Category Archives: SawaRecepe

Maggi Goreng for buka puasa

maggi goreng

Macam biasa, sebelum semua keluar pergi ke destinasi masing-masing, I akan amik order. Tanya nak makan apa untuk buka puasa. Kali ni pelik sikit, sbb dorang nak makan maggi goreng. maggi goreng??? ok ok I’ll make maggi goreng. Punyalah tak nak makan nasi kan. Masak 4 paket je. Letak sayur, letak lauk dan goreng. Senang je. Pukul 7 sempat lagi goreng. Buat macam kedai mamak, cuma takde tauhu je. Malas nak beli tauhu kat kedai sebab, asal beli je, rasa dia macam rasa masam sikit. Sambutan maggi goreng??? Memang lah sangat laku. Bertambah-tambah makan bebudak. Suka plak dorang makan. Tukar selera kot, selalu berbuka, kalau tak makan nasi, makan mee, tak pun roti atau pasta. So far for berbuka dah ada chicken chop, laksa, mee, burger, sandwich, pasta , roasted chicken n nasi goreng kot.

Ok lah ni dia resepi maggi goreng

Bahan-bahan

  • 4 Maggi perasa kari – celur sekejap, rencah amik 3 je
  • 1/2 mangkuk sotong yang dah dipotong
  • 1 ketul fish cake
  • 1 mangkuk taugeh
  • 4 sudu kicap
  • 2 ulas bawang putih – cincang lumat
  • 1/2 biji bawang besar hiris nipis
  • 2 biji telus
  • 1/2 biji cili merah cincang – boleh guna cili kisar
  • limau kasturi
  • daun sup dan daun bawang
  • bawang goreng
  • sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  • Panaskan minyak, tumis bawang dan cili hingga naik bau
  • masukkan sotong, kacau sampai setengah masak dan masukkan fishcake
  • Kacau seketika dan masukkan rencah
  • Kacau rata dan masukkan mee, kicap
  • Kacau rata, hingga kicap sebati, dan masuk kan telur ditengah-tengah
  • Biarkan telur masak, gaul rata dan masukka taugeh
  • Masak sekejap tapi jangan biar taugeh layu, dan angkat
  • Hidang dengan daun sup, bawang goreng dan limau kasturi.

 

 

Roasted Chicken untuk berbuka

Kat rumah ni, juadah berbuka puasa mesti tukar tukar. Kalau hari ni makan nasi esok kena makan sandwich, tak pun pasta, atau masak western . Janji bukan nasi hari-hari sebab bebudak ni kalau makan nasi rasa kesian je sbb dorang tak berapa lalu. Cuba kalau berbuka makan pastake, sandwich ke, burger ke? laju je dorang tau. Begitulah anak-anak saya yang tak suka makan nasi. Jumaat lepas , I masak roasted chicken.  MAsakan paling senang lah… senang sebab tak payah cuci kuali, lap dapur semua kan. FYI, I tak suka masak goreng-goreng sbb nanti terpercik walaupun dah tutup.. Lagi suka masak boiling, kukus atau bakar.  Resepi masak roasted chicken ni senang je…

Bahan-bahan

  • 4 ketul whole leg of chicken
  • parutan kulit lemon dari 1 biji lemon
  • jus lemon dari 1/2 biji lemon
  • 8 ulas bawang putih – dicelur sekejap
  • 2 sudu kecil Rosemary
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • 3 sudu mentega

Cara-cara

  • campurkan kulit lemon dgn mentega, rosemary , garam dan lada hitam – gaul rata seperti paste
  • sapu pada ayam
  • bakar bersama bawang putih celur untuk 45 minit pada suhu 180 atau sehingga masak
  • sedia untuk dihidangkan bersama sos kegemaran.

Kali ni saya buat sos cendawan mc cormick tapi tumis  lagi dengan bawang. So dia karamel sikit sikit. Makan dengan mashed potato dan sayur yang dikukus dan bawang putih panggang. Sedap bawang putih panggan tu rasa macam butter je.

image

Haaaa letak butter macam ni lah

image

Dah siap masak. Jus Ayam tu jangan buang sebab nanti boleh jirus atas ayam masa nak makan

image

Inilah juadah berbuka puasa kiterang. Senang kan. Makan macam ni pun dah kenyang.

Popiah Ala Vietnam

Hari tu ada buat popiah. Satu popiah goreng untuk budak-budak, satu lagi popiah ala vietnam untuk kiterang.  Senang je buat nya. Bagus ni makan benda ni healthy. Banyak sayur mayur. Sayur semua mentah, cuma ayam je di grill (tapi I airfried je ).  Sayur yang I letak ialah, sengkuang, carrot, daun ketumbar dan alfalfa. Lepas tu isi ayam di airfried. tu je. Senang kan?

DSC_7201

Ini rupa yang dah siap. Bila siap gulung letak dalam fridge kasi sejuk. Actually tak kisah sayur apa yang you all nak letak, janji boleh telan. Semua sayur tu cuci bersih, lepas potong nipis .

DSC_7191

I guna vietnam rice paper. sepeket RM3  lebih je.Sebelum isi sayur dan ayam, kena basahkan rice paper tu dulu. lepas tu, bila dah basah, letak atas pinggan. terus isi inti. Dalam masa dok isi inti tu rice paper akan lembut.

DSC_7193

Dah letak inti, boleh lah gulung macam biasa. Popiah ala vietnam ni, bagus untuk sapa nak diet. Bukak puasa makan ni je pun kenyang. Menyelerakan sebagai pembuka selera. Cicah plak dengan sos thai manis..pehhhh memang kena lah.