Category Archives: Vacations & Outings

Tempah Suit di Phuket : Raj’s Tailor

Kalau ke Siam, inilah yang di cari. Pernah buat kat Hatyai kali ni kat Phuket plak. Kat Hatyai, dia ada sikit outdated lah kalau dari segi fesyen nya sebab tailor dah tua. Ni buat kat Phuket nampak ada style sikit. Sebab Tailor muda, full of idea. Cara melayan pun bagus. Senang je Raj’s Tailor ni, Nak cari dia senang sangat. Kedai dia bertentangan dgn Kusuma Seafood.Kita orang sampai malam tu terus pi masuk kedai ukur. Sejam  lepas ukr, terus fitting untuk jacket.Yang buat tu Kheirul je lah, I nak buat pun…bukan nya pakai pun lain lah kalau kerja kan.

image

I rasa itulah Raj tapi entahlah ye ke tak… Burma mari kot. Tapi English dia bagus. Senang nak communicate

image

Tukang ukur ialah tukang jahit

Oh ya..harga untuk suit (jacket + seluar) adalah dari USD$100. Yang tu tengok kain lah. Lagi mahal kain lagi mahal lah harga dia.  Siap dalam masa 24 jam. Tapi yang ni kiterorang amik lepas 24 jam lah sbb bukan nya dah nak balik pun.  Malam kedua pergi lagi, sebabnak fitting seluar dengan jacket lagi sekali.  Lawa jugak jahitan dia, lepas tu design dia yang bagus nye boleh tutup sedikit kebuncitan kat perut. Recommended lah sapa nak buat jacket ke seluar ke, atau kemeja, dress atau sebagainya sebab dorang ni sangat friendly, bukan 2 alam gitu, tulen bang…. dan begitu sabar melayan bebudak.

image

Sebab dah kenyang..behave lah semua

image

kejap je lah

Kheirul hari tu buat 2 seluar, satu jacket, 2 kemeja dengan harga tak lebih dari RM800. You all kena tawarlah sebab kalau tak tawar , harga memang cecah RM1000. Lepas tu dapat plak 2 neck tie free. Ok lah . Kheirul cakap best pakai sebab kalau seluar beli siap mesti ada yang tak kena. Terbesar lah…terkecil lah…

Nanti next time nak pergi nak buat jugak lah

Hari-hari seterusnya di Mekah

Alhamdulillah kita bertemu lagi di alam maya. hehehe sambungan kisah di mekah. Sebenarnya selepas habis umrah pertama balik ke hotel, layan tidur lah kan sebab semua ngantuk tak ingat. Satu malam tak tido walaupun semua excited tapi bila masuk bilik lepak atas katil semua jalan…

Pukul 11 bangun mandi terus ke masjid untuk solat zuhur. Allahuakbar… perasaan yang tak tergambar.Tak tau nak cerita. ok, macam biasa janji dengan Kheirul, habis solat jumpa kat pintu 79. I,Rayyan, Afriena dgn MIL and Cik We Ye. Rayyan tak sihat so dia baring je.Solat macam biasa cuma rasa yang berlainan.  Habis solat, keluar tunggu kat luar. Panas kat luar. Silau. I jalan mata sepet-sepet cari selipar Afriena, tolak stroller. time orang. Balik hotel makan. Petang before nak pergi Asar, i perasan I baru period. Baru teringat yang I tak period. Sepatutnya 16 hb, tapi mungkin di beri peluang untuk masuk kedua-dua masjid kot.

Masa period tu rasa sangat-sangat down. Tapi bila difikirkan balik, mungkin ada hikmah dia. Ye memang betul. Masa sebelum zuhur lagi Rayyan dah tunjuk macam tak sihat. Dia termuntah atas katil. Baeeekkkk punya muntah. Dia muntah atas muka papa dia. Ni sambil tulis pun nak tergelak. Masa tu ingat dia angin kot. Tapi masa nak pi solat asar, since I period so dia lepak dalam bilik. Masa tu dia nak makan. Suap makan dua tiga mulut, dia terberak dalam seluar. adoiiii…. Mama dia dah lah jenis penggeli. Nak tak nak terpaksa lah cuci sambil merah biji mata tahan nak muntah. Mungkin itu hikmah dia. Dia nak aku jaga Rayyan kat bilik kot, kalau kay masjid ni agaknya macam mana ye nanti. Susahkan jemaah lain plak. Keadaan Rayyan pada hari -hari seterusnya, ada hari dia muntah kat dining. Ada hari dia sempat ke toilet. Itu semua berlaku semasa waktu solat. Sampailah diahari terakhir kat Mekah. Memang dia tak nak makan. Dia cuma minum air zam-zam. Kalau lapar sangat dia makan roti sikit.Tak pun bawak makan kat luar, beli pizza ke.

