ish… 15 minit keje RM80 untuk install dan 5 minit keje untuk update RM30….

Ni saya nak kongsi skit… mungkin ramai yang dah tahu nak update GPS map dan untuk Malaysia, Singapore dan Brunei… korang boleh download sendiri map source tu dari website nih..http://www.malfreemaps.com atau http://www.malsingmaps.com. Apa yang korang perlu buat adalah register as member.. free aja then download ler GPS map source tu for free… site tu bagus sebab map dia update every 2 weeks.  Download aja dan copy file gmapsupp.img dan masuk dalam memori card dalam folder /Garmin. itu aja… dan korang dah save RM30.

Secondly, sapa yang pakai tepon Nokia dengan OS Symbian S60 3rd Edition, boleh CUCUK SINI untuk tahu macamana nak install GarminMobileXTforSymbianS603rdEdition dan korang boleh save RM80….

So pepandai ler berjimat