Category Archives: SawaBlog

Johor Premium Outlets

Seriously, banyak cerita nak update tapi masa sangat cemburukan kami berdua…ye kami berdua tu PC dengan I la… pastu Rayyan. asyik nak berkepit je.Pastu kalau tak layan merajuk. tension tau. Manja terlampau. Pastu keja-kejap nak makan.Now dia tengah tido so letssss

I memang dah aim dah nak pergi Johor Premium Outlets ni, bukan nak shoping mana, saja nak cuci-cuci mata. Sampai johor dalam tengah hari tu, check in dulu kat hotel, pastu keluar pi makan kejap. Ha pasal makan after this post, kita cite pasal makan okey? Insya’ Allah. Sampai JPO pun dah dekat pukul 2 kot.

Ramai gila orang. Macam orang Singapura and KL je eh Indon kaya pun ramai…First sampai, I masuk Coach dulu , saja nak tengok. Ingat nak beli satu tapi tengokkan barang dia ish…ada benang tercabut and so on… I think tak payah. perati betul-betul ok. Harga memang murah but pada saya, Saya takkan beli kot takut sakit mata. Mana boleh you bayar mahal-mahal tetiba tengok ada benang terkeluar la…macam defect punya barang je… Kheirul cakap ni mesti barang tak habis jual kat KL dorang hantar sini.Tapi yang items lain tak tahu lah mungkin satu je yang I tengok..mungkin yang lain ok. So kena tengok bebetula… Tapi yang best kat sini..staff Coach takdelah macam pandang sebelah mata macam staff kat KL. ngeh ngeh ngeh

Lepas tu kita jalan lagi… banyak kedai masuk and keluar. Nampak Adidas… pergi section kasut kot kot ada kasut yang comel (saya pecinta Adidas)… tapi takde yang berkenan.. malah kasut yang ada dah out dated and mahal sikit. Lagi murah Al-Ikhlas. And section baju dia dah macam kat Reject Shop. Alah rasa macam tak best nye semua masuk cam tak best. Takpe-takpe, kita tengok kedai lain pujuk sisuami..

tengah pujuk Rayyan tengok air

So masuk Levi’s , heheheh banyak Jeans. But I tak beli sbb tak pernah pakai Levi’s , ni Kheirul la…ni. Heheheheh I racun dia.. cakap beli beli beli..last sekali dia terpukau tengok harga murah. I dulu kerja Levi’s masa baru lepas Grad sementara dapat kerja lain, so taulah berapa harga Levi’s dulu dan sekarang. So terbelilah satu Levi’s.. murah plak RM199 je untuk 501. Untuk budak takde plak.

Sementara Kheirul terperangkap dalam Levi’s, I jenjalan kedai lain..La Senza, Gap, Poney, Cotton On, Vincci, Padini and so on ..Tu semua masuk je tak beli lagi..mana nak beli kalau anak semua berlari ke arah berlainan. Aku rasa nak bertukar jadi Pink Panther Ada, Power Puff Girl ada or even Incredible Hulk… Arghh boleh tak semua duduk setempat??  Sampai je papa dia masing masing dok elok beratur belakang stroller…So Dah settle Kheirul, My turn plak…bebudak pass je kat papa dia..ha rasakan.

selekeh je bebudak ni..pakai selipar je…

Tapi dia bijak, dia bawak-anak-anak dia makan ice cream. So I masuk Padini sebab tengok ada murah- murah. Padini nampak ok baju budak pun murah tapi yang potong stim ada orang muntah dalam outlet tu and bau muntah dia macam bau taik. I siap tanya, ni muntah ke berak? Staff kata ada orang muntah.  I dah siap amik 2-3 helai baju untuk bebudak…tapi eden tak tahan bau…memang kalau tunggu lagi 5 minit, ngan eden sekali muntah. Busuk giler muntah. Bukan setempat muntah dari  wall to wall… Takpe rilek kasi dorang bersihkan.. later masuk, masuk Vincci dulu. Masuk vincci beli sling beg je… sbb nak pakai ke USS senang nak sangkut kat bahu. Pas beli tu pi Padini balik.. mak aih takleh la nak masuk bau lagi…cancel lah… pergi Gap jelah. Masuk Gap wah best nye baju semua lawa lawa you know la Gap.. but… most of the baju untuk baby girl. no boys. Selection untuk Afriena ada tapi dia kata tak lawa, dia cuma berkena satu skort (skirt + short) kat Poney. Then I masih tak puas hati harus beli untuk diri sendiri ni..last masuk Cotton On. Tak pernah pakai jenama ni.. so nak try. Pusing punya pusing last terbekenan dengan Yves Casual Shirt. So amik dua je sbb ada dua ckalerr je tanpa membelek harga tapi rasanya dalam RM79. Nak membayar tu beratur dulu sambil Afriena belek-belek panties kat situ..sekali

mama.. this is just like your panty

I like, gulp hish mulut Afriena ni… nasib baik takde laki kat situ.So masa membayar, sekali dia cakap buy 1 free 1 and total RM30. What RM30 for 2 Shirt??? eh best. Sadly memang dah takde size dah. Takde kaler lain dah. Siap pergi lagi sekali on Friday kot kot dia tambah stok. Sedap kain dia. I pakai masa kat USS…

Ha nilah baju Cotton On yang i beli tu. ni saiz L… sedap pakai. walaupun dok tengah panas takdelah rasa banjir and tak berbau. Pepaham jelah USS tu macam mana.Satu lagi kaler hijau.

