Category Archives: SawaBlog

Taekwon- do Class

Baju dah beli, empunya badan? hehehehe nilah preparation utuk bebudak 2 orang tuh. tak lama lagi dorang akan masuk kelas Taekwon-do. Kelas tu akan diajar oleh one of our TKD friend jugak. Maklumlah bapaknye takleh ajar. Sebab dorang mmg tak dengar cakap kalau dengan papanya.

Excited? Tak tahulah excited ke tak… Tapi Afriena macam excited. Ashraff not really sebab dia tengah demam bola. Hari tuh pergi beli baju uncle tu siap cakap, wa satu family Taekwon-do ker??? Harap-harap Ashraff and Afriena terrorlah TKD nanti. Omaknye taekwon-do separuh jalan jer …malasnye pasal.

Antara kebaikan kepada kanak-kanak masuk Taekwon-do atau kelas martial art lain adalah:

  • dapat melatih mereka menjadi kanak-kanak yang berdisiplin
  • membina keyakinan diri
  • lebih berani
  • senang mendengar dan menerima arahan
  • boleh belasah orang kuang kuang

Nantikan kemunculan wira cilik.

Lagi-lagi Nasi Ayam

Semalam dah masak Nasi Ayam…. hari ni pon masak sekali lagi Nasi Ayam… esok kalu makan Nasi Ayam lagi dah kira melampau la tu…  Siapa yang tengok mesti terbawak sampai ke mimpi punye..

Cuba tengok ayam bakar nih.. memang empuk dan sungguh menyelerakan.. sesiapa yang terpandang mesti akan mengidam punye…

Yang nih plak.. sup bebola ikan… kalu Ashraff.. separuh mangkuk tu untuk dia sorang aja…

Ni plak.. Ayam Kukus.. sesuai untuk orang yang nak turunkan berat badan……

Rumah Titian Kaseh

Semalam ada tengok berita tak pasal Rumah Titian Kaseh? Kesian dorang problem dengan tempat tinggal. Ini I copy and paste dari blog dorang.

Rumah Titian Kaseh (RTK) kini menghadapi masalah tempat tinggal. Hal ini kerana tuan rumah yang dihuni oleh warga RTK ingin menjual rumah tersebut. Oleh yang demikian, ibu tunggal, anak-anak yatim dan miskin, OKU dan warga emas yang tinggal di RTK bakal kehilangan tempat tinggal dan tempat berteduh mereka ini. Kami menyeru kepada orang ramai diluar sana untuk menyalurkan bantuan dari segi kewangan demi mendapatkan rumah tersebut. MakPah (pengasas RTK) merancang untuk membeli terus atau mengharapkan kepada individu atau korporat yang dapat membeli rumah perlindungan RTK ini untuk masa depan warga RTK. Anda boleh dapatkan butiran serta jumlah kos dari MakPah sendiri di 019 – 6455769 atau 03-40255246. Semoga usaha membantu ini dapat dijadikan saham akhirat yang cukup bermakna, insyaAllah.”

So kepada sesapa yang nak menderma bolehlah ke blog ini for more details.