Category Archives: SawaBlog

Negimaki with black pepper sauce

Apake susah nak masuk dashborard blog ni… ni yang malas nak buat posting nih. Ok lah meh nak citer pasal Negimaki aka beef rolls. Kan dapat hamper maggi ada banayak perencah nak pakai…one of them ada black pepper sauce. Normally orang buat daging masak black pepperkan? but me boringlah, I’ve change to beef roll. At least bebudak makan sayur yang tersembunyi tu.

Inilah rupa negimaki yang belum dimasak. I gulung dengan daun bawang dan carrot. Nak lagi sedap, you all boleh gulung dengan cendawan enoki. I tak boleh pakai cendawan sebab ada orang tak boleh makan cendawan.

Dah siap gulung, secure dengan  lidi then shallow fry. Masa fry dia, dia akan jadi caramel sikit sebab I perap dengan sos istimewa. Kalau jepun resepi asal dia, dorang perap dengan Sake and Mirin and soy sauce kan? tapi kita mana boleh pakai Sake and Mirin… so I subtitute dengan benda lain untuk memberi rasa yang sama. Resepi Negimaki adalah seperti di bawah

INGREDIENT

  • 30 gm sirloin beef- hiris nipis
  • 1 sudu  besar kicap manis kipas udang
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar air tapai (sebagai ganti sake dan mirin) – kalau takde ganti dengan grapejuice+cuka+gula
  • carrot yang dipotong halus secukupnya
  • daun bawang secukupnya

METHOD

  • daging yang dihiris nipis diperap dengan sos tiram, kicap , gula dan air tapai selama 30 minit
  • gulung daging dengan carrot dan daun bawang
  • sematkan lidi  supaya gulungan tak terbuka
  • goreng dengan sedikit minyak
  • Sos perapan yang tak habis, boleh di masak untuk dijadikan kuah. tambah sedikit tepung kalau nak pekat

Inilah rupa negimaki yang dah masak. Hidangkan dengan kuah blackpepper dan makan dengan nasi panas.Rasa dia sepatutnya sikit manis yang berkaramel sebab ada letak gula+ air tapai

Pavlova, Ice Cream and mango

Bila tengok telur putih dalam MasterChef Malaysia yang membazir macam tu kan…ishhh sayang nye. you all rasa dorang froze tak kot kot peserta-peserta tu boleh buat pavlova anytime dorang nak?

Ahad lepas..hari terlebih rajin masak. Lunch masak lauk asam pedas+sotong goreng tepung + sayur and KKheirul buat sambal belacan, dessert I buat pavlova. First time buat kira puas hati lah. I amik resepi kat Joy Of Baking . Rupanya senang je buat pavlova nih. you all tak payahlahmembazir beli kat luar buat sendiri je. Selalu orang makan dengan cream kan, tapi sebab I malas nak whip the cream, I top dengan vanilla ice cream then top lagi dengan mango. Rasa dia? Rasa dia macam makan ice cream dengan mash mallow and mango. the pavlova melt macam tu je.

So you guys sila lah try buat pavlova ye…kalau ada telur putih tak pakai tu simpan dulu..pastu cukup 3-4 biji boleh buat pavlova. Jangan membazir macam rancangan masterchef tuh.

Demam Masterchef sudah datang, tapi….

Demam masterchef dah.. dah 2 malam berkobar-kobar tuggu nak tengok Masterchef Malaysia.Tapi macam hampa sikit lah sebab

3 chef merangkap juri dan host kaku

First night tengok wah best tapi macam tak syok sangat sebab Juri yang jugak host cakap maca baca buku sastera. Kan best kalau dia bleh bersahaja cakap. Memang la dorang chef-chef yang layak tapi rasanya..penting jugak cara untuk berkomunikasi. Sebab dorang bukan setakat berkomunikasi dengan peserta tapi dengan penonton yang kat luar ni. Nasib baik semua dok tunggu nak tengok MCM kan. Cubalah bersahaja…Malam kedua pun macam tu… mungkin dorang tak dapat membiasakan diri lagi kot. Memang susah gak. I paham sebab  pernah mengalaminya. So mungkin penonton yang kena adopt  dengan kekakuan juri kot . Mungkin kah?

Iklan banyak sangat

Taula nak iklankan sponsor, tapi kalau every 15 minit kira melampau lah sebab we not getting the astro free… bayar ok. Dah lah charge astro asyik naik je. Dah kalau nak iklankan sponsor tu tak payahlah nak iklankan rancangan serasi bersama tuh. Mesti uolss nyampah kalau banyak iklan kan.

Membazir

gila dorang membazir. Orang miskin nak beli telur sepapan pun rasa terbeban.. ni MCM mai buang je. Tu belum kira bab bawang lagi. Wei bawang mahal tau. Naper? tak boleh ke buat skill test pakai time. Ok sapa boleh potong bawang paling banyak dalam masa 10 minit? Sapa boleh asingkan telur dalam masa 10 minit? Barulah tak membazir. Ni tak puas hati main buang…membazir tuh. taulah barang sponsor tapi jimat lah sikit

Apa kata yo all? You all tengok Mastechef Malaysia tak?