Category Archives: My Notes

Outing with Rayyan

Semalamkan… kiterang dua beranak outing. Kali kedua kot keluar dengan dating dengan Rayyan. First time masa kat PAvillion kali ni kat IKEA. Syok wo pergi IKEA hari isni. hahah mana ada orang sangat. LEpas amik darah kat klinik terus ke IKEA. dekat je Primanora dengan IKEA tu.9.30 dah terpacak kat IKEA. First thing to do…. Makan lah. Walaupun hari bekerja, ramai jugak la orang..tapi boleh dapat seat. I makan mihun goreng yang ciput tu dengan 1/4 popiah dan beberapa bite of french toast. Sebab semua tu Rayyan yang makan. Nak pergi beli lagi pun susah sbb malas nak tinggalkan seat yang baik punya location.Lama jugak lepak makan kat situ yelah nak tunggu Rayyan habis makan. Pukul 11 habis makan, masuk IKEA jap. Saja pusing-pusing tengok barang. I cuma beli cupcake casing je. Tak beli barang lain sbb tak drivekan.

040320131292

 

breakfast kat IKEA semalam

Sebab lepas dating kena pi klinik balik naik cab je. Husband bawak kereta standby takut I lambat then dia balik amik bebudak kat sekolah. Nak menarik Rayyan keluar dari IKEA pun susah tau, semua benda dia nak tengok, nak main. Last I cakap kat dia..jom makan ice cream, barulah behave. Nasib baik bawak stroller, kalau tak berkejar la dengan dia. Seperti yang dijanjikan, so kiterang pi makan ice cream IKEA tu dulu. Singgit satu… dia semua bantai I dapat 3 mulut je kot. Lepas makan ice cream bawak dia pi tukar nappy then jalan-jalan kat atas. Ingat nak bawak masuk Toys”R”Us, tapi dia nampak Kids E World. Dia cakap mama nak … ball… dia nampak ballon kat sana. Pastu I tanya dia lagi nak tu ke..yes..turun stroller dah berlari excited, walhal belum lagi bayar masuk. Seronok latu… sbb sekarang kan dah pandai enjoy. Kiterang dah lama tak masuk tempat macam ni, Ashraff and Afriena kan dah besar, mana nak main lagi. Dulu masa umur Rayyan memang la dorang suka, tapi sekarang bila tunjuk..Ashraf cakap this is for kids la mama… amboi-amboi. Kalau nak masuk pun Afriena la sebab Afriena cakap, I’m still a kid.

040320131295

 

time ni malu -malu lagi. enjin pun tak panas lagi

Rayyan masa mula-mula masuk tak nak main..malu-malu lepas tu, mana je dia terlepas. siap panjat tempat tinggi. Dari mula masuk takde orang langsung sampai la ramai budak. Ramai anak expatriate, maybe lepas habis sekolah kot. Lagi la dia happy dapat kawan-kawan.

040320131298

enjin baru nak panas

040320131299

dah start panjat dah…

040320131301

ni tengah lepak kat atas… ni tak nak turun. risau je tengok . Berani betul dia ni. Bab panjat kasi kat dia

040320131308

Ni kawan Rayyan.. nama apa tah lupa. Mana Rayyan pergi dia follow.

040320131306

main cannonball… ha yang terjun -terjun tu.. ni terjun dalam bola

Ada sorang anak mat saleh mana tah, tapi boleh cakap melayu sikit je… dok suka sakat Rayyan. Amik bola Rayyan la.. risau je, takut Rayyan pukul dia. hahah Rayyan kan gangster. Tapi lama-lama dorang main sesama. Sampai maa nak balik susah plak nak keluar.Cakap mama nak sembahyang, dia buat tak heran. Cakap nak makan dia buat tak tahu. Dekat puku 3 , pujuk lagi sekali.. cakap Rayyan jom makan.. baru dia cakap ok tapi tau apa dia cakap nak makan? Dia cakap nak makan ice cream!! amboiii  ngadanye. So lepas main, bawak dia cuci tangan, tukar baju then pergi solat. Ingat nak bawak dia pi makn jap, tapi baru kejap dok stroller dia dah tido . siap berdengkur. Penat sangat kot.  Satu hal plak nak tunggu taxi pastu nak tutup stroller. Nasib baik masa kejutkan dia dia tak ngamuk. Alhamdulillah dipermudahkan semua, dari nak tutup stroller, tahan taxi dan angkat stroller. Nasib baik stroller ringan. Pukul 4 sampai klinik kena tunggu lepak jumpa doktor, kat kul 5 gak lah baru siap then tunggu Kheirul datang amik then terus amik budak kat sekolah.

Punyalah happy Rayyan, and penat off course. Dia dapat socks baru semalam, sock spiderman.Yang kelakar, sock tu kan setiap kali jalan dia angkat kaki tengok sock, pastu bila sampai rumah bukak kasut sendiri, pastu simpan sock sendiri. Semalam masa nak susun kasut kat luar tengok takde sock , tanya mana sock baby? Dia cakap ni… hahaha tau mana dia simpan sock dia? Dalam boot papa dia, sbb papa dia selalu simpan sock dalam tu. So cute.

