Category Archives: SawaBlog

Gynea & Obs: A MUST visit

Sebelum timbul apa-apa spekulasi… no no I’m not pregnant. Ini adalah appointment setahun sekali. Untuk kengkawan sekalian, jangan lupa buat appointment ngan doktor untuk buat Pap Smear, Breast Check and scan  bla bla bla. Tu kira major check up untuk perempuan. I tau ramai yang tak buat. Ada yang lupa, ada yang malas dan ada yang malu. Senang je , kalau malu… pergi jumpa doktor yang biasa you all jumpa buat appoitment, tak pun kalau malu jugak, call klinik kat kat rumah, buat appoitment cakap kat nurse nak doktor perempuan …cakap nak buat pap smear. Kalau lupa plak, buat reminder kat calendar handphone untuk pap smear.

Mesti ada yang tak tau apa itu Pap Smear kan

 

  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja

 

 

 

 

Pada yang yang berumur 20-65, pernah atau  aktif dalam hubungan seksual, haaa kena lah buat. I buat setiap tahun. Selain Pap Smear, buat sekali Breast Check. Selalu kita buat kat rumah setiap bulan kan, tapi kalau doktor buat lagi bagus lah. Diorang lagi pandai kan. Yang ni plak untuk check ada ketulan ke apa ke. Selalu masa pap smear, Doktor cakap lah kita punya internal sihat ke tak, ada yang abnormal ke, ada cecair yang pelik ke… Haaa orang laki yang baca, kalau dah ada bini sila remind bini-bini sekalian untuk buat ujian pap smear. Hari tu buat jugak, vaginal scan, doktor nak tahu kita hamil ke tak, ada fibroid, cyst  semua benda lah… Alhamdulillah semua sihat kat dalam.  So kengkawan jangan lupa setiap tahun tau.

Sebelum buat test di atas, consultation dulu. Nanti doktor tanya bila last period, ada amik supplement ke… Sabtu tu, doktor prescribe multivitamin plak. Ada lagi nak kena telan vitamin. Kheirul tanya boleh gemuk tak kalau telan benda ni? heheheh risau dia takut bini gemuk balik. Semenjak bulan puasa hari tu, Berat I dah turun almost 4kg. Sekarang dalam proses nak turunkan lagi 3kg. Supaya badan akan jadi lebih ringan kalau nak buat lompatan masa Taekwondo dan rasa lebih yakin lah. Kitarang sama-sama berusaha turunkan berat badan. Makan brown rice, more vegie and makan superfood. I ambil Chia Seeds,Makan Madu dan pilates kat rumah. Siap tanya doktor ok tak Chia Seeds, dia kata.. chia seeds bagus. Thanks to my mak long and cousins sebab introduced. Pada yang tak tau apa Chia Seed boleh cari info kat internet.  Pastu kalau nak belinya boleh cari kat Jaya Grocer, Cosway ke… Harga dalam RM40 untuk 388g atau RM59 untuk 500g. Ada macam macam brand dan ada yang dari South America dan OZ. Dia ada black Chia Seeds and White Chia Seed. Boleh tambah dalam makanan, minuman or dessert.  So makan dia, badan takdelah rasa penat sangat, proses pencernaan pun senang. You all cari lah info dia sendiri ye.

Oh ya yang pasal yearly check up tu… kot kot  ada yang tanya berapa ongkos nye… depends lah tengok kat mana you all buat check up kan. I buat kat Primanora with Datuk Nora. I dah 10 tahun  dengan dia. Sampaikan nurse kat situ boleh kenal bebudak ni. Jumpa dia dari pregnant kan Ashraff hingga sekarang. Senang ngan dia…gentle, motherly, penuh dengan nasihat. Ok ongkos dia dalam RM286 tak termasuk supplement. I ambik multivitamins dua kotak. Kalau tempat lain tak tau berapa harga.. mungkin lagi murah or mungkin lagi mahal. Kalau kat KK berapa ek?

chiaseed

Ini lah rupa Chia Seed. kalau rendam dalam air dia jadi macam biji selasih

Malang Tidak Berbau….cerita Rayyan

Malang Tidak Berbau… Rayyan kena masuk emergency kat hospital. Kenapa?

