Category Archives: Vacations & Outings

Halal Food @Krabi

Citer Krabi tak habis lagi…. bab makan plak. Kalau pasal makan, kat Krabi nak cari halal food sangatlah senang. bersepah. Ada kedai makan ada gerai. Kiterang masa first nite ada pergi makan kat restoran, tapi rasa dia tak berapa memuaskan lah. Mungkin dah rasa yang sedap kat tempat lain kot. Anw harga makanan kat Krabi adalah mahal kalau nak compare dengan Phuket atau Bangkok.Sebabnya adalah tidak diketahui.

Masa first nite, merasalah gak naik tuk tuk versi motor. Nak naik ni kena pandai balance.hahaha Sekali Kheirul naik terus terjongket. Mamat yang bawak motor ni muslim, so dia bawak kiterang ke restoran muslim.

first nite makan kat restoran Sareefa. Oklah tapi tidaklah mengkagumkan. boleh kenyangla. Sedap lagi lagi kat Phuket. My advise kalau nak carik makanan halal just beli kat gerai tepi jalan je. Most of them halal.

PEtang tu lepas island hoping, kiterang pergi ke Aonang dekat dengan Mc D, untuk cari makanan. Jumpa lah gerai ni. Beli nasi goreng, tomyam and telur dadar. Tomyam dia sedap and berasap telinga. Nak makan kat situ pun boleh. Gerai dia bersih je.

Yang ni gerai sebelah dia, jual benda goreng.Beli nugget, popiah, ayam bakar and jagung bakar. Kita pilih je mangkuk mana nanti dia goreng.

Nilah rupa makanan yang kiterang beli. Harga murah compare tempat makan semalam. TOmyam dia sedap, banyak mushroom and udang. Ayam tu pun sedap makan dengan sos dia. Nasi goreng tu, kalau nak makan perah asam limau sikit baru kick. puas hati beli kat gerai tu.

Kasi close-up tom yam ni skit. Makan masa lapar dalam bilik ber-ekon dan jangan lupa beli fruit shake. Kat Krabi kalau mintak juice dia akan kasi ice blended juice.

Malam plak, kiterang makan lite je sebab still kenyang, so just pergi round gerai-gerai, beli sandwich for boys and for girls , kiterang makan banana pancake dgn nutella. sedap tau…Sorry gambar takde, tak tahu kenapa Keirul tak snap gambar pancake. Dan tidak lupa juga untuk beli Ice blended. Harga satu Ice blended dalam 20Baht -25 Bhat. oklah. Malam banyak gerai bukak and most of them halal.

Suasana malam kat Krabi tak happening mana tapi sangatlah menenangkan. Tak bising macam kat Phuket.Kirakan kalau time azan, memang boleh dengarlah azan. KAlau belah siang, tepi-tepi jalan pantai akan nampak ramai mat salleh dok berjemur. HEran apa ke best berjemur kasi kulit hitam

 

 

Island Hopping Krabi

Inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli rombongan, tak kira mak ke, bapak ke, anak-anak ke semua excited nak naik boat terjun dalam laut. Kiterang serahkan pada geng konvoi untuk arrange dengan hotel pasal island hoping. Disebabkan kiterang ni ramai sangat so dapatlah satu boat untuk geng-ngeng giler-giler kiterang. Lepas breakfast kat hotel, dalam pukul 9 waktu tempatan, tuk-tuk  pun datang. heheh merasa gak naik tuk-tuk macam lori tu.dapatlah naik 2 family.

Rayyan naik tuk-tuk pun menggelabah takut terus nak ehem ehem (nak susu lah apa lagi) . Kang kalau tak meraung. Ala naik tuk-tuk pun tak lama, dalam 10 minute je dah sampai. Sebab boat parking kat tempat lain bukan depan hotel sebab air surut.

