Category Archives: Review & Nice Places

Akok Kedut Mok Su Yah

IMG_0050

Perasan tak kat sebelah Sekolah Dato” Abu Bakar Baginda yang on the ke Sungai Merab/Bangi/Putrajaya? Kat situ ada satu tempat jual makan orang kelantan yang sedap. Nama dia Kak Mah Nasi Dagang , Gate 1 Putrajaya. Kat sini setiap pagi pebuh je orang beratur beli breakfast. I rasa nasi dagang dia sedap kot. Tapi I tak pernah beli, lalu je. Bersusun kereta berenti.

IMG_0052

Tapi Last week adalah berenti sebab nak mencari kuih kelantan sebab ada majlis berbuka kat rumah BIL with MIL. So kiterang pi cari kuih dda juga kerabu sare. Hari tu try kerabu sare Kelate Corner, so this time wanna try Gate 1 plak. Dan saya buat kesimpulan kerabu sare Kelate Corner lagi sedap, tapi kerabu sare mak kite lagi sedap tau wak, sbb kuah tumis dia dia masak dengan betul.Haa nampak tu banner akok kedut dia? 50 sen sebiji.

akok

Ni rupa akok kedut tu. Beli 20 biji. Rayyan makan 3 setengah kot. Sedap sbb dia takdelah manis sangat. ulasan saya seorang peminat akok

IMG_0056

Tapi brader-brader yang jual kat sini semua peramah. Biasalah orang kelate kalau jumpa orang kelate terus jadi peramah dan yang pastu dapat diskaun. Banyak kuih yang jual kat situ dan yang pasti banyak kerabu . I rasa macam nak beli semua kerabu yang ada tapi kan… MIL kata dah masak banyak. Jadi beli karipap untuk Rayyan yang tak posa tu. Sian dia lapar. Dalam membeli sempat lagi menjeling pada nasi dagang tu. hish geram je nak beli.sabar ..sabar… tunggu lepas bulan posa ye

Haleeva Sunshine, Krabi

Hotel yang kiterang duduk ni dekat dengan masjid. Boleh je dengar azan. Oleh kerana dekat dengan masjid, senang je nak cari makanan halal.Cuma makanan kat Krabi tak sesedap kat Phuket mahupun Bangkok. Tapi takpelah boleh buat alas perut. Yang best 7-11 dekat. Rayyan nampak je 7-11 ajak nak pi sana sbb nak beli milo kotak. Milo kotak dia rasa lagi creamy and milky. sebelah 7-11 pun ada gerai jual makanan halal. Sebelah hotel Haleeva ada tempat mengurut nama Daraa.

Btw, kiterang booking hotel nirasanya 2 minggu sebelum nak pi. Lepas dah meet up dengan Puan Ros n family. Now they became our travel buddy. Senang travel sama :) kan Ros. Lepas dah bincang masing-masing setuju Haleeva. Harga untuk 2 malam ialah RM175. Sbb I amik 2 bilik (sbb my sis , Ashraff n Afriena dok another room) jadi rega nya RM350. Oklah sangat jimat sbb selalu cari hotel RM200 semalam kan. Bilik dia tak sempit tak luas, bilik yang ada tingkap dari bilik yang boleh main bukak je :) dan ada free wifi. Parking kereta pun depan hotel cuma kereta kiterang ni nak keluar parking terhegeh sikit..ater kereta rendah sangat, tu pun kira nasib baik dah angkat sikit hari tu.

depan hotel

Parking keter


Ini bilik kami

nampak tu palang? haaa yang tu tingkap ke bilik air. Boleh je bukak kalau nak menonton orang mandi. Ha yang ni time my sis nak mandi, I kena angkut bebudak masuk bilik. My sis tak yakin takut kena bukak tingkap :)

toilet bersih..tu yang penting

Lobi

nak sewa motor atau basikal pun boleh

itu je citer pasal hotel ni. Bab makan saya tak masuk campur hahahah tak halal lah. Kiterang cari tempat tido je. Banyak lagi hotel murah tapi kiterang cari yang elok sikit lah untuk bebudak kan…

Body Massage in Krabi

Hi semua… lamanya tak update blog. Tension nye tengok blog tak berupdate. Bukan malas tau, tak sempat. Sampai dari Krabi malam tu, siang dah kena unpack barang. Pasu bila bebudak tak sekolah, semua gadget dorang pakai. I tak suka berblog guna notebook. KEcik sangat. Dah malam tu plak kena pergi event. Pagi esok tu plak kena menjaga anak-anak, ajar homework, masak, cuci baju yang banyak tu…tu pun kira nasib baik hantar dobi separuh. JAdinya masa untuk mengadap blog takde. Nak curi masa pun takde .

Oklah meh nak citer pasal Krabi, disebabkan ini kali kedua ke Krabi, tak payah lah cerita pasal tempat makan. Makanan kat Krabi tak baper sedap. 3 hari kat Krabi rasanya macam hari-hari I makan pulut. Nasib baik tak angin badan. Most of their masakan macam terlebih gula atau terlebih MSG. I memang takleh  terlebih MSG ..mulalah rasa loya. Jadi the best is makan pulut ayam je lah. Kali ni ke Krabi, I ada geng untuk mengurut. My sister and my new travelling buddy. Sama kepala, sampaikan anak-anak pun boleh join sama.

So lepas island hoping, malam tu lepas makan, gila badan sakit-sakit sebab kiterang snorkeling tengah-tengah laut sambil mengharapkan takde jerung..hahahha.. kiterang pi cari rumah urut.  Dalam banyak-banyak dah jumpa satu yang dekat dengan hotel and dorang ni dah berapa kali dok tanya nak urut ke tak nak. Pagi lalu tanya, petang lalu tanya. Cuma yang kelakar masa ada ladyboy yang tanya kiterang cam seram. Tapi malam tu lalu lagi sekali, dorang nak kasi diskaun. ha harus ke sana.. told them lepas makan ye.

DSC_5876

Nilah rumah urut tu…Dara Massage. Tapi yang mngurut bukan nya anak dara ok. Banyak yang dah berumur .

Seperti yang dijanjikan kiterang sampai. Memula dorang cakap Thai full body massage is TB240 diskaun singgit je kau.. tapi sbb I nak yang oil body massage.. so tung tang tung tang bargain kiterang dapat TB280.  Harga sebenar Thai full body massage (TB250) Oil Massage (TB300). Ha kat siam ni kalau boleh bargain giler-giler sbb kalau tak bargain memang takkan dapat.  I buat malam so takut dah lambat ingat nak amik body scrub. heheheh takpe next trip.

DSC_5875Dia punya massage sedap giler. Memang selam ni I dok urut lepas beranak tu memang tak berapa sedap. Selalu makcik urut, urut gitu-gitu je dah lah mahal. Yang urut I ni nama dia Noai. Baik je dia. Umur baru 41 tapi dah ada anak 2 . Yang sulong umur 21 tahun. Disebabkan I ni dah beranak..and baru keguguran so dia urut jugak kat perut and sengkak rahim sekali. Sedap gila. Hilang segala lenguh kaki, lenguh belakang, sakit lutut. Dia punya kruk krak bunyi tu.For me memang murah lah mengurut kat situ. Dorang mengurut pun dalam  bilik yang dicover dengan langsir. Siap ada lagu slow, bau minyak urut yang wangi.TB280 untuk sejam. Balik bilik tengok semua dah tido.

So kalau you al nak ke Krabi, jangan lupa cari tempat ni. Dia kat sebelah hotel Haleeva mengadap ke 7-11. Best best best… nak pi lagi kalau boleh.