Category Archives: My Notes

Chinese New Year punye cerita

Setelah 4 hari cuti, hari ni bebudak dah sekolah. Jangan tanya kenapa, sekolah dorang lain sikit ye. Tapi memang terisi dengan aktiviti lah. Kiterang tak balik kampung sebab 4 hari memang tak cukup nak cover 2 rumah. So kite melepak je. Bermula hari Sabtu, My siblings datang rumah then kiterang keluar makan sate ramai-ramai. Terus rasa pening ada anak ramai hahaha. Bebudak ni lah lari sana-lari sini. My sis cakap pening aku , tak tahu mana satu nak tengok. nasiblah ada lagi 3 beradik yang single tolong melayan. Biasalah bebudak jumpa sepupu. Rayyan plak menjadi tumpuan orang sebab dia topless kat Satay Samuri. Dia cakap baju basah, padahal peluh. Abis makan kiterang balik layan bunga api kat tepi tingkap rumah. Memang macam nilah rutin setiap tahun, cuma tahun ni pertunjukan bunga api macam kurang. I rasa sebab tokey-tokey takde duit kot maklumlah harga barang semua dah naik kan.

safe_image

<< nak tengok bunga api click gambar>>

Pagi plak, bangun tido lepas breakfast pergi swimming. Swimming pool tu macam kitarang yang punya sebab tak de orang. Suka lah bebudak ni dapat swimming especially sikecik . pandai dah selam-selam kepala dalam air.Masa takde orang nilah boleh ajar bebudak berenang. Afrienalah terutamanya. penakut sangat. Rayyan kelakar… tanya dia papa tak swimming ke? dia jawab, no papa ipad (main ipad) pastu abang n kakak dia cakap papa lazy bone .

Antara breakfast dipagi hari, tengok apa yang dimimpi untuk di masak

boss kecik nye breakfast. telur wajib setiap pagi. mee goreng makan bertambah

tengok muka memasing kalau cakap nak pi swimming

Ni jiran depan rumah yang bagi. Memang jiran depan and sebelah depan tu akan kasi something every CNY. rapatla jugak kadang bersembang tepi pintu kiterang bertiga. cite pasal anak la apa lagi.

2 hari berturut-turut pi swimming, cuma semalam tak sbb kena stock up barang dapur.mahal betul barang sekarang. paling terkejut, pencuci pinggan sunlight yang dulu RM3.99 kadang kadang RM2.95, sekarang dah RM7.30? terpaksa pakai jenama lain. seriously, kalau pi survey barang dapur kat singapore terus rasa sakit hati. Like that day masa beli Milo Australian recipe cuma S$17, pastu nampak Australia Milo, imported nya harga baru S$21.60 kat fairprice tapi kat Village grocer yang 700g harga dah 49.99??? giler mahal. Ada yang tanya sedap ke Australian recipe milo ni? my kids love it so much sbb milky taste.

290120131273

Hari tu beli kat Cold Storage Singapore. Nutella tu cuma S$5.95 kat sini RM18 (kalau yang besar S$10.25 kat sini selalu RM29.99 paling murah nampak RM24.99), Skippy S$4.95 sini RM15-18 and the Milo. Memang la tak banyak beza n kalau drive semata ke sana nak beli barang dapur memang tak berbaloi, just nak compare harga. Kalau duduk sana dengan gaji yang S$3000 , boleh survive beli macam ni kot, tu tak termasuk perks lain . just saying. tak puas hati sorry kua..

Oh ya CNY ni, 2 kali gak lah pi pasar malam semata nak makan chicken dinasour… haih budak-budak ni. buat homework yang banyak esp Ashraff ada assignment kena pakai computer. Advance betul dorang. Dia siap cakap my hand so tired typing. hahaha takpe Ashraff practise nanti boleh update blog plak. Sekian lapuran untuk hari ni

tengah taip assignment

Note: Ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham Jejai of  teratakarmo.com atau Azhar Ramli yang telah pulang ke Rahmatullah jam 3pm semalam sehari selepas hari lahir beliau. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah.