Pertama kali kalau baca jangan salahkan Rayyan. Dia memang budak tak boleh duduk diam. Lompat sana,terjun sana,lompat sini terjun sini, sebab dia jenis budak yang banyak explore. Kena puji dia sikit. Dia pandai dah mengeja cuma tak reti sebut je, boleh mengira sampai 100 biarlah setiap kali lepas 9… dia sebut macam ni twenty nine, thirty zero, mengira guna bahasa isyarat pun boleh, baca alfatihah pun dah lepas tapi dia memang tak reti dok diam. Kalau pergi rumah orang memang dia duduk diam, tapi kalau pi outdoor.. Sedikit kerisauan. Bulan 3 hari tu kes lompat atas katil terhantuk kepala katil berjahit, nasibbaik satu jahitan, Bulan 5, jatuh dalam kolam ikan di tengah lautan… takde dia tak fobia, dia biasa je …Ha bulan ni?

Ni bukan salah dia pun, salah management tak check swimming pool ada tiles yang pecah ke apa kan..Sabtu hari tu, dia tersangatlah excited nak pergi swimming pool. Dah lama tak swim. Setiap kali nak swim I akan cakap sejuk lah, panas lah…pool dirty lah..pandai-pandai lah sebab malas nak swim kan. Tapi hari tu…30 min sebelum session dia dah pakai swimming suit. Memang kena pergilah kalau tak haru biru

So macam biasa dia main dalam kids pool..baling bola, then mama dia kutip. Dia team ngan abang, mama team ngan kakak. Sekali dia baling bola jauh ke adult. So I kena lah pi amik. Sekali pusing  tengok dagu dia berdarah. Dia nangis sikit…dia kata darah…sakit. Ni buat sambil tunjuk tangga pool. So I panggil dia and peluk dia. then chek. i ingat luka kecik ..so panggil semua anak-anak naik sbb nak balik cuci luka. Mandikan dia macam biasa..dia tak nangis dah masa tu. Pankaikan baju batu check luka. Sekali tengok luka punyalah besar. I kan tak suka tengok darah..ada rasa nak pitam gitu.. so suruh Ashaff n Afriena panggil papa dorang kat bwah. Husband sibuk menebas kat bawah.

Kesian anak mama tau. I kasi kain bersih suruh dia tekap luka so darah tak mengalir. Darah pun tak banyak dah. Balik Kheirul, dia check luka dia kata ni kena pi jahit. Pi klinik kat rumah ..tutup plak. I teringat my sis cakap normally kalau luka besar, klinik tak nak buat dia suruh gi hospital. SO pergilah ke Pantai nun jauh di sana.

Sampai sana, Rayyan bagus dia boleh berjalan ke kaunter, nurse check pun senyum-senyum..masuk ER doctor doctor check up dia boleh silang panggung sambil senyum. setengah jam menunggu pakar bius dan pakar apatah lagi untuk attend dia punya case. Doktor cakap nak kena bius kasi tidur sbb luka dalam. Ok dalam dia sampai boleh nampak kaler putih.  Dalam menunggu my busyuk boy tido dulu. Bila the doctors datang, baru dikejutkan dan ditidurkan balik. 1 jam lebih gak seugery dia. Surgery dia mengikut kata nurse bukan jahit biasalah.. Lepas tu ada 3 layered jahit. dalam , tengah dan luar. Sebab luka dalam. Parents tak boleh masuk. I gerenti doktor halau kang ada yang pengsan kat dalam tu kan. So gilir lah menunggu Rayyan kat luar bilik tu sampailah MO panggil cakap..puan encik dah selesai dah.

 

nampak tak luka dia... jauh ke dalam luka dia

nampak tak luka dia… jauh ke dalam luka dia

Doktor baru lepas check dia. senyum je dia.

Doktor baru lepas check dia. senyum je dia.

