Category Archives: Pudding & Dessert

Senang je buat kuih cara

First time buat kuih cara. acuan dia pun baru beli. Beli online kat 11 street. Senang je zaman sekarang semua beli online. Jadi puasa yang ke berapa hari eh, rasanya puasa ke tiga kot,Saya buat kuih cara. Resepi cari kat google. Ramuan senang je, ikut cawan. Saya buat cara manis dan cara berlauk. Selalu kalau beli kat PARAM, mesti sakit hati. Apa yang sakit hati? Kuih cara manis, selalu kena tak cukup manis..gula sikit.  Bukan nya nak gula setimbun tapi biarlah ada rasa. Kalau cara berlauk, lauknya sikit je. Dan paling rasa boleh buat puasa kurus adalah…kuih cara kurang masak. Mesti anda sekalian pernah mengalaminya sendiri kan? Harga tak paah cakap lah

Sebenarnya buat cara berlauk bukan nye pakai sekilo daging pun, saya buat secawan tepung dapat dalam 30biji bersamaan 15 pasang  cara berlauk, manakala untuk cara manis tak kira pulak sbb Rayyan kejap-kejap datang amik makan. Rasanya dalam 25 biji kot. Untuk cara berlauk, saya guna daging kisar semangkuk kecil je. Bila nak masukkan dalam cara tu, cuma muat setengah sudu je. SO bila makan, dua kali gigit memang puas hatilah sebab dapat rasa daging dia,dengan alunan rasa cili yang pedas manja dan segar daun sup. Boleh juga olah letak cheese dalam tu. No hal punya. 

Resepi kuih cara senang je. Nisbah gandum-air-santan sama

Bahan-bahan dia adalah

  • 1 cawan gandum
  • 1 cawan  air 
  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur
  • 10 helai daun pandan (kalau buat cara manis) – blend dengan air sedikit, dari air secawan tadi
  • 1/2 sk serbuk kunyit (kalau buat cara berlauk
  • garam dalam 1/2 sudu – penting utk menaikkan rasa lemak

Cara 

blend semua bahan dan biarkan dalam 15 minit

Untuk inti daging

  • 1 mangkuk kecil daging
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 2 biji bawang merah – dadu kecil
  • 1 biji bawang putih – dadu kecil
  • 1 hiris halia-cincang lumat

Cara

tumis bawang dan halia..bila dah layu masukkan serbuk kari…tumis sampai pecah minyak dan masukkan daging. KEjap je masaknya. air daging kering , daging dah masak rasakan garam dan gula angkat dan sejukkan

Cara nak masak plak

panaskan acuan, sapukan minyak dalam acuan. Kalau banyak daun pandan, buatlah daun pandan macam berus untuk griskan acuan. Bau dia wangi. Bila dah panas, masukkan adunan dan letak inti (inti gula ataudaging) tutup acuan tu dengan tudung periuk. Nak tau macam mana dia masak, bila dah senang nak angkat tu masak lah dia. KAlau dia melekat maknanya belum masak. LAgi satu tips dia, bila cucuk lidi kat tengah kuih tu, kalau melekat maknanya belum msaak. JAngka masa masak untuk satu proses kejap je dalam 7-8 minit. ulang proses tu sampai habis.

Untuk cara berlauk, inti dia kena tambah lah dengan hirisan daun sup dan hirisan cili merah. Nak pedas, letak cili api. baru kaw. Untuk adunan secawan ni, cili merah saya cuma guna sebiji setengah je. Tak pedas dan anak-anak sangat suka. Kalau yang takde cili tu, saya gantikan dengan cheese khas untuk Rayyan.

So apa lagi cubalah…MAcam kami sekeluarga, tahan sampai ke sahur. Puas hati. Insya Allah nak buat lagi

Grilled Strawberry Granola Trifle

Ini Adalah Posting Berbayar

Bila bercerita tentang dessert, mesti terbayang dessert yang manis, yang banyak calori yang memang bila makan, lepas tu rasa menyesal. Betul tak? Semalam saya ada beli yogurt. Kat rumah ni yogurt memang benda yang sentiasa ada dalam peti sejuk, Sebab yogurt, memang digunakan untuk masak kari, buat ayam tandoori, buat smoothies, buat salad buah.

Memandang anak-anak saya suka sangat makan yogurt jadi saya cuba buat dessert yang sihat. Bukan seperti selalu, kalau dessert je mesti manis dan berlemak. Saya buat Grilled Strawberry Granola Trifle.Cara nak menyediakan dessert ni sangat senang. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak.Dan yang paling penting, cepat disediakan. Cuma mengambil masa lebih kurang 20 minit je.

Kita tengok apa bahan-bahan dia

photo 4

Bahan-bahan yang diperlukan

photo 3

Dari kiri: oat, bijiran sarapan pagi,oren, stroberi dan walnut.

Bahan-bahan

Masa penyediaan : 20 minit

Hidangan untuk 2 orang

  • NESTLÉ Natural Set Yogurt
  • 6 biji stroberi
  • ½ buah oren – ambil jus dan parut kulitnya
  • 1 sudu bijiran oat
  • 3 sudu bijiran sarapan pagi yang berkacang (saya guna banana clusted nut breakfast cereal)
  • 1 genggam walnut – tunmbuk kasar
  • 3 sudu sirap penkek
  • 2 sudu gula perang

Cara-cara

  • Panaskan oven dengan  suhu 180 darjah
  • Campurkan parutan oren, jus,bijirin oat, campuran bijirin, walnut , sirap penkek dan 1 sudu gula
  • Gaul rata dan bakar di rak atas sekali selama 15 minit untuk menjadikan granola
  • Sementara itu panaskan kuali gril
  • Salutkan stroberi dengan gula dan panggang diatas kuali sehingga berkaramel
  • Selepas 15 minit, keluarkan granola, sejukkan seketika.
  • Apabila sejuk, granola akan mengeras dan rangup
  • Hidangkan trifle, dengan cara melapis granola- yogurt-stroberi-yogurt-granola-stroberi
  • Taburkan sedikit gula perang diatas stroberi

photo 2

Stroberi yang sedang dipanggang

4

Tadaa dah siap. Senangkan. Boleh terus dimakan.Bayangkan keenakannya. Bayangkan rasa rangup granola bersama rasa lemak berkrim NESTLÉ Natural Set Yogurt yang sejuk bersama rasa manis  strawberi yang di panggang.

Sedap, cepat, senang ,ringkas dan sihat

Resepi Badak Berendam

bb

 

Bahan-bahan

  • Untuk tepungnya, guna 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air daun pandan dgn sedikit kapur (secubit je)
  • setengah cawan air
  • inti kacang hijau – rebus kacang hijau sampai empuk dan rasakan dgn gula, bentukkan bebola kecil
  • 1/2 kotak santan KARA
  • 1 sk garam
  • 10 biji halba
  • 1 helai daun pandan

Cara-Cara

  • Uli tepung pulut dengan air sampai tepung tak lekat kat tangan
  • masukkan initi kacang dalam tepung macam buat kuih bom, kuih koci
  • Rebus  “badak” dalam air sampai timbul
  • Sementara tu, masak santan dgn 1.5 cawan air, daun pandan ,halba dan garam hingga mendidih
  • Bila mendidih masukkan semua badak dalam santan dan tutup api
  • sedia untuk dimakan tapi sila tunggu lepas bunyi azan