Lepas tu, nampak boat semua senyum… oh ye before nak bertolak ni semua makesure pakai baju berenang sesiap kang karang rugi tak tukar baju. bebudak  pakai T-shirt dulu nanti senang main bukak je.

ni masa mula-mula naik boat, semua nak duduk dgn mama sebab takut… pastu karang dorang duduk depan sekali. FYI, Ashraff n Afriena pernah naik boat nmasa dorang kecik dulu masa pi pulau kapas tapi rasanya dorang tak ingat kot and Rayyan first time, biasalah sikecik ni, kena angin je tidur. bagus..mama dan papa suka

Naik boat dalam 30-40 minit gak baru sampai.Masa nak sampai first pulau tukan…saja je bapak-bapak budak dok meggelabah ingat boat nak langgar pulau padahal pantai tu dok belakang pulau. Sampai je, semua dah dok excited nak terjun.

Ini la rupa tempat yang nak dituju. Air jernih giler. Tak payah cakaplah. boleh nampak ikan dok berenang. Tempat ni rasanya begitu menenangkan. Hilang stress.

Since Rayyan tidur, so I bawak bebudak main air sambil ajar macam mana nak pakai snorkel. Letih mengajar tak gak reti maybe snorkel tu bukan size dorang. next time kalau nak pi laut kena cari saiz dorang baru senang nak guna.

Dorang pakai pastu selam sikit sbb nak tengok ikan. I siap boleh tangakap ikan yang dah nyawa-nyawa ikan. Ikan merah lagi tau.

Tangkap 2 ekor kasi kat bebudak, pastu dorang kasi kucing (kucing pulau kot) makan. First pulau dorang benti untuk 40 minutes. Pastu naik bot lagi untuk ke pulau yang kedua. Yang ni pulau dia, kecik sangat . Tak lama kat sini dalam 20-30 minits sebab semua sepakat nak ke pulau seterusnya sebab yang ni pulau dia, banyak batu licin.

Air dia jernih boleh nampak ikan tapi bahaya untuk anak-anak. So next stop. Next stop, dia pergi macam lagoon je. Takde benda yang boleh digambarkan selain Subhanallah. Lawa sangat. semua senyap seketika. Mungkin semua sedang mengagumi.

Ni baru pintu masuk dia, kena masuk kedalam. tempat dia dikelilingi pulau batu kapur. cantik sangat. Air dia crystal clear.

Ni kat dalam dia. kalau dapat amik gambar dari atas  memang lawa. Masa ni rasa macam nak terjun je tapi takde sapa pun nak terjun. kalau ada geng mau I terjun sekali. Ada few mat salleh dok snorkel… Air dia dalam ni tapi boleh je kalau sapa boleh berenang or just pakai life jacket. So lepak dalam 20-30 minit, tak turun pun sbb takde pantai sini, so kiterang ke next pulau plak.

Pulau last ni kiterang lepak lama dalam2 jam lebih. kat sini best sebab pantai dia sangat sesuai untuk mandi manda. Ombak dia kuat tapi kena mandi sebelah yang ada pulau kecik sebab ombak tak berapa kuat. Ikan-ikan banyak siap berenang kat celah-celah kaki. hehehe geli gitu sebab ikan-ikan berenang kat kaki, gigit manja.

Kat sini Rayyan dah tak ingat dunia dah, suka sangat dia dengan laut. Mula-mula tu tak nak pijak pasir , dia geli lepas tu…. berguling-guling dia . Dah berapa kali kena selam dalam air rileks je dia. Memang jenis tak minum air sambil menyelamlah. Kat pulau last ni, ada makan-makan lunch dorang buat buffet. Oklah Nasi lauk, sayur ,fruits and air.

Ashraff n Afriena enjoy sangat makan dalam laut hahaha. Lepas makan sambung mandi balik. Oh ya makanan buffet tu termasuk dalam pakej island hoping. Dorang Charge 13200 Baht untuk sebuah boat inc van to Ferry, life jacket, snorkel set, makan and boat. So kira-kira dalam 2200 Baht satu family. Ok tak? murahlah kan.