 

rayyan3

lepas surgery…masih melayan ngantuk lagi

Tengok dia terbaring kat katil sambil ditemani pakar bius. Dia tengah nak kejut Rayyan. So kena tunggu lagi sejamlah untuk dia cek. setengah jam jugak cubaan kejut Rayyan. Dia sedar je dia mintak air..lepas tu nak pi toilet. So ok lah tu. Yang kelakarnya ada hati nak jalan tak ak dokong keluar toilet. kiri kanan dia berjalan mabuk lagi. Pastu kena rest lagi 30 minit, baru boleh balik. Haih serius seram tengok luka dia. Caj rawatan? lagi mahal dari beranak normal kat PMC. Sambil menunggu ubat and bil tetiba ada sorang lagi budak datang ngan kepala berdarah sambil meraung-raung..hahaha gelak je sambil cakap kiterang dah lepas. Lepas tu bisik sesama sendiri..berapa ribu plak kena caj ni??? Gitulah cerita nye. He ok now, cuma kelasakan dia, lompat sana sini…nasib baik takleh terbang je masih ada lagi. Orang dok risau ngan dagu dia.. Bila tegur

Rayyan… angan lah lompat terjun sana sini, Nanti sakit dagu tu

Dia cakap… Mama tak sakit lah… ni tengok ni

Aku geram tau budak ni… so I jawab baik

Ok lah Rayyan… Rayyan panajat kat atas sana…pastu terjun sini ok

No no mama nanti sakit, darah

Ha tau sakit… terus duduk diam.

Shafakallah Rayyan

شفاك اللهشفاك الله

شفاك الله

Raya 2014: Raya kat Singapore plak

Raya kat Singapore raya pertama jugak. Lepas habis beraya kat rumah Nenek mertua my bro..terus ke SIngapore. Ke Singapore dengan baju raya gitu. Hahaha gigih betul. Tapi Rayyan, masa kat melaka ke Muar, dia dah topless. Pakai seluar je, sampai lah ke parking rumah my cousin. Dia sempoi. Dah sampai sana, dia pakai baju balik, dah sampai rumah my cosin dia bukak balik. Dia ada dehal…. Tapi lepas tu dia mintak pakai baju balik sebab, dia nak simpan duit raya dalam poket baju raya.Heheheh geram betul ngan dia. Sampai sana dia berkawan dengan 2 pupu dia. lari sana lari sini. Bila tanya sapa, abang fren. Ada budak perempuan tak nak kawan. Budak tu punyalah dok tahan dia tengah jalan nak salam. Dah salam baru boleh jalan. kira tol la tu. Bila another 2 pupu datang dia main kat luar plak.. katanya nak balik sebab dia dah makan kenyang siap tunjuk perut dah besar. Pastu kena sound ngan nenek sedara.. Ingat Melaka sebelah rumah ke, dah habis makan nak balik. Memang Rayyan tau, nak bersembang nak posing raya pun susah. Nak balik . Main kat luar je

Haha itu cerita Rayyan…ada lagi cerita dia siap masuk hospital… next entry la ye.  Actually kjalan nak masuk Singapore punyalah jam. My cousin yang dok JB stranded 3 jam masuk Singapore. Kiterang yang patut pukul 2.30 sampai pukul 4.30 baru sampai. Lapar perut. Nasib baik bebudak behave. Dorang tido dalam kereta. Nasib kiterang baik sebab masa kat CIQ, Singapore officer suruh masuk lane lori. Agaknya  lori tak masuk Singapore that day. so we save an hour there. Memang cepat lah.  Dah lepas CIQ, baru boleh jalan. 20 min je pun ke rumah cousin. Sampai je terus pi solat dulu. Macam biasa punyalah ramai orang. We take turn makan. Ashraff , Afriena n Rayyan makan dulu. Siap bertambah budak bertiga. Makan nasi minyak ngan rendang. Baru I tau bebudak ni suka makan rendang. Balik KL pun masak rendang and they like it. habis …tadi pun request suruh masak rendang lagi. Weekend ni kena cari daging buat rendang nampaknya. Buat rendang, ayam merah ketupat nasi. Makan banyak lah dorang tu. Kuah kacang je belum masak. I miss sayur lodeh tapi dorang ni tak suka sangat. Maybe masak untuk I sikit je lah.

