Category Archives: Review & Nice Places

Sungai Bagan Seafood

B1

Dah dekat 2 minggu kot makan kat sini. saja terlepas ke sini sebab frust nak beli ikan kat pasir penambang tapi mahal, maka kite menghala ke sini. dah lama tak datang kawasan sini ada kat 10 tahun kot. Dah banyak berubah. Dah sampai haruspusing seround cari tempat makan. Namyak port mancing kat sini rupanya. Dah malas nak pusing tengok restoran ni nampak menarik… so apa lagi let’s

B2

Restoran ni kira macam restoran terapung.. mauk je nampak surau. Not bad tempat ni. surau dia kecik je , one entrance, tapi ada langsir la. Bebudak suka lah kat sini sebab, konon duduk atas air. Pastu mula lah tanya… mama ada aligator tak? Yang Rayyan plak sebok lah nak terjun dalam air tu ingat swimming pool ke anak?

B3

NI masa mula sampai, dorang tengah set menu. Kat sini takde main pilih-pilih ikan, sini kita datang, pilih menu  je. More likely, chinese cooking style. Kiterang duduk kat tepi tu, boleh nampak bot, nampak ikan berenang, nampat kapal. Scenery yang bagus. Dorang suka la.

B4

Haa ni crab soup with taufu. Sedap sangat sbb masa ni masing-masing rasa macam nak demam… so makan sup la . YAng banyak makan sup ni Afriena lah. Ha ni mangkuk kecik tau ada lagi yang besar tau. I rasa dalam RM10 eh ke RM8?

B5

Sotong goreng tepung. Sedap. BEGINI KAU #sambilangkatibujarimataterbeliak. Rayyan la suka sangat dia. Separuh dia makan kot. Makan sendiri, duduk atas kerusi suap sendiri. Ye sejak nampak awek masa kat Lumut hari tu, bila keluar makan mesti nak makan sendiri. Cuba kalau kat rumah, menempel je dgn mama dia. sotong tepung yang rangup..sedap nih. Rasa nak pi makan lagi

B6

Steam fish. OK lah too much ginger n kunyit la I rasa. Kheirul cakap.. sedap yang selalu mama buat kat rumah tu. simple . Walau resepi dia tak berapa ngam ngan lidah, Habis jugak ikan ni sebab ikan fresh n manis.

B7

Haaa yang ni kena try. Sweet sour crab. Amik 3 ekor yang kecik. Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ketam tu manis. Sambil makan sambil tengok Rayyan yang suka panjat kat tepi pagar tengok laut luas. I bukan apa takut dia terjun. Dia pantang tengok air, Berani sangat. Dah berapa kali dia terjun swimming pool adult tanpa takut. Kuasa selaman tahan nafas bukan boleh tahan lama mana pun sampai 7 saat mesti dah terapung kan.

B8

NI plak…kangkung belacan yang sedap. RM8 .Katanya sorang makan tapi memang boleh jadi kambing kejap nak habiskan sayur. Portion kat sini besar-besar. Air chinese tea free flow. selain makanan di atas, ada order nasi goreng cina. katanya sorang makan, 2 orang makan pun tak habis kena bungkus bawak balik rumah.  Senang makan kat sini. Toilet bersih, Rayyan siap pi rasmi,surau ada walaupug kecik. Jumpah semua ni adalah RM128.  Mahal sikit tapi berbaloi makan kat sini sbb sedap dan portion besar.

 

Restoran Sungai Bagan Seafood,Port Klang

Address
  • A13002,Tanjung Harapan,Lingkaran Sultan Hishamuddin, Port Klang,
  • 42000 Klang, Malaysia
Phone 03-3176 2042
Hours
Mon – Fri: 11:00 – 15:00
18:00 – 23:45
Sat – Sun:  

11:00 – 00:00

 

Note: Tahap kebersihan restoran ni A. Maknanya bersih. Kalau nak tau restoran tu bersih ke tak?  pergi cek toilet dia. Kalau bersih toilet bersih lah dapur dia.