Itu Rayyan, Afriena and Ashraff pun sama. Afriena muntah dalam masjid tapi dia sempat tadah dengan kain sembahyang. Balik tu, Kheirul cuci lah semua. Afriena jugak ada terberak masa tidur. Terima kasih suami sebab cucikan semua tu. Dia tau bini dia akan termuntah-muntah kalau buat semua tu. Bukan mengada-ngada, tapi dari kecik lagi kalau buat benda tu semua memang termuntah lah especially bila tengok orang muntah.

Ashraff pun kena serangan yang sama. Dia muntah tepi jalan dan sempat terberak dalam seluar. Sebab dia dah besar maka dia cucilah sendiri. I pun kena muntah pagi hari ke-3 kat Mekah. Hari kedua semua muntah macam tu, mulalah I jadi CSI. Anak orang lain takde muntah relax je perut dorang cuma ada sorang lagi budak muntah and berak. Lupa nama dia tapi dia anak istimewa. Umur 7 tahun tapi badan dia sebesar budak umur 1-2 tahun.Anak Syurga. Dia jadi macam tu sebab lemas dalam perut. Dia pun kena benda sama. Memula ingat sebab tak serasi ngan makanan, tapi sebab Anak istimewa tu  tak makan, so tanya lah mak dia, ada amik air kat dining tak? Dia kata dia amik air panas kat dining buat susu anak dia. Jadi memang benarlah.. yang 3 budak ni kena muntah and cirit ni sebab air panas yang kiterang amik buat air milo dalam bilik. Jadi semenjak itu, almost everyday, kiterang beli je makanan kat luar. Beli pizza ke, Ayam goreng ke, makan kat Burger King lah atau nasi arab. Air plak, samada beli jus mangga yang lazat tak pun minum air zam-zam sepuas-puasnya. Memang tak lalu lah nak makan  kat dining I tengok pengurusan makanan tak berapa bersih. Biasalah kalau Indon and Bangla yang uruskan. Memang hari-hari ke Bin Dawood lah kiterang. Nasib baik lah hotel ni dekat dengan masjid dan supermarket. Beli stock up banyak-banyak. Roti , chips, yogurt and fruit ada je dalam  bilik. MIL dok tingkat 4 , every meal time mesti call cakap hari ni ada lauk apa lah, kadang dia amikkan buah je untuk anak menantu and cucu. Perut mengada semua ni kan.

Nak ke Bin Dawood , jenjalan dan makan

Nak ke Bin Dawood , jenjalan dan makan

Sepanjang datang bulan, dapatlah Kheirul buat umrah dengan lancar. Buat sengsorang lah while I jaga anak-anak.  Sesekali rasa down sebab takleh pergi masjid, tapi ambil yang positif je. MIL cakap takpe…setiap apa yang suami buat isteri dapat pahala. Ada jugak makcik-makcik yang sedikit annoying, cakap apasal tak makan ubat, pastu cakap ada sikit boleh mandi wajib lah. Adehhh… dorang ni tau tak bab bersuci jangan dipandang remeh. I memang tak ambil ubat sebab …..aku memang tak suka ubat. Bila kita period kat sana, jangan fikir negatif. Bak kata kawan blogger.. kita jaga anak pun dah dikira ibadat. Dah agak-agak boring dalam bilik, I balun cuci baju. Cuci baju, dalam masa dua jam dah kering. Lepas Kheirul balik bawak keluar pi jalan ke paling kurang pi ke depan hotel tepi jalan tengok-tengok barang. Keluar kena berteman lah. MIL tak kasi keluar sorang.

Walaupun tak dapat pi masjid, tapi hari-hari boleh dengar imam baca dalam solat, boleh dengar azan, boleh tengok masjid dan boleh berdiri diluar masjid. Insya Allah , satu hari nanti akan ke sana lagi sebagai tetamuNya.

Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka.

Ziarah @Mekah

Selain umrah..macam biasa dalam pakej ada program ziarah. Ada beberapa tempat yang dibawayang pada masa yang sama membawa jemaah untuk ke miqat.

Ladang Unta

Biasalah bebudak kan kalau binatang je, excited. Unta plak tu . Tapi kejap je turun sebab unta ada bau. Nak minum susu unta pun tak selera. Hahahaha.

terkejut Unta namanya..hahahah. SIL cakap jarang nampak Kheirul senyum lebar macam ni

 

menahan bau unta…pastu tengok semua dok menyakat Rayyan

Muzium Mekah

 

Pintu Masuk Muzium

Telaga zam zam lama

 

Jabal Rahmah

Gambar Family

 

Lain-lain tempat adalah Padang Arafah, Mina dan kat mana lagi dah lupa plak. Tapi ziarah setiap tempat adalah sangat istimewa bila mengenangkan peristiwa yang berlaku di setiap tempat.