Category Archives: SawaRecepe

Resepi Percik Ayam

INGREDIENTS

  • 1/4 ekor ayam – sapu garam kunyit
  • santan satu kotak
  • 7 ulas bawang merah – kisar
  • 2 ulas bwang putih -kisar
  • 1 inci halia- kisar
  • 2 btg serai – kisar
  • 1 tsp serbuk lada hitam
  • sedikit garam dan gula
  • asam keping

METHOD

  • Panaskan Santan
  • masukkan bahan kisar dan asam keping
  • rasakan dgn garam , gula dan serbuk lada hitam
  • masak hingga pecah minyak
  • bila kuah  masak, bakar ayam sehingga 3/4 masak
  • bila 3/4 masak, lumurkan kuah percik semasa membakar, supaya kuah dia meresap dalam isi ayam
  • bila dah masak, hidang dengan kuah percik.

Note: Nak bakar pakai arang boleh tapi saya bakar dalam oven

Resepi Mee Kuah Kelantan

 

INGREDIENTS

  • 1 paket mi kuning
  • semangkuk kecil daging dihiris nipis
  • 10 ekor udang besar – buang kepala
  • 3 ekor sotong besar – potong ikut suka
  • sepeket fishball
  • semangkuk kecil sayur- bunga kubis, bak choy (ikut suka, lagi banyak sayur lagi bagus)
  • 2 tomato -dipotong 4
  • 5 biji bawang merah – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 2 sudu lada hitam – ditumbuk
  • sedikit minyak
  • air secukup nya
  • garam secukup rasa
  • lada putih

METHOD

  • Panaskan minyak
  • tumiskan bahan tumbuk sehingga garing
  • masukkan air, sehingga mendidih
  • bila sup mendidih, masukkan daging
  • Masakkan daging sehingga empuk
  • Masukkan kan udang dan sotong
  • Bila ,fishball ,udang dan sotong masak,
  • Rasakan dengan garam dan lada putih
  • Masukkan sayur- sayuran dan mee
  • Tunggu hingga mendidih,
  • sedia untuk dihidang
  • Sedap dinikmati dengan perahan asam limau, daun sup, daun bawang dan sambal kicap juga kacang tumbuk