Category Archives: My Notes

Apa plan cuti sekolah…

Kejap je,,, dah bulan 5 . Dah nak masuk cuti sekolah. Sekarang ni Ashraff and Afriena tengah busy dengan exam. Last Friday dia balik ngadu ala-ala nak nangis

Mama, I couldn’t do my Bahasa

Why?

Because I only get 97%

97%? ok la tu…

no… I want 100% (dah start nak namgis)

La.. Afriena ni ngada betul. I tak budget pun dia dapat result bagus-bagus, sebab dia adalah budak yang paling malas buat homework. Masa jumpa cikgu dia hari dia cakap, dia malas buat homework. Kalau buat pun banyak yang mama and papa dia tolong.

BTW, yang  tak tahu bila cuti sekolah tu, cuti sekolah start  25.05.2012 – 09.6.2012 (16 Hari). Kiterang takde plan nak kemana lagi. Nak ke USS pun tak jadi sbb tak nak berserabut dengan orang ramai sbb cuti sekolah kan.

So you all pergi mana?

Saya sudah ketagih

Pekena sekali terus melekat. Ni Kheirul punya pasal la ni…. Now tengah berentap dgn geng scrabble. Ada satu group just for Scrabblers. Memang best tapi sakit hati main ni. . Lawan dengan sesapa tah yang mostly dok luar Malaysia. Bagus jugak benda ni, menambahkan vocab. Contoh perkataan yang I ingat tak wujud adalah, LEPER. Ada dalam english tau. Sesapa nak main boleh add saya.
Tengok je la statistik kat bawah. Banyak kalah dari menang

Kalau tak dapat main kat computer kat ipad pun bantai main dengan CPU. CPU main word ganas-ganas. Tak pun paksa Kheirul main sekali. Dengan dia dia pun terjebak.

Gaji minimum swasta RM900

Semalam kan, PM mengumumkan hadiah istimewa kepada lebih tiga juta pekerja swasta sempena sambutan Hari Pekerja hari ini dengan menetapkan kadar gaji minimum masing-masing RM900 bagi Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan. You all tengok tak?

Pada pendapat saya la kan, surirumah yang tak bertauliah, diploma pun kena extend kan, RM900 adalah tak cukup.  Seingat saya, masa  first job dulu tahun 2000 kerja sebagai Admin Executive, my starting salary was RM900. Cer kira cer kira, tolak KWSP tinggal RM700 lebih kot. Pastu cer kira duit tambang bas, dulu tambang bas ada gak 70 posen, sekarang cer kira berapa. Duit makan, cer kira, dulu boleh la makan lunch dengan RM3.50 termasuk air sekarang tidak lagi yoo.. Pastu duit gaji tu kan takkan la hanya nak menampung perbelanjaan harian je kan, mesti nak menabung, hantar kat mak bapak. Kalu dok ngan mak bapak lega sikit mungkin, tapi yang kalau tak tu kan… nak makan malam lagi. Cuba kira berapa. Pastu kalau yang dah beranak pinak? Pergi beli barang dapur kat Tesco pun satu trolley paling cikai pun dah RM300. Tak cukup derr…

Apa yang sya tulis ni cuma dari pengalaman saya 12 tahun dulu, tapi I cuma kerja tak lebih dari 7 bulan je, first job cuma untuk menimba ilmu,lepas second job terus gaji double and so on . Tapi masa first job, gaji sebanyak tu pada 12 tahun yang lepas memang tak cukup.

SEKIAN