Kenangan Manis Masjid Al-Mawaddah

261764_10150688930300599_5778574_n

Meh kita pi Singapore lagi sekali…. Tak habis lagi cerita dia.  Cerita dia begini…………pada 26hb January 2013

Masa kita semua dah sampai Singapore, tempat first nak cari adalah masjid sebab nak sembahyang dulu before pergi rumah sedara.Senangkan, bila dah selesai urusan, lega lah rasa hati.So mintak tolong GPS, cari masjid area rumah sepupulah senang kan, tup tup jumpa masjid ni. Lawakan masjid dia. Dari luar masjid, bersih je. Nampak anak-anak kecil sedang menuggu ibu bapa masing-masing. Agaknya dorang baru lepas habis kelas kot.

Suka tengok cara pengurusan di sini, ada tersedia kelas untuk dewasa dan kanak-kanak sangat teratur. Kalaulah kat Malaysia ada pengurusan masjid macam ni, saya rasa akan ada lebih ramai anak-anak muda nak melangkah ke masjid. Masjid seharusnya bersih, kemas teratur itu yang menarik . Menarik kita ke arah kebaikan.

SO sampai je sana, Kheirul and Ashraff pi solat dulu while me tunggu kereta dgn Afriena. ORang -orang kat sini friendly sebab, nak parking pun dia kasi laluan. Tengok Kheirul and Ashraff keluar, so our turn. Naik tingkat atas ada lift. Lift bersih, nampak ada cafe, kerusi urut kat bawah. canggih betul. Tak nampak pulak playground yang macam masjid kat Hong Kong (mungkin kat bahagian lain) . Me and Afriena pergi toilet… wow, bersihnya toilet, kering.. so pergi ambik wuduk. I bukak jam letak atas tempat wuduk. LEpas wuduk pi solat and lepas solat terus ke rumah cousin yang cuma 3 minit drive. Lepas sejam lepak situ pi rumah another cousin plak, mandikan anak, then tetiba baru teringat, I tertinggal jam kesayangan kat masjid. Hati takdelah berdebar, sebab hati dah memujuk, kalau rezeki aku..adalah tu dapat balik. Kalau tak jumpa takdelah rezeki. So terus kiterang ke masjid dengan sepupu-sepupu and mak long (makcik kita). berlari gak I takut masjid tutup sbb dah nak pukul 10mlm. Terus berlari ke lift pergi toilet. Hampa pergi toilet dah takde jam tu. Nak kata apa, jam tu harga mahal gak jenama Maurice Lacroix gitu. Dah nak dekat 10 tahun dah dia. So I pun mencuba nasib tanya seorang staff kat pantry..

“cik nak tanya boleh, cik ada nampak tak jam tangan kat tempat wuduk? jenama Maurice Lacroix , warna silver, bentuk 4 segi?”

Jam tangan macam mana? so sekali lagi I memberi gambaran. Harus la.. dan saya faham, memang kena tanya macam tu untuk kepastian.

Finally, dia keluarkan jam tu tanya… jam ni ke?

ya ya betul, tapi bukan dapat terus sbb dia bawak I jumpa another staff nak inform sebagai saksi yang jam tu dah pulangkan kepada empunya badan.

Alhamdulillah…terima kasih banyak-banyak cik.. sama-sama (sambil dia beri nasihat)

Macam tak caya, boleh dapat balik jam kesayangan. secara jujur jam tu sangat mahal bagi saya (mungkin murah bagi orang lain) tapi ada kenangan disebalik jam itu.

Terima kasih kepada individu yang jumpa jam tersebut. Semoga anda sentiasa diberkati dan di rahmatiNya.

