Category Archives: Review & Nice Places

Pau Yik Mun, Tanjung Malim

Sejuknye pagi ni….nak bangun pun rasa malas. Ni kalau dapat pekena ubi kayu rebus dengan kopi O ni syok  gak ni.Tak pun pulut dengan kelapa dan ikan masin. Apa-apa pun itu hanyalah mimpi mana nak cari semua tuh, kalau kat kampung senang la.

Oklah meh nak citer pasal pau yik mun kat Tanjung Malim. Lepas makan mee udang, kiterang set GPS nak pi makan pau plak. Kira dinnerlah kan.Sampai sana dalam kul 8 lebih . ok lah…dinner time

Ni rupa kedai dia

Pergi sana apa lagi..order pau la kan. Pastu  Ashraff pelik sikit, pantang kat menu tulis lamb chop mesti nak order.

Order 3 bijik dulu, amik inti ayam, kaya and daging. Kaya dia sedap.

Ada cop halal… in case ada yang bertanya

lamb chop…kalau you pergi kena try ni sedap. Yang buat sedap adalah gravvy dia, sweet sour gravvy dengan caramelized onion and peas. Memang sedap and big portion. Pastu dia punya mash potato pun very creamy. Siap order mash potato satu bekas. Habis makan apa lagi… balik KL terus. Pena tak yah cakap lah pastu kenyang lagi sebab asyik makan je.

Street Food @Hatyai

Biasalah kalau pergi mana-mana harus makan street food. Ala yang jual tepi-tepi jalan. Hahaha..bukanlah tepi jalan ni kira makanan yang wajib cuba kalau ke tempat asing. Tapi nak beli tu mestilah tengok halal tak? bersih tak? fresh tak?

This time round, kiterang ke Hatyai, tak pergi pun makan busat kat normal restoran sebab kiterang nak makanstreetfood je. Lagipun bebudak ni kalau makanan cam gini sukalah dorang.So lepas balik dari floating market (padahal masa ni dah konyang) singgah sebentar di Lee Garden plaza, saja nak cari cari benda yang boleh dibeli. hahaha bukan nama Yatie lah kan kalau dia tak keluarkan duit beli barangkan.

cantikkan kasut tu… nak beli tapi Afriena taknak…semualah lawa dan cute

Sempatlah pergi farmasi beli few thing untuk dibawa bekal ke Krabi. Best thing kat Siam ni kan, barang yang dijual kat farmasi murah sikit dari KL. Selepas singgah sebentar membeli baju dan barang farmasi, kiterang round kat gerai-gerai kat luar. Tujuannya adalah untuk membeli Pulut Ayam dan Pulut Mangga.

Beli pulut ayam dua, pulut mangga dua. Memang licinlah semua makan. Pulut ayam dia bestlah sebab dia kasi cili dan bawang putih goreng. sedap. Pulut mangga biasa-biasa je sebab kiterang dah makan yang ter-best kat Bangkok hari tu kan,Makan dalam bilik je, sbb semua dah penat. Makan pulut panas-panas, ayam panas-panas pekena plak dengan Fresh Orange juice cap Malee. Jus yang pekat likat memang kalahlah Twister ke, peel fresh ke, sebab memang kaw kaw pekat. Tak bolehke kita buat product yang berkualiti macam ni? Harga pun sama. Pastukan ada lagi benda yang best kat Hatyai untuk dibeli and kata tukang jual tu no in Malaysia…nak tau apa?

Buah kundang, I beli 1/2 kilo je sebab peminat dia sorang je.  I rasa buah ni kena kacuk dengan manggala.. sebab rasa dia cam mangga and manis sangat. Pastu besar lak tu.

See I told you besar kan…

Floating Market Hatyai

Panjangkan sinopsis ? sampai ada part 2. Now let me stori mori pasal floating market plak. Floating market ni kira dekat je dengan city centre, dalam 15 minit je driving. Kalau naik tuk tuk, dorang charge 500Baht pergi balik so dorang tunggu la kita kat situ dalam 3 jam kot.Kiterang sampai check -in hotel pun dah pukul 12, so first thing to hit off course la shower.Gila melekit badan mesti kena mandi. Lepas mandi rest kejap, lepak tengok tv sementara tunggu Kheirul tidur. Bebudak ni? dorang ada ipad, notebook senyapla.Dalam kul 2 , kiterang pun mula berkumpul, tapi disebabkan GPS kat Hatyai ala-ala pening so, kiterang naik kereta je sbb tak jumpa geng konvoi lain.Naik kereta set GPS..tadaa dah sampai.

Hah.. gambar kat atas tu adalah gambar parking dia.. so kalau nak pergi ngan keter, kena datang awal baru dapat parking.. kalau lambat, parking full n sesak.. Parking free aja takde kene charge apa apa.. janji parking keter elok-elok dan takde blocking keter orang lain.

Inilah rupa floating market dari atas jambatan.

Ashraff and Afriena memang la excited sebab mana pernah dorang jumpa orang menjual atas perahukan.

Siap beli air sendiri lagi. Semua benda harga dalam 20 Baht – 25 Baht. Oklah. Beli makan and makan kat situ je.

Ni memang kena try sedap. Oh ya 80% makanan kat sini halal. So senang la.

Cute kan, Yang muka macamkucing tu actually fishball, Rayyan tak makan dia sayang. Dok pegang samapai bilik hotel.Rasanya banyak gak kiterang beli habis dalam 300baht. Memang kenyang kat situ je. Beli jagung (now terkilan tak try jagung kaler purple), pastu dessert yang dalam buah kelapa, ikan bakar, air 3-4 gelas sebab cuaca panas. Kalau you all ke situ, sila jaga bed ye sebab ramai sangat orang. Kalau nak drive ke sana sila awal dalam pukul 3 waktu tempatan so that you all dapat parking.

 

Steady je dorang dok masak atas perahu. Mana nak balacekan badan lagikan.Kalau perasan kat setiap perahu memang akan ada chop halal for those yang halal, kalau tak halal dia tak letak apa-apa. KAlau pat jual air , memang takde halal but normally air yang jual kat situ adalah teh susu, laici dan oren.

Kalau kat entrance tu dia ada pasar malam gak, ada jual baju, souvenirs, tit bits dan tak lupa juga makanan yang famous  cengkerik goreng, belalang goreng, ulat goreng dan segala macam serangga goreng.hahaha sapa berani try??? I lalu tengok pun dah rasa loya.

Cuma beli telur puyuh goreng. I memang tak makan kalau telur tak masak full, so tak tahu sedap ke tak tapi menurut kata pecinta telur tak masak iaitu Kheirul and Ashraff dorang kata sedap sebab dorang letak sos masin and pepper kot.Pastu apalagi balik la.. nak pi cari pulut ayam plak.