Category Archives: Vacations & Outings

AirBNB yang best kat Hong Kong

Kami baru balik Hong Kong heheheh..Kira fresh lagi ni. Anak-anak pun masih lagi demam. Mana tak nya, kat Hong Kong sana sejuk kadang sampai 12°C . Sejuk lah gak bagi kami yang biaas dok berpanas kan, Pengalaman yang bagus untuk anak-anak. Cuma Afriena lah kena Eczema teruk. Nasib baik bila balik sini nampak dah berkurangngan.

Kali ni travel, kami amik AirBNB. Sebab utama dia adalah nak washing machine dan Kalau boleh dapatlah kira nya masak maggi atau buat mac n cheese kat sana. Pergi sana 6H 5M. Ada dua Hari kami lepak di bilik je kebab Kheirul ada kerja berkaitan Taekwondo. So masa Hari free tu dapatlah masak dan mendobi baju.

AirBNB yang kami duduk ni best sebab lokasi dia. unit ni kat Causeway Bay. Sebelah je dengan Times Square, Hysan Place dan Sogo. TAk sempat la plak aasuk Sogo, rempat masuk TS dan HP je. Lepas tu, kat bawah -bawah tu ada banyak kedai. Ha SaSa berlambak kat bawah, Manning, 7E, Circle K, kedai chocolate, kedai ubat, macam-macam lah

nampak tak Times Square kat sebelah. MAlam-malam memang cantik

Tapi yang paling best sebab makanan halal senang dapat. Kat AirBNB tu, semua jalan kaki je.

Wai Kee Food Centre – Jalan kaki 5 minit seberang jalan, dapat lah beli Roasted Duck yang halal. Situ area pasar. Kat pasar pun boleh cari maggi halal, makanan halal sebab ada Indonesian yang menage. Janji you all sediakan HKD nya. Saya memang Suka lah pi pasar. Beli telur, beli buah untuk setiap hari supaya anak-anak cukup nutrisi.

Aladin Mess – 3 minit je jalan kaki.. KEdai dia atas SaSa. Boleh lah makan Nasi beriani sedap . Janji Halal

Islamic Centre Canteen – NI mesti makan Dimsum halal Kalau sampai Hong Kong. Dimsum dia sedap. 15 minit jalan kaki heheheh

Pasar Bowrington Road seberabg jalan je, Kalau Pergi situ ..mesti jumpa muslim kat sana.Lepas tu , Train Causeway Bay Station sobolah jo ha. Jalan kaki 1 minit sampailah station dia, tambah lagi 5 minit sampailah ke train. Tram pun senang, Bas pun depan tu je.

Oh ya Air BNB ni muat untuk 6 orang. Dapatlah Aqilah lari sana-sini, sambil mama cuci baju. Ada 1 katil besar , 1 tilam besar, 1 single bed.. Kira selesalah. Bantal empuk, selimut tebal, Pemandangan yang best.

Ha tu keluasan rumah kami kat sana.

Pada yang mencari AirBNB tu ha ni link dia. Korang click je link ni https://abnb.me/e/nGNCmhsZNS sbb nanti dapatlah RM180 untuk first trip bila korang sign up kat AirBNB.

Pastu unit yang kami duduk tu..yang ni


Cuti-cuti@Hotel Sentral Johor Bahru

Hai korang ? Ape aktiviti cuti sekolah kali ni ?? aku percaya ramai yang ada aktiviti sendiri whether nak berholiday dalam negara atau overseas.. agak2 kalau korang nak jimat kos bolehlah pilih bercuti dalam negara je .. banyak tempat menarik yang boleh kita visit kalau nak bawak anak-anak berholiday .. Hotel-hotel kat Malaysia pun ape kurangnya memang marvellous so  korang boleh choose je yang mana nak stay .. tapi kat sini aku nak share satu hotel kat JB ni.. service, staff , hotel semua best .. harga pun tak mahal sangat .. Jauh dari KL ?? Its ok sekali sekala nak bawak anak holiday ape salahnya .. ye tak ? Jauh perjalanan luas pemandangan uolls ..

So this time aku nak share kat korang pasal Hotel Sentral Johor Bharu. Hotel ni terletak dekat Jalan Tenteram, Tanjung Puteri .. dekat je dengan stesen keretapi KTM and Tambak Johor –Singapura dalam 7km je .. dari hotel pun dah boleh nampak Singapore … rase macam nak cross over je .. hee.. Aku pun mula-mula blur nak cari hotel nak stay kat JB ni .. dok google sampai lenguh tangan ni aku tengok kat apps traveloka ade promosi hotel hebat .. harga pun memang sangat mampu nak stay .. ape lagi aku pun terus booking je kat apps traveloka tu .. service and semua facilities pun tiptop,  layanan staff pun best .. bukan takat tu je, kawasan hotel ni pun strategic dekat dengan KTM, kedai makan , Bazaar karat , Tambak Johor , JBCC pun jalan kaki je uolls dari hotel dah sampai .. best kan !