Sampai rumah my cousin, mestilah makan lontong my maklong yang tersedap. My mom agaknya orang paling happy dapat berya dengan adik beradik dia. For the first time in 37 years. Thanks to husband sbb bawak kiterang ke sana. Next time kita raya kat JB lah plak, senang biar semua boleh beraya kat Singapore n nanti takdelah lah tergesa-gesa nak balik KL kan… Insya Allah semoga permudahkan niat baik ni. Beraya kat rumah my cousin, jumpa another cousins, makcik pakcik, lama sey tak jumpa dorang for my mom lah for me…last year dah jumpa. Sorry lah kalau tak menyinggah rumah lain sbb sekejap je pun datang.  We all bersembang, gurau senda amik gambar then keluar kejap sbb my mom nak ke rumah abang dia. I call him Cik Atan. Sejam je kat situ. We called this raya is raya paling penat sbb pukul 10.30 malam pun masih lagi berbaju raya.  Dok beraya rumah orang Rayyan mintak burger… adehh minum air sampai 3 gelas… maklum penat naik tangga. Gambar raya ngan cosin belum dapt lagi so cuma dapat share gambar rumah uncle je.

5

nampak tak budak nakal tu berdiri macam mana? Dia tak sabar nak beli burger

Lepas tu… balik rumah cousin balik. Kiterang tido sana. Giler penat. Orang lain dah penat dah… Tapi Rayyan yang dah kenyang burger sebiji masih nak makan. Adehh dia mengadap maruku plak. Budak ni geramnya aku. Pastu ajak tido luar. Dey tambi ..amma sudah penat lah. Finally dia tido jugak. Pagi tu awal lagi dah bangun. I miss bunyi kereta bising, bunyi taici kat Singapore. Sbb dulu I used to stay with mak long n family. So rapat lah kan. kerja kat sana, kadang kena bebel… ala biasa lah macam mak sendiri and adik beradik sendiri lah. We had breakfast kat rumah another cousin sbb kedai makan tutup. Actually esok tu lagi banyak kerja. Kena pergi bank uruskan urusan CPF my mom, she is singaporean, every year dia dapat duit dari gomen. Lama beratur kat Bank, Lepas tu ke Ang Moh beli groceries sikit then berpisah kat Compass point lah. Lepas tu ke Beach Road plak. masa tu dah pukul dua. Hati berdoa suapaya ada jual sup tulang untuk dibawa pulang kepada orang-orang kat Melaka. Alhamdulillah ada rezeki untuk dorang. Tulang Merah Beach Road dari gerai Deen Tiga Rasa. Kedai dia je bukak. Baru je masak. Bungkus bawak balik Melaka. Kiterang cari nasi beriani, tapi kedai tutup…takpe next time ye .

6

Deen Tiga Rasa, selain tulang ada sup lidah, mutton chop, mee kuah, mee oreng n nasi goreng. Rasa nak bungkus semua tapi sbb nak jalan jauh..harus kulupaka niat itu

Dekat pukul 3 jugak baru gerak balik. Jalan keluar JB tak jam.  Cuma jam kat Muar nak masuk Melaka. Nasib ada GPS lalu jalan -jalan bengkang bengkok, Pukul 6.15 sampai. Sempat solat kat Homestay je. Lepas solat, panaskan tulang merah… kite menjamu selera. Semua suka hati dapat makan. My abah yang dah lama tak makan suka lah dia..so as my siblings lah. Kiterang beli S$30. Ada lebih dari 15 ketul rasa.  Entah tapi rasa macam lebih sbb pagi esoknya boleh panaskan  makan untuk breakfast plak.

 

14

Ni S$15 punya

16

kasi rapat tengok…. kuah dia yang sedap. cicah roti lama-lama sikit

12

Haaa nampak tak macam mana tuh… Sedap dia ada rasa manis bawang goreng, pedas-pedas sikit, lemak… jangan kira lemak lah…

tul

haaa nampak tak macam mana nak enjoy tulang ni?