Extra earth…Available to export… so ada ke bumi terlebih nak export nih??? Sapa la buat signboard camni,,, malunya. Cakaplah tanah lebih ke …apa dah.
Ha sapa nak beli rumah Semi D tu silakan… sejuta lebih kot
Extra earth…Available to export… so ada ke bumi terlebih nak export nih??? Sapa la buat signboard camni,,, malunya. Cakaplah tanah lebih ke …apa dah.
Ha sapa nak beli rumah Semi D tu silakan… sejuta lebih kot
Ini adalah posting berbayar.
Hello you all….. apa khabar??? Amacam ? dah cuba dah Dutch Lady Chocolate Drink? Hari tu saya ada cakap kan yang Dutch Lady Chocolate Drink ni sangat berkhasiat. Mari kita tengok apa yang berkhasiat nya
Kalsium – Untuk tulang dan gigi yang kuat
Omega 3 & 6 – Untuk menyokong system pembelajaran dan kewaspadaan “ Alertness”
Vitamin B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B – B2,B3,B5,B6,B7,B9,B12 yang berfungsi dalam penghasilan tenaga daripada makanan yang diambil bagi memastikan kita sentiasa bertenaga.
Antara fungsi vitamin B yang lebih spesifik adalah :
Vitamin B1 – diperlukan untuk penghasilan tenaga dari karbohidrat
Vitamin B2 – diperlukan untuk penghasilan tenaga dari protein, lemak dan karbohidrat
Vitamin B12 – diperlukan untuk penghasilan sel darah merah
Tengok baguskan khasiat Dutch Lady Chocolate Drink? Sangatlah sesuai untuk semua ahli keluarga.Minuman coklat , siapa yang mampu menolaknya sebab rasa dia yang sangat Lazat (Tasty) , penuh nutrisi (Nutritious ) dan yang penting EzyMix cuma tambah 200ml air panas ke dalam 4 sudu susu untuk minuman yang panas dan kalau nak sejuk tambah ais.
Harga pun amat berpatutan. Cuma RM8.00 (350g) dan RM17.90 (900g). Dutch Lady Chocolate Drink ada dijual kedai-kedai runcit berdekatan, pasaraya –pasaraya terpilih, kedai ubat cina, 7-11 dan 99 Speedmart. Saya pun beli kat 99 Speedmart kat rumah je.
Saya dan family pun dah mula minum Dutch Lady Chocolate Drink. Budak-budak suka la sebab rasa dia sangat berkrim . Afriena boleh minum sampai 2 gelas.
Saya pulak, saya suka Dutch Lady Chocolate Drink yang dicampur ais. Rasa dia menyegarkan dan bertenaga. Jadinya tak payah lah banyak kerja untuk satu gelas coklat yang menenangkan, cuma 4 sudu susu dengan 200ml air , tadaaaa siap , kejap je kan?
Dan yang paling menarik, ada peraduan tau!!!! jangan lupa untuk mencuba tau. Caranya amat mudah sekali. Log on to Dutch Lady Malaysia’s Facebook page dan main permainan EZYMIX Party untuk menang RM50 shopping vouchers setiap minggu atau discount vouchers untuk beli Dutch Lady Chocolate Drink bila dapat hits a high score..
Tengok kat atas tu… saya dah dapat RM2 selepas bermain permainan itu untuk beberapa minit aja… Apa tunggu lagi… mana tahu anda pun boleh menang juga…..
Adakah anda suka berahsia? I rasa la kan, setiap orang mesti ada rahsia. Tak kisah lah rahsia tu rahsia yang baik atau yang tak baik.Sebenarnya I ada masuk satu website, MSN parenting page. Dorang ada buat survey , tajuk dia “Mom’s Secret”.