Lepas makan, mandi lagi…kali ni kat sebelah hujung, ombak dia tak kuat

Ni rupa budak mandi tak ingat dunia…sila jangan fokus ke tempat lain ye :P

Afriena tgh belajar berenang

Lawakan :)

Nampak tak air yang kaler jernih, pastu makin lama makin biru tuh? maknanya makin lama makin dalam, Yang ada papan tanda tu memang tak pijak pasir, tapi banyak ikan. Dah pergi test.Ikan berenang kat celah-celah kaki sambil gigit manja perut -perut orang. Jangan risau bukan pirahna

Dah lepak lama, semua tak nak balik, tapi kena balik gak sbb gila tak penat, nak kejar time solat lagi n off course sgt lapar. Orang pertama naik boat was Ashraff followed by Afriena, saja nak cop tempat depan sekali. Bila naik bot utk balik semua dah penat dah, siap ada yg tidur lg.Dalam 30 minit gitu baru sampai, bot berhenti depan hotel…jangan marah hotel lain hahah….turun bot lintas jalan sampai hotel pastu acara mandi beramai-ramai.

While menunggu orang lain siap, main ipad dulu, sebab lapar so main makan-makan secara maya dulu

hahaha mandikan semua bebudak sebab nak kena bilas baju-baju yang penuh pasir. Lepas tu , solat then terus keluar cari makan lagi. Laparrrrr

 

Floating Market Hatyai

Panjangkan sinopsis ? sampai ada part 2. Now let me stori mori pasal floating market plak. Floating market ni kira dekat je dengan city centre, dalam 15 minit je driving. Kalau naik tuk tuk, dorang charge 500Baht pergi balik so dorang tunggu la kita kat situ dalam 3 jam kot.Kiterang sampai check -in hotel pun dah pukul 12, so first thing to hit off course la shower.Gila melekit badan mesti kena mandi. Lepas mandi rest kejap, lepak tengok tv sementara tunggu Kheirul tidur. Bebudak ni? dorang ada ipad, notebook senyapla.Dalam kul 2 , kiterang pun mula berkumpul, tapi disebabkan GPS kat Hatyai ala-ala pening so, kiterang naik kereta je sbb tak jumpa geng konvoi lain.Naik kereta set GPS..tadaa dah sampai.

Hah.. gambar kat atas tu adalah gambar parking dia.. so kalau nak pergi ngan keter, kena datang awal baru dapat parking.. kalau lambat, parking full n sesak.. Parking free aja takde kene charge apa apa.. janji parking keter elok-elok dan takde blocking keter orang lain.

Inilah rupa floating market dari atas jambatan.

Ashraff and Afriena memang la excited sebab mana pernah dorang jumpa orang menjual atas perahukan.

Siap beli air sendiri lagi. Semua benda harga dalam 20 Baht – 25 Baht. Oklah. Beli makan and makan kat situ je.

Ni memang kena try sedap. Oh ya 80% makanan kat sini halal. So senang la.

Cute kan, Yang muka macamkucing tu actually fishball, Rayyan tak makan dia sayang. Dok pegang samapai bilik hotel.Rasanya banyak gak kiterang beli habis dalam 300baht. Memang kenyang kat situ je. Beli jagung (now terkilan tak try jagung kaler purple), pastu dessert yang dalam buah kelapa, ikan bakar, air 3-4 gelas sebab cuaca panas. Kalau you all ke situ, sila jaga bed ye sebab ramai sangat orang. Kalau nak drive ke sana sila awal dalam pukul 3 waktu tempatan so that you all dapat parking.

 

Steady je dorang dok masak atas perahu. Mana nak balacekan badan lagikan.Kalau perasan kat setiap perahu memang akan ada chop halal for those yang halal, kalau tak halal dia tak letak apa-apa. KAlau pat jual air , memang takde halal but normally air yang jual kat situ adalah teh susu, laici dan oren.

Kalau kat entrance tu dia ada pasar malam gak, ada jual baju, souvenirs, tit bits dan tak lupa juga makanan yang famous  cengkerik goreng, belalang goreng, ulat goreng dan segala macam serangga goreng.hahaha sapa berani try??? I lalu tengok pun dah rasa loya.

Cuma beli telur puyuh goreng. I memang tak makan kalau telur tak masak full, so tak tahu sedap ke tak tapi menurut kata pecinta telur tak masak iaitu Kheirul and Ashraff dorang kata sedap sebab dorang letak sos masin and pepper kot.Pastu apalagi balik la.. nak pi cari pulut ayam plak.