Kali kedua pergi tak banyak masuk kedai sangat lepak-lepak then masuk kedai yang tak masuk tapi tak ingat kedai apa dah hahaha lupa den. Afriena ajak masuk Bodyshop. Dia memang, mesti nak pow lip balm kan.. Harga barang dalam Bodyshop memurah je…geram nak grab semua. Conclusion dok dalam JPO..best cuma kena pandai cari barang . Tapi tak best sebab kedai baju budak tak banyak. Yang ada pun banyak offer baju budak perempuan yang age 0-24 months. Parking kat situ besar and cuma RM3 in case lah you all nak tau. Kalau tanya I nak pergi lagi? Off course nak pergi lagi sebab banyak kedai belum masuk but please please tambahkan outlets untuk children . Barulah meriah

Ingatkan nak mencari Nike for Rayyan…pesen cam ni tapi takde … Budak kecik kan pelik hari tu dah beli kasut baru tak nak pakai nak gak pakai kasut buruk dia, pastu stokin ni gak.. Tau tak stokin tu dah berumur 8 tahun? Beli masa Ashraff dalam perut lagi. Suka hatilah Rayyan.. asalkan tak meragam dah. Pakai je selipar tu.  Kena cari kasut baru pesen camni kat KL kot.

More details pasal Johor Premium Outlets, check their website http://www.premiumoutlets.com.my. Sapa datang dari KL boleh nampak Johor Premium Outlets kat tepi highway. I told Kheirul, emm buat kedai camni tengah ladang kelapa sawit pun laku kan. Kena tambahlagi kedai and more tempat makan.

Kampung Boy

Lepas bersuka ria kat kampung…ye bersuka ria Ashraff la… punyalah excited jadi jadi budak kampung. Tau dia buat apa? Dia join me and my sis, sapu daun kering, Yang paling excited , tolong bakar sampah..semua daun pi kutip pastu campak dalam api. terjerit-jerit mama dia takut kena api. Hahaha padahal mama dia masa kecik lagi la bukan setakat main api, kena api pun pernah. Sambil tolong bakar sampah, dia tolong Tok Abah dia kutip buah langsat. Atok dia panjat, dia tunggu kat bawah. Lepas tu, pergi angkut sampah..pergi check buah mangga, kejar ayam…ni masa raya ni.

Pastu dok sibuk ajak pakcik dia tengok buah manggis. Kesian budak bandar, pokok manggis pun tak kenal. Nampak lah dia buah manggis atas pokok siap goncang lagi konon suruh buah jatuh lah. tu kerja dia dengan Afriena la tu…haish jangan ular yang jatuh sudahlah. No wonder dia dok bising dok tanya bila nak balik kampung, rupanya ada kerja. Ni dok tanya lagi bila plak nak balik kampung. My sis tanya..Ashraff tak nak ke amik gambar tengah bakar sampah…hahaha tak kuasa lah nak ngambik gambar….

 

 

Resepi Sup Lidah

INGREDIENT

  • 500g lidah lembu – direbus hingga empuk dan dihiris halus
  • rempah 4 serangkai – kulit kayu manis (2), bunga lawang (2), buah pelaga (4) dan bunga cengkih(2)
  • 1 sudu besar rempah sup adabi
  • 5 biji bawang merah – tumbuk
  • 2 biji bawang putih -tumbuk
  • 2 inci halia – tumbuk
  • semangkuk kecil bawang goreng
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 pokok daun sup
  • garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
  • 500ml air – ikut suka nak kuah lebih lebihlah air
  • minyak untuk menumis

METHOD

  • panaskan minyak dan tumis rempah 4 serangkai
  • lepas tu, masukkan bahan tumbuk, tumis hingga naik bau
  • bila dah naik bau masukkan air dan rempah sup , biarkan hingga mendidih
  • bila dah mendidih, masukkan lidah lembu, bawang goreng dan daun sup serta daun bawang yang telah dihiris (guna separuh je)
  • masak sehingga mendidih dan rasakan garam dan ada hitam
  • Sedia untuk dihidangkan dengan dengan nasi panas atau roti. Jangan lupa tabur bawang goreng , daun sup dan daun bawang serta perah asam limau.