Category Archives: SawaRecepe

Resepi Sup Cendawan

 

Ini adalah cendawan Korea. Jarang kat rumah ni dapat makan mushroom sebab si suami alergik dengan mushroom. Cendawan korea ni, pelik sikit sbb dia ketul-ketul besar. Tapi rasa dia sedap. Lagi sedap dari cendawan tiram. Tapi takleh la lawan cendawan pbusut dan cendawan sisir. Dulu kat kampung, selalu la dapat makan cendawan sisir masak lemak cili api . Kecik-kecik dulu selalu cari kat batang getah lepas musim hujan. Cendawan busut (kulat pusu) plak akan tumbuh kat kawasan busut. Selalu masa kecik-kecik, kalau kulat busut tumbuh maknanye nak banjir. Entah betul ke tak. Selalu kat  rumah , mak masak kulat busut dengan cara tumis iar campur dengan pucuk manis dan pucuk miding. Kena pulak dengan ikan masin goreng ke, Makan dengan nasi panas time hari-hari hujan…pehhhh.Tapi awas jangan main kutip je cendawan sebab banyak cendawan beracun. Cendawan beracun boleh buat kita pening, muntah, mabuk-mabuk dan paling takut membawa maut. Sila tanya orang tua.

Ni resepi plak , resepi untuk anak bandar la.Ni cendawan korea, hari tu test sedap manis rasa macam ayam

INGREDIENT

  • 1 mangkuk cendawan korea
  • 1 keping dada ayam -hiris nipis
  • 1 sk lada hitam tumbuk
  • 2 biji bawang putih -tumbuk
  • 2 biji bawang merah hiris
  • 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • daun bawang untuk tabur hias
  • 1 sb minyak untuk menumis

METHOD

  • Panaskan minyak, tumiskan bawang dan lada hitam hingga naik bau
  • masukkan ayam,kacau hingga masak
  • tambah sikit air (jgn banyak sbb cendawan akan keluarkan air)
  • bila mendidih, masukkan cendawan
  • rasakan dengan garam, bila mendidih tutup api
  • tabur daun bawang , sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas dan ikan masin goreng

Note: Masak dengan ikan bilis lagi sedap. cara: tumis dgn ikan bilis. Dah siap tabur plak dengan ikan bilis goreng

 

 

Tiramisu In Glass

DSC_5290

First time ni buat tiramisu. Buat ni pun sebab untuk celebrate birthday suami yang tercinta. heheheh. Sekali lagi.. Hippy Birthday Suami…Sorry lah takde hadiah pun. Isteri takde duit la. Isteri hanya mampu buat kek dan dinner je. Since tengah hari lagi I dah start buat tiramisu ni. Resepi kastard dia I guna dari  Joy Of Baking. Dan untuk base I guna cake biasa celup dalam nescafe. Tak guna pun crisp ladyfingers tu. mana mau cari. malas nak keluar dengan Rayyan pastu balik pastu keluar balik. Siap masak kastad, kasi sejuk then baru assemble. Masa buat kastad…umm sedap baunya. FYI… kat resepi tu cakap guna RUM tapi I tak guna sbb haram…tukan alcohol. I baca …Rum tu boleh ganti dengan jus apple atau nenas. I tak guna pun. mula-mula ingat nak letak rootbeer je dalam kastad tu hahaha… suka hati je kan.

Sapa kata buat tiramisu susah? senang je rupanya. Lepas assemble, simpan dalam fridge untuk 3-4 jam. Bila nak hidang ayakkan serbuk koko atas dia pastu boleh lah santap. Afriena makan banyak la.  Biasalah perempuan… mesti suka dessert kan.

Resepi Tiramisu cara saya

Cream Filling:

1 cawan susu – bahagi 2

1/2 cawan gula (saya kurangkan lagi dalam 2 sudu)

2 sudu tepung gandum

3 biji telur kuning

1 sk esen vanilla

2 sudu butter

150g cream cheese – mascaporne takde dlm peti sejuk

Base 

sponge cake

Coffee Soaking Syrup:

1 1/2 cawan nescafe pekat

Topping:

Cocoa Powder for Garnishing

 

Cara buat kastad

masukkan separuh susu dan gula dalam periuk, kacau dgn api kecil.kacau sampai nak nampak mendidih tapi bukan mendidih. Sementara tu pukul telur  dgn susu, gula dan tepung dalam bekas yang lain . Bila susu nak mendidih.tuang kan susu tersebut kedalam mangkuk yang berisi campuran telur dan kacau hingga sebati. Lepas tuanglah campuran tadi dalam periuk dan kacau hingga pekat. Bila dah pekat dan takde ketulan, tutup api dan masukkan esen vanilla dan butter.  tutup kastad dengan plastik wrap dan simpan sejuk selama 2 jam atau lebih.

Bila kastad dah sejuk, keluarkan dari peti sejuk. Dalam mangkuk lain kacau keju krim hingga lembut dan sebati, lepas tu baru masukkan castad tadi dan kacau sebati

To Assemble

kacau kopi dengan air panas. rendam sponge cake dalam air kopi lepas tu transfer dalam gelas comel-comel. pastu isikan kastad. buatlah berapa lapis yang anda suka. bila dah selesai kerja assemble, simpan tiramisu dalam peti ais. Bila nak makan ayakkan serbuk koko. kalau ada buah berry boleh la letak.

Sekian sahaja resepi saya..anak dah nangis. Memang dia takleh tengok mama dia dok ngadap PC.

 

Yorkshire Pudding

DSC_5165

 

First time try buat Yorkshire pudding. senang je buat dia. I buat ni bulan 10 hari tu untuk makan dengan roasted beef specially prepared for my birthday.

Sapa nak resepi dia boleh lah rujuk kat sini. Yorkshire pudding sedap makan dengan brown sauce, pastu gandingan dia plak roasted beef. Sapa tak suka beef buatlah roasted chicken . Jangan lupa steam vegie and corn. Tapi kalau Afriena, dia prefer dengan madu. Rupa dia memang nampak buruk tapi sedap.Tapi kena makan panas-panas la.