Category Archives: Pasta & Noodle

Laksa Nyonya

Hari Ahad tukan lepas abis kelas memasak, balik rumah lepak dulu… letih gaklah . Letih berdiri.I kan special sikit takleh berdiri lama. Dah abis rest, tengok tv manja-manja dengan anak-anak and husband, baru pi masak. Bebudak nak makan hotdog, so Kheirul yang masak lah and Kheirul plak nak makan Laksa nyonya. SO ikutkan je. Cepat-cepat keluarkan ayam sebab kena buat kari kering and tumis sambal.

My version laksa nyonya mesti ada kuah + kari ayam kering +sambal tumis. Bila 3 rasa bersatu di tambah dengan rasa berangin daun pudina…perr memang sedap. Kali ni Laksa nyonya takde kerang sebab abis  kat kedai.Malas nak menapak ke pasar. Masak dengan apa yang ada.Mee dia pulak kita pakai mee nasi tikus err Loh Su Fun.

Sedap….

 

 

Baked Macaroni.. nak resepi tak?

 

Baru 2 hari sekolah dah buka. Idea nak masak takde. susahnya  kalau kehabisan idea nak masak. Nak masak apa ni? Nasi? nanti tak laku . bebudak ni tak nak makan. Kalau suap laju lah. Tapi takkan asala makan nasi je kena suap?? So, lepak-lepak pikir-pikir akhirnya, I buat makaroni bakar je lah. Senang. Rebus makaroni, buat sos daging, buat bechamel sos. Kali ni bechamel sos, I letak pinch of nutmeg. Rasa lagi lemak.

 

Ini lah rupa yang belum dibakar. I buat siap, siap simpan dulu kasi dia rest sebab budak-budak sampai rumah  pukul 6.30 kan, so elok dorang sampai, I pop in the makaroni dalam oven. So nanti masak boleh makan panas-panas. Dorang kalau nampak makanan macam ni, sukalah. I love you mama. Makan pun banyak. Masak sebekas ni, cukup 3 beradik makan.Memang senang nak kasi dorang kenyang.Ingatkan boleh simpan sikit untuk esok…hahah yelah dorang dah membesar makan pun banyak. Alasan, makan banyak sebab nak tinggi.

Ini rupa yang dah masak dan dipotong. I buat with less cheese. Rayyan makan bertambah. Macam orang tua punya portion dia makan. Ashraff and Afriena tak yah cakap memang suka sangat makanan ada keju, berlemak macam ni. Yang kaler hijau tu parsley. I tabur before nak bakar.

You all nak resepi ke?

INGREDIENT

  • 1/2 pack of makaroni
  • 300g daging kisar
  • 1 tin tomato kisar/diced
  • 10 biji cherry tomato – potong 4
  • 1/2 biji capsicum
  • 1 biji besar bawang kuning – dadu
  • 2 ulas bawang putih -dadu halus
  • 1 sudu kecil rempah bolognese – oregano, daun parsli,bay leave
  • 3 sudu mentega
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 gelas susu segar
  • 100g mozarella cheese yang telah diparut
  • 2 sudu minyak zaitun/jagung
  • sedikit air
  • garam dan lada hitam

METHOD

Sos Daging

  • panaskan minyak
  • tumiskan bawang putih sehingga layu
  • masukkan bawang besar
  • masak sehingga layu
  • selepas itu masukkan daging kisar, kacau sehingga masak
  • tambahkan tomato kisar , rempah dan sedikit air
  • rasakan dengan garam dan gula, letak tomato ceri dan capsicum
  • bila masak tutupkan api

Sos Putih

  • Cairkan mentega
  • masukan gandum, masak sehingga sedikit berbuih
  • selepas itu, masukkan susu segar, masak sehingga sedikit pekat di atas api yang kecil
  • letak secubit garam dan serbuk buah pala
  • bila pekat tutup api, masukkan sedikit keju

Cara melapis:

  • Lapis secara alternate  pasta, meat sauce, sos putih, pasta, meat sauce, sos putih.
  • Pastikan sos putih adalah yang paling atas.
  • Lepas tu taburkan cheese mozzarella atas sekali.
  • Bakar selama 25 minut atau sehingga perang keemasan

Note: boleh juga tabur cheese dalam setiap lapisan

 

 

Lasagna, menu wajib

Last Sunday, selepas hari bergotong royong anak beranak, I made lasagna for lunch. Kat rumah ni, Pasta adalah makanan wajib yang kena masak seminggu sekali.Sebab semua suka makan.Kalau tak buat lasagna, kena buat macaroni n Cheese tak pun Bolognese Spaghetti.

 Masak satu bekas tu memang sekali makan. Memang takkan ada leftover.Nak buat lasagna senang je. Buat meat sauce, buat white sauce, ada lasagna dan cheese. Untuk cheese, I pakai mozzarela and cheddar cheese.Yang hijau tu I tabur parsley.One day nak try buat vege lasagna la pulak or mungkin vegetable casserole.

Ini rupa lasagna yang dah dipotong. untuk meats sauce, I lebihkan sayur, ada carrot, celery, mushroom and dice tomato. Memang time nilah nak paksa anak-anak makan sayur.

For those yang nak resepi bolehlah check kat resepi di sini.