Ha ni dia punya page
Click gambar diatas yea untuk ker survey tu
Survey dia ada 10 soalan dan soalan dia semua menarik. Subjektif plak sebab dia tanya rahsia. I dah buat survey dia dan dalam 10 soalan tukan 2 soalan ni menarik perhatian plak sebab I terasa babe! Heheheh nak tahu apa soalan yang buat I terasa?
Adakah anda berahsia bahawa anda mempunyai seorang anak yang lebih disayangi berbanding yang lain?
I berahsia? Tak takde takde takde… tapikan bila I renungkan balik time time nak tido I piker balik, aku ni layan anak-anak aku adil tak? Ke aku berat sebelah. Yelah I ada 3 anak. 2 orang anak yang macam sebaya sebab dorang beza setahun je dan dah sekolah. Bila tengok dorang tidur, rasa sedih je sebab dalam satu hari mesti I bebel kat dorang , marah dorang. Ye lah time buat homework, main-main pastu gaduh, kacau Rayyan, Selalu je bila marah dorang cakap
mama, you said love me, but why did you scold me?
Pastu I jawab, I scolded you because I love you and I don’t want you to be naughty..
No no no if you love me , you cannot scold, you must hug me
Olololo sian je bunyi . Mungkin sebab I selalu peluk Rayyan kot kalau dia nakal. Sebab kalau marah dia tak makan saman, lagi dia buat ada lah. Dah macam berteki-teki, I ni lebihkan Rayyan ke? Rasanya semua dilayan dengan adil cuma cara layanan berbeza mengikut umur dan jantina. You all ada terfikir macam I tak ?
Adakah secara rahsia anda telah membantu anak anda untuk ‘menipu’ dengan menyiapkan kerja rumahnya supaya dia nampak pintar di sekolah?
Hahahahah yang ni I tergelak kat depan komputer, sebab I selalu buat. Bukan nak tolong dorang menipu ni terpaksa tolong dorang dengan homework dorang yang banyak. Banyak gila homework, Homework sekolah agama dengan homework sekolah Cina.Satu hari home mesti ada 3- 5 homework. Kalau tanya Ashraff atau Afriena,
How many homework today?
5 homework, 2 agama school, 3 chinese school.
Kesian tau, pukul 6.30 sampai rumah, nak mandi, solat, main game (itu mesti ada untuk release tension), makan. So 8.30 baru boleh buat homework. 10.30 dah nak tidur. Terpaksalah I tolong tuliskan sekali especially bab menyalin perkataan. Tiba-tiba je I jadi seorang yang multilanguage. Boleh tulis jawi/arab dan cina. Ashraff buat homework cepat so no problem,cuma kalau menyalin banyak sangat kena la tolong ataupun bila dia mintak tolong translate bahasa cina. TAPI Afriena… memang I kena mintak doa mintak banyakkan bersabar, sebab dia buat homework sangat slow. Macam-macam alasan dia.
Afriena cepatlah siap homework…
I can’t.. my hand so sleepy tak pun my bone is rosak…
Hand sleepy? Bone rosak?? Memang macam-macam hal. Pastu dia buat-buat pengsan lah.. nak tak nak kena tolong kalau tak nanti esok kena marah ngan cikgu. Sapa yang malu? dia jugak. Cikgu pun selalu komplen,
Afriena ni ada sedikit malas…. Dia tulis slow je.. Ye cikgu saya tau dia memang macam tu.
Jadinye memang I terpaksa tolong anak-anak dengan homework, bukan sebab nak dorang nampak pandai tapi taknak buat dorang malu kena marah yang mungkin buat dorang hilang minat nak belajar plak.Kalau you all, you all fikir macam I jugak tak? Tapi I takdelah tolong setiap hari, kadang-kadang je , kang kalau selalu naik lemak plak dorang.
So nanti you all pergila ke MSN Parenting Page ni buat survey, sebab kadang-kadang buat survey macam ni macam boleh meluahkan perasan plak.
Best gak website ni sebab banyak info boleh dapat pasal parenting.