Satay Hut Tanjung Karang

SH-01

Ni on the way balik KL dari Lumut, kiterang lalu jalan lama . dan dan lepas solat kat masjid, sebab jalan jam semua drivers sepakat berenti makan dulu. Memang kepala sama, jenis nak makan je. Dorang ajak makan kat Satay Hut. suka suka suka.

 

SH-02

Bapak-bapak semua sebok layan diri bukak meja kat depan tu. Nampak tak Rayyan tu dok senget-senget kepala tu? Dia sebenarnya nak takcle minah kat sebelah tu, tapi bapak budak tu ada sebelah dia, jadi dia tackle bapak budak tu dulu. Sebab ada minah kat sebelah ah dia jadi sangat behave, sampai orang puji dia, pastu makan pun nak makan sendiri, siap sembang ngan bapak minah yang dia nak tackle. Topik perbincangan ialah bulan. Dia siap panggil tunjuk moon moon moon, one moon only. Alamak Rayyan … tu taktik zaman dulu la.SH-03

Kalau dah nama restoran tu Satay Hut, satay lah menu utama dia. Ada satay besar bagak tapi dah habis, jadi kiterang order sate kecik tapi saiz dia lagi besar dari satay kajang. Satay ayam je dia ada. Baru berangan nak makan satay kambing.

SH-033

Tengoklah satay dia… besar kan. Order 15 cucuk je sebab I order benda lain. Rayyan je makan 5 cucuk. Banyak betul dia makan. Dahlah masa makan bukak baju. Dia cakap panas. Dah habis makan dia pakai baju balik. aik?

SH-04

Ini dia mee bandung. Sedap sangat. Masa mula sampai, nampak pakcik tua makan benda ni, lalu belakang dia boleh bau sedap. Memang sedap. Rencah dia macam mee bandung muar. Kuah dia pekat likat, ada rasa manis, pedas, masam takde. Banyak sayur dan udang. Al maklum Tanjung Karang senang dapat udang kan. Semangkuk besar ni, I kena kongsi dengan Kheirul baru habis dan harga dia cuma RM6. Ni kalau pergi lagi mau nak order lagi. Tapi kena share lah makan.

SH-05

Ha ni satay dia. Sedap cuma  I rasa terlebih manis. Ke I ni jenis tak suka makan manis? tak tau lah la. Lain tekak lain rasa.  Tapi I suka satay dia. Kuah dia pun sedap sbb cukup rasa manis, pedas, masam dan masin. Selain 2 menu kat atas ada lagi yang sedap. Ashraff n Afriena order bubur lambuk . Sedap je bubur lambuk tu sebab licin dorang makan n dorang cakap sedap. Ada lagi, ada paprik, nasi goreng, sup ekor kot… banyak lagi. Nak tau kena pi sendiri. Kiterang nak repeat jugak nanti. Haih jauh tu nak pi makan.

SH-06

Alamat Satay Hut, Tanjung Karang

Lot 74, Jalan Besar 45500 Tanjong Karang, Selangor.

Waktu urusniaga: 4:30pm – 2:00am

Sofian 017-3930167 / Suhaimi 017-3930168.

* Kemudahan surau ada disediakan.

SS-SH

 


View Larger Map

Makan Tengahari di Restoran D’Warisan, Lumut Perak

Salam Semua,

Lama sungguh kami tak buat review makan ni. Ok lah. Atas permintaan ramai yang suruh buat review makan, kami tunaikan gaks la. Gini ceritanya. Kami selalu travel, dan masalah utama kami bila sampai ditempat yg tak berapa arif or familiar tu adalah untuk mencari makan tengahari. Maklum la kebanyakkan restoran hanya dibuka pada waktu malam aja dan kalau ada pon pilihan lauk pauknya sangat terhad. Memang susah untuk mencari restoran yang menyediakan makan tengahari dengan masakan kampung yang berselera, yang banyak pilihan lauknya, yang sedap, yang bersih, yang murah dan macam-macam yang lagi la kan…

Jadi, bila kami terjumpa ada tempat-tempat or restoran yang boleh dikatakan memenuhi syarat-syarat tersebut, sudah pasti kami akan kongsi kat Sawanila.com nih untuk dikongsi bersama.