Kenduri dan Kuda Kepang

Hari kenduri pagi tu…bangun lepak-lepak…aisemen..Rayyan bangun pagi la plak. Takleh nak sambung tido. Mak Long memang dah paham perangai I mesti nak sambung tido. dulu dok ngan dia harus dia tau perangai I. Bangun lepak sambil layan angin sepoi bahasa sembang ngan my auntie. Pastu Rayyan datang bisik..mama nak atan (makan) hehehe… Nenek dah standby breakfast dah pun. siap buat milo untuk cucu sedara. Bebudak makan egg sandwich, ada roti canai with kari daging kek dan my nasi goreng fav. nasi goreng pedas. Mana dia tau I nak makan nasi goreng ni?Kesimpulan yang makan banyak bebudak la. Rayyan makan sekeping roti canai, 2 potong kek dan 2 sandwich. Ashraff balun sandwich je 4 ke 5  and Afriena 2 keping roti canai yang disuap oleh my cousin.

Lepas breakfast lepak sesiap then terus ke rumah another cousin sbb dia nak tumpang. Sampai sana macam biasa salam semua orang macam raya gitu..then makan. Lepas makan, I lepak dengan bebudak kat playground. Suka cara perancangan bandar dorang ni. walaupun flat, tapi semua lengkap . Bawah blok boleh buat majlis, tepi situ ada playground which is playground dia duduk tengah tengah flat. jadinye kat playground tak kena panas sebab dok tengah tengah and kids feel safe. Tak macam sini, playground kat tepi jalan raya.

270120131262

dorang kendurikan candy buffet bukan lauk kenduri. My cousin yang lelaki melayan dorang.  maklumlah anak dah remaja..so layan jelah anak-anak I kan

270120131259

Kheirul cam biasa melepak dengan rakan-rakan sebaya :) Tu tengah tunggu genag la. Dia kalau jumpa geng dah lupa dah anak bini .hahaha bukan selalu jumpa teman sebayakan. Kalau balik kampung semua ipar muda-muda lagi

270120131267

Budak yang happy jumpa playground. Dok tolak je stroller dia

270120131270

Tak padan pakai dress, panjat sana, panjat sini. Yang kat belakang tu nampak gebang biru..tu tempat orang sediakan makanan

270120131260

One of my cousin. She’s the eldest cousin. Anak pun dah remaja.dah macam adik beradik dah kiterang ni

suria

me and cousin, Suria. Maaflah muka tak bersolek pun. bare skin with SKII gitu hahaha (sila jangan muntah)

moment

3 of us… sangat close dari kecik lagi. Siap mandi sesama masa kecik dulu kelakar la

first time experience dengan kuda kepang. Selalu masa kahwin ada kompang and silat je, but this time ada kuda kepang. I tengok la jugak menarik tapi sesuati yang mengejutkan, macam ada unsur unsur syirik . Macam mana tak pelik, lepak perform tetiba, penari-penari akan jadi tak sedar diri, ada yang sampai mata jadi putih then I tengok dorang bersilatla, menggelupur la. Kalau ikut logik selepas menari takde yang menggelupur, harus berkait rapat dengan jin. Kheirul la stay kat situ tengok. I bawak bebudak pi tempat lain sbb takut benda-benda yang tak diingini. Dahlah bebudak  selalu ada “third eye” Dalam 3 org yang macam tu. Dorang adalah yang pakai topeng. Kheirul cakap ada siap boleh berjalan atas tangan. Dia cakap lagi benda tu macam tak keluar, lepas kasi minum air, baru keluar. Then masa nak balik dorang ketuk caklempung 3 kali. Kheirul cakap..itu cara dia panggil balik kot. Ya Allah dorang ni tau tak benda ni haram ? I ada tengok kat you tube siap pakai kemenyan pastu yang  tak sedar diri tu akan minum air macam kuda..letak air dalam baldi, terjelir lidah and ada siap makan rumput. Yang kat kenduri tu, minum air sirap je kot :). Ni saja nak share supaya masing-masing tahu disebalik tarian tu. Takut kita terlibat secara tak langsung kan.Hanya untuk ingatan je. bukan nak kutuk sesapa.Ini adalah pandangan dan pengalaman menyaksikan penari yang kena rasuk ke apa.

Oklah… takmo cakap benda seram… I lepak dgn cousins..berbual pasal anak, pasal zaman remaja, lepak ngan makcik pakcik. Moment yang best tapi kejap sangat sebab lepas kenduri terus balik KL. Tapi sebelum tu sempat singgah shopping gitu :)