Category Archives: SawaRecepe

Resepi : Naan Bread

INGREDIENT

  • 2 cawan gandum
  • 1 tsp yeast
  • 1 tsp garam
  • 1 tsp gula
  • a pinch of baking soda
  • 2 tbs minyak masak
  • 2 tbs yogurt
  • 3/4 cup air suam

METHOD

  • rendam yeast dalam air (yang 3/4 cup air suam)
  • campurkan semua bahan kering, gaul sebati
  • masukkan minyak dan yogurt
  • gaul sebati, dia jadi macam crumble
  • pastu masukkan air campuran yeast, takpe doh lembik sikit
  • Bila dah uli lama-lama dia ok
  • Bila doh dah tak melekat kat tangan boleh behenti uli doh
  • rehatkan doh selama 3-4 jam
  • bila nak masak, panaskan ceper dulu,
  • giling doh jadi leper, sebelum nak masak dalam ceper, basahkan tapak tangan then balik-balikkan doh supaya dia lembab
  • masak selama 1 minit then balik, masak selama seminit lagi.
  • Kalau lembut, roti tu menggelembung angkat, brush dgn butter or ghee

Note: Kalau nak letak cheese, bulatkan cheese, masukkan dalam doh, bulat doh, then giling. bebudak suka sebab cheese akan cair kat dalam.I pakai mauripan je. yogurt plak , pakai natural yogurt brand nestle

 

Resepi : Tandoori Chicken

INGREDIENT

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 cawan yogurt
  • 1 tsp bawang putih yang di telah dikisar
  • 1 tsp halia yang telah dikisar
  • 3 sudu garam masaala
  • garam secukup rasa
  • 2 tsp minyak masak
  • 2 sudu jus limau
  • 1 tsp serbuk lada (i tak pakai sbb takut budak takleh makan)
  • pewarna merah jika suka

METHOD

  • campurkan semua bahan kedalam satu bekas
  • gaul sebati dengan ayam
  • perap selama 4-5 jam
  • Bakar selama 1 jam dengan api 150-180 celcius
  • Bila masak, perahkan asam limau

Note: Ayam ni lagi lama perap lagi sedap, and isi dia akan jadi sangat tender sebab yogurt  tu tolong lembutkan daging.Jangan terover bakar nanti daging ayam kering. Dia mesti juicy sebab bila siat daging, air ayam akan keluar.  S.E.D.A.P

 

Resepi : Grilled chicken ala sawanila during Masterchef blogger

asal baru nak tulis resepi Rayyan kacau..ni pun dok beriba minum susu…

Resepi ni ciptaan sendiri. Dorang kata sedap tapi Ashraff kata tak sedap. I kata ok la kot…

Masa dapat je bahan I dah blank and blurr..apa aku nak buat dengan ayam ni. ting ting buat Chicken Parmesan..tapi berangan la..mana ada cheese tu semua.So..I potong jelah bahan dulu sambil kepala dok try nak ting kan mentol. arghh belum dapat idea..takpe… buat vinaigrette dulu…pastu perap ayam. pastu grill separuh masak…dulu. baru pikir nak masak apa. pikir punya pikir baru dapat idea. buat mushroom creamy sauce. sayur tu grill je pastu serve dengan vinaigrette.

Resepi seperti di bawah

INGREDIENT

  • 2 keping dada ayam
  • cumin powder secukup rasa
  • pepper n salt to taste
  • 1/2 capsicum – potong panjang
  • carrot -potong nipis panjang
  • mushroom
  • minyak untuk masak

METHOD

  • panaskan api, grill sayur sampai masak tapi kena rangup
  • masak mushroom goreng dengan butter and pepper
  • grill ayam sampai masak
  • letak tepi semua

resepi sauce

  • 1 cawan cream
  • 1 senduk mushroom – cincang
  • 1 biji garlic – cincang
  • 1 sudu butter
  • black pepper secukup rasa

METHOD

  • panas kuali, masukkan butter
  • tumis bawang putih sampai naik bau
  • masukkan cendawan…kacau sampai layu
  • masukkan cream and kacau tapi jgn sampai mendidih tutup api
  • sedia untuk di hidang

cara buat vinaigrette: 1 tsp djon mustard, 1 sudu balsamic vinegar,1 sudu gula, 1 sudu lemon juice,1 sudu olive oil.. goncang sampai sebati boleh curah kat sayur… tis is to balance rasa muak cream sauce.Masa nak hidang tu.. percik kan sedikit serbuk paprika…

So untuk event Masterchef blogger esok, jangan takut ok..just enjoy the event… chewah mementang dah lepas kan

and pada yang dok tunggu Masterchef Malaysia, berikut adalah details nya:

Rancangan MasterChef Malaysia ni akan ditayangkan di ASTRO RIA saluran 104 pada 22hb Oktober 2011 ini so lepas ni jangan lepaskan peluang untuk tonton chef-chef terhebat Malaysia dan kita nantikan siapakah yang akan bergelar MasterChef Malaysiayang pertama. Demam MasterChef ni memang hangat diperkatakan di seluruh dunia terutama di Amerika dan Australia, mungkin selepas 22 Oktober nanti demam itu akan merebak ke Malaysia pula. Nak tahu maklumat lanjut :

Sila tonton di ASTRO RIA – Saluran 104