Dan kali ni… Restoran D’Warisan Lumut Perak menjadi pilihan kami kerana beberapa faktor:

  • Parking kenderaan yang sangat luas. Sesuai untuk rombongan berkonvoi
  • Pelbagai jenis lauk pauk yg pening paler untuk dipilih..
  • WIFI FREE bro……
  • Murah de….

DW-1

Sesuai sangat untuk saya yang berkonvoi sebab lokasinya adalah ditepi jalan besar sahaja dengan kawasan parking kereta yang sangat luas… setakat nak park 30-50 biji kereta tu selamba jer…

OK… masuk-masuk jer…terus nampak SUP GRARBOX… emmmm…..sapa la bisik nih suruh amik la.. amik la… try la.. ala.. belum pernah rasa lagi la… meh ler… cuba try test rasa sekali jer…hehhehe…. *TTuuuuuuTT****

Lupakan yg kat atas tu.. meh tengok ulam-ulamannye plak… peeerrrrhhhhhh…. segor megor giler beb… pilih jer…. kalau amik ulam nih jangan lupa lawanya dengan sambal tempoyak… orang Perak nih memang glamer ngan tempoyaknye… sama macam orang Pahang gaks la….

Hah!.. ikan bakar kat restoran nih memang terbaik… ikan segar terus dari ladang tu… maklum la.. Lumut ni dekat ngan jeti ikan.. memang terasa segar ikan nya tak macam ikan yang jual kat KL yg dah bubuh ubat pengawet… kat sini memang fresh 100% fresh.. tak caya pi cuba terai test dulu…

Kalau nak citer lauk satu per satu plak.. gerenti posting nih akan jadi 18 muka surat.. so korang pi tengok gambar ajalah ekk… Oh ya…!! Korang JANGAN LUPA amik SOTONG sambal…. sekali gigit tak sedor makan 3 ekor…. sedap hingga tak ingat dunia.. tapi ingat.. jangan lupa baca Doa Makan yer…. Oh ya.. terlupa plak.. Jangan lupa untuk cuba siput sedut dia ek….

DW-10

Hehehe… air kat sini sendiri tuang ok…. macam-macam air ada… pilih la sendiri.. nak air buah pon ada… order aja….

Muahahakakakkakakak….. nih dia HERO OF THE DAY.. SUP GEARBOX… satu mangkuk besar ikut saiz.. harga bergantung.. yg saya amik tu RM15……. Dosa yang paling hebat bila makan sup gearbox nih adalah sedut sum-sum guna straw…. Jangan buat kalau korang tak berani.. muakakakkakakakkakaka

DW-13

Meh sini kita fokus in detail skit… apa yang ada dalam sup gearbox nih.. tu dia… rasa sup nih dirahsiakan.. takmoh citer kat korang.. takbleh nak ditulis sebab tak tahu nak describe camne.. paling senang korang try la sendiri…

DW-15

Hah…. nih baru lawan dia.. nasi + ulam lawan dengan sambal tempoyak… hehhehehhehe selamat menjamu selera…..

Ok lah.. seperti biasa… nih la markah yang kami bagi untuk Restoran D’Warisan Lumut Perak yang sangat terkenal untuk makan tengahari nih.

SS-DW

 

Ok.. kat bawah tu plak GPS location untuk Restoran D’Warisan ni.. senang aja.. restoran terletak tepi jalan aja.. memang nampak dan eye-catchy punye….

 GPS: N 4 12.527 E 100 37.344

View Larger Map