Category Archives: SawaBlog

Hari Raya Haji Kami

Dah habis dah Hari Tasyriq, baru nak update. heheheh semalam budak sekolah petang je, jadinye komputer  tu jadi rebutan la kan. Pastu Rayyan bangun awal. Hmmmm raya haji kami, kiterang raya kat sini je, macam biasalah. Kalau tak dapat cuti, memang raya kat sini. bebudak dapatlah cuti tapi Kheirul tak dapat.Nak balik tu boleh tapi taknaklah bersesak dalam jam dengan bebudak pastu kejap je lepak kat kampung. Maklumlah kiterang ada dua rumah kena balik. so to be fair, tak balik terus.Paling kurang balik kampung kena seminggu baru fair untuk ke rumah mak saya n mak suami.

So dipagi raya yang hening, Kheirul pergi masjid tak  bawak Ashraff. Ashraff tak puas hati nape tak ajak dia. hahahah, sengaja tak bawak sebab papanye nak tolong melapah daging. Kang kalau bawak ada je komplen panas, lambat komplen. Pastu tak pasal pasal komplen and kasi alasan untuk taknak sembahyang jumaat plak kang. Sementara Rayyan tengah tido, I pun masak le sikit. Buat pulut kuning, ayam bakar and goreng mihun. Pulut kuning tu I tanak je, Mak mertua ajar.

Selalu kalau makan kat kedai pulut yang tanak tu lembik, memang tak suka, buat dia ajar tak lembik pun. Senang je, kalau pulut 3 cawan, air/santan mesti 2 cawan. Malas nak angkat pengukus semua tu. Raya kedua plak, kiterang sibuk car rumah rumah. belum siap lagi, maybe 2 weekend baru siap.

Inilah gayanya kalau dapat 100% dalam exam

Belum sampai rumah lagi, masuk kereta je..Abang dia dah bisik..

mama ,Afriena get 100% for her English

Oh ya..really? Afriena, why you get 100% no 80%?

Mama you told me, 100% is the best, so I get 100% dengan muka ala nak nangis

Balik rumah tak habis sampai situ je.. sambung mama look, I got 100% English exam…

ye I know (sambil belek paper dia and salotape sbb koyak)

Pastu papa… look papa..100%

Sebelum tu dia dah tayang kan Xin Ern, anak jiran depan rumah

Lepas makan… dia belek paper exam, baca kuat-kuat..abang dia aannoyed sangat sbb dia tak dapat 100,

Nak tido, dia tayang lagi..adoiii…

Pastu bila dah tido..bangun tido, pas pakai baju, breakfast dia pegang lagi sambil baca. Lepas tu dia dok cakaplah.. look I got 100 for my english exam, because I read carefully. Then mama dia dah naik annoyed, I cakap

How  about your maths? terus senyap… sebab maths dia tak dapat A. Macam mana nak dapat A banyak dia tinggal kosong. Tanya dia kenapa tak jawab, dia cakap

too many question to answer and my hand so sleepy.. I rasa dia tido masa exam kot.

Ashraff tak puas hati kot ngan Afriena..mama my bahasa Jawi… dapat 99% ..satu salah je.

ye anak I knew it.. syabas beta..tapi yang tak score tu camno???

Papa dia cakap takpelah.. kasi semangat untuk dia..sentiasa dapat  full mark…

my ans : yes, cuma tak nak lah sampai menunjuk-nunjuk plak..hehehhe

Cuma ragu sikit.. sebab Afriena adalah orang paling malas buat homework any work at school sampai cikgu komplen.. Afriena sangat malas. Kalau suruh tulis, dia buat slow sangat. Memang pun teacher…