Category Archives: SawaBlog

Meatball Pasta : Great Menu for kids

Semalam masak pasta for dinner. Actually bebudak ni request nak pasta. FYI, dorang ni susah sangat nak makan nasi. kalau makan nasi pun mesti ada sup je. Kalau Afriena lagi best, nasi sahaja.Kesian tengok dorang,kalau masak nasi mesti makan sikit. So semalam I buatlah Meatball pasta.

Resepi kat bawah

INGREDIENTS

Untuk meat ball

  • daging kisar – I pakai lean meat sebab masih menjaga pantang, no fat ok
  • 2 batang celery – 1 di parut, 1 lagi dihiris
  • 1/2 lobak merah – parut kasar
  • 1 /2 labu bawang kuning besar – parut
  • 1 biji bawang putih di cincang
  • herba bolognese : parsley, basil, parsley dan oregano
  • 3 sudu oat
  • lada hitam dan garam secukup rasa
  • minyak untuk mengoreng – Shallow fry dengan minyak canola

METHOD

  • Campur semua bahan diatas dan gaul sebati.
  • buat bebola kecil
  • pastu goreng separuh masak .

Untuk Sos

  • 1 batang celery- dihiris
  • 1 tin sos pasta prego -original punya
  • 1/2 lobak merah – parut kasar
  • 1 /2 labu bawang kuning besar – parut
  • 1 biji besar tomato di dadu
  • 1 biji bawang putih di cincang
  • herba bolognese : parsley, basil, parsley dan oregano
  • lada hitam dan garam secukup rasa
  • sedikit gula

METHOD

  • Panaskan minyak sesudu minyak
  • tumis bawang putih sehingga layu
  • masukkan bawang kuning, lobak merah dan celery
  • masak hingga layu
  • masukkan tomato puri dan tomato yang didadu
  • tambah sedikit air
  • perasakan dengan herba, lada hitam dan garam
  • masak hingga tomato yang didadu tu macam dah lembik
  • masukkan bebola daging  dan air daging (kalau masak separuh masak ada air daging, jangan di buang)
  • kacau rata, tambah sedikit gula untuk menstabilkan rasa masam tomato
  • Bila bebola daging dah masak bolehlah hidang dengan pasta.

Ashraff dan Afriena suka sangat sampai makan bertambah-tambah. Semua sayur di atas kalau tak nak parut pun takpe, boleh di dadu. Tujuan sayur diparut adalah untuk menyenangkan bebudak tuh makan sayur.

Terlepas kat Shopping Complex

Hari nih terlepas kejap kat shopping complex…. Boring dok kat rumah dan lampu amaran supply barang makanan pon dah bernyala. Sebelom pergi beli barang-barang… kita orang pi pekener Carls Jr. kejap…. kalu orang kampung tahu nih.. sure kene bebel pasal kasi orang berpantang makan fast food….. Tapi ada alasan baaaaaaiiikk punye untuk Yatie… tengok ler sandwich yang dimakan…. penuh dengan khasiat… dengan high fibre bread + white meat chicken with bbq  sauce dengan sayur segar memang sungguh berkhasiat dan berzat…. heheh “alasan aja tu”

Charbroil BBQ Chicken

Apa yang syoknye kat Carls Jr nih…. burger kids menu dia pon besor gedabak.. biasanya bebudak dua orang nih boleh habis kalu makan cheese burger tapi burger Carl’s Jr nih diorang surrender… hehehhehehe

Untuk saya… saya makan Superstar burger.. memang syok abis kalu pekener bersama dengan Ice Lemon Tea…….

Dapat Tangkap Orang Tidak Beratika Mencuri Gambar Di Facebook

Angin satu badan bila tengok orang lain curi gambar kita dan letak kat facebook. Kalau ambil gambar dan mintak izin takper la gaks… ni bukan setakat curik… dia siap buang watermark tu….

Hampeh.. kepada sesapa yang tidak beratika macam budak dogol nih… mari kita ajar dia skit… dogol macam nih lah yang merosakkan industri blogging di Malaysia  ni…

(click gambor)

Ini bukan kalu pertama dogol nih mencuri.. bahkan dah berkali-kali….. saya peratikan dogol

LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE

di facebook nih selalu MENCURI gambar…….

Kepada tuan punye page Lauk Pauk/Kuih Muih Kelate tuh.. tolong mintak maaf secara rasmi…. sebelum kami mengambil tindakan keatas anda….

Ini gambar asalnya

UPDATE TERKINI : 23 April 2010

Page Laksa Kelantan itu sudah dipadamkan