Category Archives: Chicken & Meat

Homemade Burger

Mesti bila citer pasal burger semua dok pikir, hish not healthy la makn burger. high calorie, nanti gemuk .Hihihi.. benda-benda macam ni tak naklah membantutkan selera nak enjoy makan burgerkan.

Since I suka makan burger and berkira pasal jaga badan kan so I came out with the  idea buat home made burger.Macam mana nak buat simple homemade burger yang berkhasiat?

Rupa beef patties yang belum masak

Resepinya kat bawah

INGREDIENTS

  • daging kisar – I pakai lean meat sebab masih menjaga pantang, no fat ok
  • 2 batang celery – grated
  • 1/2 carrot – parut
  • 1 /2 labu bawang kuning besar – parut
  • 1 biji bawang putih di cincang
  • parsley dan oregano
  • 4 sudu oat
  • sebiji telur
  • lada hitam dan garam secukup rasa
  • 2-3 dash maggi seasoning

METHOD

  • Campur semua bahan diatas dan gaul sebati.
  • bentukan bahan tadi menjadi leper seperti burger
  • Bolehlah bakar beef patties dalam oven sehingga masak atau grillkan sedikit minyak
  • Sedia untuk dihidang

Boleh dihidang sesuka hati nak tambah sayur.

Note: boleh juga buat beef patties banyak-banyak then simpan dalam freezer. nak masak bolehlah keluarkan.

Meatball Pasta : Great Menu for kids

Semalam masak pasta for dinner. Actually bebudak ni request nak pasta. FYI, dorang ni susah sangat nak makan nasi. kalau makan nasi pun mesti ada sup je. Kalau Afriena lagi best, nasi sahaja.Kesian tengok dorang,kalau masak nasi mesti makan sikit. So semalam I buatlah Meatball pasta.

Resepi kat bawah

INGREDIENTS

Untuk meat ball

  • daging kisar – I pakai lean meat sebab masih menjaga pantang, no fat ok
  • 2 batang celery – 1 di parut, 1 lagi dihiris
  • 1/2 lobak merah – parut kasar
  • 1 /2 labu bawang kuning besar – parut
  • 1 biji bawang putih di cincang
  • herba bolognese : parsley, basil, parsley dan oregano
  • 3 sudu oat
  • lada hitam dan garam secukup rasa
  • minyak untuk mengoreng – Shallow fry dengan minyak canola

METHOD

  • Campur semua bahan diatas dan gaul sebati.
  • buat bebola kecil
  • pastu goreng separuh masak .

Untuk Sos

  • 1 batang celery- dihiris
  • 1 tin sos pasta prego -original punya
  • 1/2 lobak merah – parut kasar
  • 1 /2 labu bawang kuning besar – parut
  • 1 biji besar tomato di dadu
  • 1 biji bawang putih di cincang
  • herba bolognese : parsley, basil, parsley dan oregano
  • lada hitam dan garam secukup rasa
  • sedikit gula

METHOD

  • Panaskan minyak sesudu minyak
  • tumis bawang putih sehingga layu
  • masukkan bawang kuning, lobak merah dan celery
  • masak hingga layu
  • masukkan tomato puri dan tomato yang didadu
  • tambah sedikit air
  • perasakan dengan herba, lada hitam dan garam
  • masak hingga tomato yang didadu tu macam dah lembik
  • masukkan bebola daging  dan air daging (kalau masak separuh masak ada air daging, jangan di buang)
  • kacau rata, tambah sedikit gula untuk menstabilkan rasa masam tomato
  • Bila bebola daging dah masak bolehlah hidang dengan pasta.

Ashraff dan Afriena suka sangat sampai makan bertambah-tambah. Semua sayur di atas kalau tak nak parut pun takpe, boleh di dadu. Tujuan sayur diparut adalah untuk menyenangkan bebudak tuh makan sayur.

Kurma Ayam

Semalam, tiba-tiba jer terasa nak makan ayam masak kurma. FYI, kalau masakan bersantan nih jarang sangatlah nak masak. Mungkin sebab dah dekat nak bersalin kot. So semua nak makan. Makan bukan bukannye banyak sikit jer.Anyway, I nak share the resepi kat sini.

INGREDIENTS

Ingredients A :
  • 500 gram ayam dipotong
  • 3 biji kentang – belah 4
  • Carrot di potong
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • Cili hijau 2 biji dibelah 2
  • semangkuk kecil santan
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 paket rempah kurma
  • sedikit daun ketumbar dan daun pudina
  • minyak untuk menumis
  • kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
  • 1 asam keping

METHOD

  • Kisar bawang, halia , daun ketumbar dan pudina bersama rempah kurma
  • Perap bahan kisar dengan ayam selama 30minit
  • Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
  • biala naik bau, masukkan bahan perapan
  • Kacau sehingga tumisan nampak garing dan ayam separuh masak.
  • Masukkan kentang dan lobak merah
  • Masak sehingga empuk, dan masukkan santan , sedikit air dan asam keping
  • Kacau sehingga mendidih, rasakan dengan garam dan lada hitam
  • Kacau dan sedia untuk dihidang.

Sedap kalau makan bersama acar mentah , sambal belacan dan ikan masin.

P/S: Masak kurma ni, kalau diletak pudina kurang ler rasa muak pastu bila makan rasa berangin sikit.