Category Archives: Pudding & Dessert

Cekodok pisang

Hi semua !!!!!!!!!!!!!!  selamat pagi… sebelum ke cerita hari ini, Sawanila.com nak cakap tahniah kat team harimau muda sbb main bola dengan bersungguh dan menang. Semangat juang yang pernah pudar. Kat rumah ni kalau tengok bola.. mesti bising. hahah semangat gitu. Rayyan pun sama, mesti pekik goal sekali. Kat my area masa Malaysia menang siap ada pasang buanga api tu . hahaha tengok bola semalam sampai lupa nak tengok Masterchef Malaysia. Tell ya… MCM lately macam mengecewakan. Tema belacan pun failed. Ke saja lakonan? rugilah dik ooi kalau tak reti guna belacan dalam masakan. Kebanyakan masakan malaysia pakai belacan. Bukan sambal belacan je.

Anyway semalam breakfast I buat cekodok pisang. Wahh buat banyak gak and habis. Semua suka makan cekodok pisang. Me off course dari kecik suka cekodok pisang. Now kesukaan kat cekodok pisang telah diturunkan kepada anak-anak. Semua suka makan. Let me share resepi cekodok pisang yang simple ni.

Resepi cekodok pisang

INGREDIENT

  • 3 biji pisang berangan -dilecek
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 tsp serbuk penaik
  • 1/2 tsp yis
  • 3 tbs gula
  • 1/2 cawan air
METHOD
  • campurkan semua bahan kecuali air
  • gaulkan sebati dan tambahkan sedikit air
  • rehatkan selama 15 minit
  • sedia digoreng
Kalau you all nak letak kelapa muda pun boleh. my mom dulu selalu letak kelapa. rasa dia lagi sedap dan lemak. Adunan ni boleh  juga buat lempeng pisang. Kalau tak nak guna gula biasa pun boleh ganti dengan gula melaka. lAgi sedap sebab bau dia wangi.

Cabaran Masterchef : Pulut Mangga

Semalam tengok masterchef nampak ada peningkatan, sebab judge pun dah tak baca buku sastera.  hehehhe semalam cabaran kotak misteri ada pulutkan. Haih kena sangatlah buat pulut mangga kan. Pulut mangga ni kalau nak sedap, satunya, santan dia kena lemak , pulut mesti lemak sesikit and mangga kena manis ting ting ting.

Dek kerana rindu dengan pulut mangga kat Siam tu kan (bila la nak ke Siam lagi ni) , I buat pulut mangga sendiri. tanak pulut tapi tak letak santan sebab, baki pulut tu nak buat tapai. Beli mangga kat pasar malam, masak santan pekat layan makan malam sambil tengok Masterchef. Sedap.

INGREDIENT

  • Pulut yang ditanak dengan sedikit santan, garam dan gula
  • Santan dimasak dengan sedikit garam sampai pekat
  • Mangga manis -di potong

METHOD

  • hidangkan bersama seperti diatas
  • tabur sedikit gula melaka

Dah siap, most simple dessert. Cubalah…

Juadah Berbuka Ramadhan Pertama

Alhamdulillah… selamat Ramadhan semalam. Makanan yang di masak ngam-ngam sampai sahur. OK semalam berbuka I masak simple je. Daging masak kicap, soup fishball dan sayur goreng. Kuih plak beli je.Kheirul beli bubur kacang dan puding sagu. Semua habis. Selain dari bubur, Ada tembikai. habis dorang makan semalam. Air plak buat nescafe je while kids air kosong.

Ni rupa sayur goreng. Goreng dengan oyster sauce and daging. Goreng sambil dukung Rayyan sebab dia nak tengok. Dia memang kepoci sikit. MEsti nak tengok orang masak then nak rasa gak. Dapat calit kat tangan pastu dia rasalah. Kalau tak nanti dia  dok oekik nak nak nak NAKKKKKKKKKKKKKKK.

Soup fishball ni plak untuk bebudak. Dorang suka soup.Memang sekali hidang habis dah soup ni. Rayyan pun suka. Dia makan 2 biji tapi kena potong kecik-keciklah sebab kang nanti tercekik .

Daging kicap. buat sempoi je tapi mesti ada kentang sebab semua suka. Selalu I masak daging kicap I tumis bawang putih merah, cili and halia dengan 3 serangkai tuh, tapi semalam I buat sempoi je sebab tak letak cili giling. Takit bebudak pedas tak nak makan plak. Resepi untuk daging ni ada kat sini. Boleh tekan sini.

FYI, Ashraff and Afriena puasa separuh hari je. Pukul 12 Ashraff dah dok komplen lapar-lapar then nangis senyap-senyap. Tanya kenapa? Lapar. So I kasi je dia makan roti pastu suruh minum air. Before off to Chinese school, I suruh lagi dia minum air bebanyak sebab memang takkan kasi dia bawak bekala macam biasa. Balik sekolah tetiba mengaku puasa plak. Siap citer kawan melayu dia tak puasa and boleh dia temankan kawan dia pi makan kat kantin??

Afriena plak pukul 3 dah terjelepuk kat sofa. Suara pun slow je. Tak tahan kot. Tanya lapar ke? senyap. Nak makan? senyap Nak bubur nasi? angguk. Dia makan jelah bubur nasik Rayyan tuh. Pastu makan choc chip yang dari tadi tanya Rayyan nak tak nak tak.

Rayyan plak, dari pagi sampai petang tak nak makan sikecik ni. Sarapan cuma 5 ketul koko crunch, lunch tak nak bubur jest sekeping choc chip. Petang pukul 6 baru mintak nak makan fish ball soup. Time orang bukak dia lagi bersungguh nak makan. Agaknya dia puasa gak kot, maybe dia tengok mama dia tak makan so dia tak makan.