Hotel Sentral Johor Bharu ni offer 143 bilik yang korang boleh choose to stay .. ikut pada harga serta kemampuan korang .. Bilik Superior dia adalah antara bilik paling murah kat hotel ni .. Dengan keluasan 18-20 kaki persegi sangat lah selesa untuk stay even bawak anak-anak .. Setiap bilik berkonsepkan moden , selesa , kemas , bersih and korang akan berasa tenang bile berada dalam bilik hotel .. Dalam bilik ni ade terdapat 1 katil queen atau 2 katil single yang korang boleh request ikut keselesaan korang .. Facilities yang korang boleh enjoy kat dalam bilik ni contohnya work desk , toiletries percuma, air mineral percuma … bathrobe besar .. siap ade seating area lagi, like bench panjang yang korang atau anak-anak boleh duduk santai sambil tengok view bandar JB or layan internet .. sebab bilik ni offer free WiFi uolls .. Boring-boring tu boleh la layan youtube or nak layan blog ke ..best kan !!

Kalau korang rase bilik ni sempit untuk anak-anak boleh la ‘ upgrade’  ke bilik Deluxe Room atau family room.  Untuk bilik Family ni korang akan rase lebih selesa .. lebih besar dan ade 1 katil saiz king and 1 katil single .. Pada mereka yang berkemampuan bolehlah booking bilik suite.. elegant sangat sangat .. walla ! Korang jugak boleh nikmati banyak lagi kemudahan seperti kalau nak  check in tu mudah dan simple je … parking pun percuma siap berbumbung lagi .. Pool pun best uolls .. ade outdoor adult and kids pool.. memang mandi bertemankan angin santai yang sejuk gittewh !.. Yang lagi best tu hotel ni ade buat banyak promotion untuk harga bilik paling murah dan jugak untuk meals deals .. Marvellous !

Antara aktiviti lain yang korang boleh plan nak buat lepas check-in adalah shopping dan shopping!! ..

Rutin biasa uolls … JBCC mall yang grand dan terbesar di JB pun depan hotel je .. jalan kaki pun dah sampai tak payah nak cari teksi or bawak kereta .. JBCC ni pun link dengan terminal untuk ke Singapore.. Rase-rase kalau dah boring ke boleh la singgah jap ke Singapore tapi jangan pulak tak bawak passport … menangis je kat check point nanti .. hee .. Lepas dah penat shopping, malam tu korang boleh layan Bazaar Karat .. Bazaar Karat ni macam nightmarket la and sangat famous di JB .. macam-macam ade pilih je mane korang nak beli .. Hah Jauh ?? tak la uolls jalan kaki 2 minit sampai dah .. Memang layan !

Breakfast buffet ??  memang la sangat lazat .. puas hati sangat sebab banyak pilihan makanan Asian and international pun ade .. memang rambang mata nak pilih uolls .. Pelbagai jenis kek dan kueh yang sedap .. omelete pun terbaik .. cuisine lain untuk lunch dengan dinner lagi variety macam dimsum, sushi , grill , sate , salad  and dessert yang sangat… super yummy ! Korang jangan lepaskan peluang enjoy breakfast, dinner and lunch dekat Terrace vIew Café yang terletak di ground floor .. Suasana café yang sangat tenang dan santai memang sangat selesa untuk uolls nak lepak makan … ade jugak Hi-Tea buffet untuk weekend and public holiday .. so don’t miss up ye ! Café ni open dari pukul 6.30 pagi until 11.00 malam ..

If korang still dok google cari hotel mane nak stay dekat Jb … so Hotel Sentral Johor Bharu la yang sangat sangat best and worth place to stay .. Untuk sesape yang nak book online korang boleh la book dekat hotel website or if lagi nak senang and korang boleh dapat dengan harga serendah RM 69.90 bolehlah korang book Hotel Sentral Johor Bahru di Traveloka apps .. Korang pasti sangat teruja dan puas hati

Pusing-pusing Koh Lanta

 baru nak update blog pasal jalan-jalan pusing-pusing kat Koh Lanta.  Ni gambar masa Rayyan tengah tunggu nak keluar lepak dengan kucing-kucing kat sini semua cute kaki pendek comel lah 

 Pergi pantai yang kat belakang hotel masa ini 10:00 stay sejuk lagi .Pasu kat Seri Pantai ambil gambar tak mandi pun gila sejuk

Budak dua orang ni sebenarnya nak mandi tapi takleh mandi sejuk kan

Ni kira First time lah aqilah pergi vacation tepi pantai – Aqilah si pipi merah

 

 Yang gambar-gambar kat atas tu gambar-gambar yang kita ambil masa pusing-pusing dekat Koh Lanta

best jugak lah pi sana, makan murah tak crowded macam kat Krabi