CUte-cute pun karipap IKEA 4 biji kau dia makan, tu pun tak cukup. nampaknya weekend ni nak kena buat karipap la kot.

Sekian kisah outing dengan Rayyan di IKEA dan Ikano. We had fun tapi penat giler…

Parenting : Mama, apa itu air mani?

Jangan salah faham, ini untuk maklumat bersama.

2 malam lepas, I tolong Ashraff dan Afriena buat homework. Pasal feqah. Jadinya dalam homework  Afriena, ada belajar mengenai hadas.

Apa maksud hadas?

Hadas ialah kekotoran maknawi pada diri yang menegah sahnya ibadah yang disyaratkan bersuci iaitu solat, tawaf dan sebagainya. Orang berhadas, tidak bersih di sisi Allah sekalipun di sisi manusia kelihatan bersih. Kerana itu, orang yang berhadas wajib menyucikan dirinya mengikut cara yang ditetapkan Syarak sebelum mengadap Allah melalui ibadah-ibadah tadi.

Berapa jenis hadas? 

Hadas ada dua jenis, iaitu;
1. Hadas kecil
2. Hadas besar

Apa cara menyucikannya?
Cara menyucikan hadas kecil ialah dengan mengambil wudhuk. Adapun cara menyucikan hadas besar ialah dengan mandi. Jika kedua-duanya tidak dapat dilakukan kerana sakit, ketiadaan air atau sebagainya, hendaklah diganti dengan tayammum. Kesimpulannya, cara menyucikan hadas yang ditetapkan oleh Syarak ada tiga, iaitu;
1. Wudhuk; untuk menyucikan hadas kecil
2. Mandi; untuk menyucikan hadas besar
3. Tayammum; gantian kepada wudhuk atau mandi.

 

Pasal Hadas kecil, takde masalah untu menerangkan. Apa yang menyebak hadas kecil semua pun tahu kan. Tapi bab hadas besar. Perkara yang menyebabkan hadas besar ialah haid, nifas, wiladah, mati dan keluar air mani. Saya dapat terangkan dengan jelas semua tu kecuali keluar air mani. Sesuatu yang sukar untukk menerangkan nya. Serba salah..nak terangkan rasa macam eh dorang kecik lagi ni…tapi kalau tak terangkan nanti dorang keep asking. Kalau tanya kat rumah takpelah, tapi kalau tanya depan orang? mampus…. mesti orang pikir lain kan. Lalu saya pun membuat pertanyaan kat laman facebook page “Saya Bangga Menjadi Surirumah Sepenuh Masa”

Soalan Saya berbunyi begini
Assalamualaikum… Saya ingin bertanya pendapat ibubapa yg senior. Semalam, saya tolong anak buat ulangkaji dan kerja sekolah. Subjek perbincangan adalah fiqah. Ia mengenai hadas besar. Antara perkara yg sbbkan hadas besar ialah haid, nifas, wiladah, mati dan keluar mani. Saya takde masalah terangkan semuanya tapi ingin minta tolong atau pendapat bagaimana untuk terangkan mengenai mani. Anak anak saya tanya apa itu air mani? Fyi mereka baru berumur 8 dan 9. Jawapan saya cuma, you all kena tanya ustaz tomorrow. Help me please

Rupanya ramai juga yang ada masalah sama. Dan ada jugak beberapa orang yang memberi pendapat. Antaranya

  1. Anak saya 9thun..sya pun x tau samada dia btul2 fham o idak..sbb sya tnya dia,air mani tu apa erk?dia kata air yg kluo dr ‘ni'(dia tunjuk la yg ‘tu’)..saya kta air kencing dia kta bkn laa..dia explain gak la tp smada dia fham x tau la
  2. sy biasa akn trangkn mcm biasa makna tu cuma x detail sgt,,,biar dia tau jer…somedy br kita detailkn bila dia dh ‘bsedia’
  3. Saya belum ada pengalaman mcm ni sbb anak saya kecik lagi. Tp saya nak cuba beri jwpn kalau2 ia dpt membantu puan. Cadangan saya, sebagai langkah pertama… puan boleh ckp pada anak “mari kita lihat apa Quran kata tentang air mani”. (Tujuan adlh utk didik anak, supaya apa2 kita refer Quran dulu). Dlm Al Quran ada byk ayat yg menyebut tentang air mani. Lebih mudah jika puan memiliki ensiklopaedia atau index rujukan perkataan dari Al Quran utk memudahkn carian. Kemudian puan boleh terangkn yg air mani ni adalah air istimewa yg dicipta oleh Allah yg terdapat dlm tubuh lelaki & perempuan. Drp air mani terjadinya manusia… terjadinya ibu, abah & adik (sebut nama anak) dan smua manusia dlm dunia ni. Mgkin anak akn tanya pulak “mcm mana boleh jadi mcm tu?”. Erkk… Alamak… Kena la guna perkataan “istimewa” & “ciptaan Allah” byk2 nampaknya. Air yg istimewa ni dtgnya dari tempat istimewa dlm tubuh lelaki & dari tempat istimewa dlm tubuh perempuan. Ianya juga bercantum di tempat yg istimewa dlm rahim ibu. Dari situlah Allah bentukkan menjadi darah, daging, etc (explain mcm yg Quran bgtau). Hrp ia dpt membantu serba sedikit, InshaaAllah
  4. Just tell them mani hanya ada pada lelaki dewasa selepas dia baligh will do (itu yg saya beritahu anak2 saya waktu umur yg sama)
  5. ckp jewlah..mani tu adalah air yg keluar dr zakar lelaki bila baligh…kata lae..dr air manilah bule jadikan manusia…kita kene bg explaination yg terus terang..biar dia x salah tanyer…
  6. Sy bgtahu anak lelaki sy air mani ni keluar klu dh baligh… Bila dh ikhtilam pg2 basah yg keluar tu la mani bukan air kencing… Klu perempuan x tau lg camne nak ckp… Sebab yg sulong boy… Tunggu yg girl nanti tnye br cari idea…
  7. Seelok2nye perlu diterangkan dgn ringkas dan padat,agar ank2 mudah faham dr kita explain panjang lebar tp 1 ape pun ank tak faham..lg bertambah blurr diorg cuba nk faham,pastu pg pulak tanya org Lain..bkn ape takot jd salah pemahaman aje.

 

Saya percaya, mesti ada ibu bapa kat sini yang mengalami perkara yang sama.  Apa yang saya faham dari pembacaan buku Ya Allah, Jauhkan Aku Dari Zina, kita perlu menjelaskan dengan perkataan yang ringkas dan senang. Biar mereka faham. Tak boleh berdolak-dalih macam nanti tanya cikgu ye. Kita kena jelaskan perbezaan anatomi tubuh lelaki dan tubuh wanita.Kena jelaskan proses hamil dan melahirkan dengan perkataan yang sederhana.Soal menstruasi bagi anak perempuan dan mimpi basah anak lelaki, perlu dijelaskan sebelum mereka mengalaminya.fuhh susah jugak nak didik anak yang nak meningkat remaja kan? Kalau mengenai menstruasi, rasanya saya dah jelaskan malah dah tunjuk macam mana, tapi yang mimpi basah tu rasanya..golongan bapalah kena cerita.

Agaknnya… inilah perlunye ada asas pendidikan seks kat sekolah kot. Jangan salah faham ye! Pendidikan seks bukanlah bermaksud pendidikan yang mengajar bagaimana untuk melakukan seks atau sebagainya sebab itu semua akan datang secara semula jadi sebab lembu pun takde pendidikan seks tapi tahu gak dia buat, tapi pendidikan seks yang sepatutnya diajar dengan cara perspektif anutan agama masing-masing. Macam islam, caranya ia perlu bermula dengan akhlak yang baik, perlu menenam rasa malu apabila aurat dilihat orang lain atau sebaliknya dan perlu tahu menutup segala kemungkinan ke arah seksual yang terlarang aka zina, perlu ada rasa hormat pada privasi masing-masing.  So complicated!

Jadi mulakan dirumah..mulakan dengan pengasing tempat tidur anak lelaki dan perempuan bila berumur 10 tahun,  Didik supaya meminta izin untuk memasuki bilik tidur kita ibubapa  terutama sebelum solat Subuh, Zuhur dan selepas Isyak. Yang ni ada diterangkan dalam ayat  Surah An-Nuur: 58-59.

Ok lah harap ini akan membantu.. kalau kawan-kawan atau senior-senior yang ada pendapat untuk dikongsi silakan.

 

To Krabi Again :)

Budak-budak bila cakap nak pergi Krabi happy je. Dah terdengar dah apa dorang nak buat. Did they say fishing? Mana ada fishing… kita pergi snorkel je. Inilah plan papanya masa cuti sekolah next month. I ikut je mana orang bawak. Macam biasa road trip, naik kereta dari KL to Krabi. Tak sabar rasanya nak makan pulut mangga, pulut ayam, tomyam and segala makanan. Ingat makan je kan. Pasal makan bukan masalah pun dekat Krabi sebab ramai muslim. Kadang-kadang kat hotel , ada je staff tegur and cakap I’m muslim. Pastu kasi guide mana nak cari makanan halal. Ingat kali ni, nak lepak hotel yang owned by muslim. Ni tengah survey lagi ni. Pastu bebudak ni cakap.. best naik boat. Kheirul cakap kita naik boat besarla kali tak payah speed boat. heheheh see first la. Kalau ramai join ok lah.

Ini yang buat bebudak teruja sangat ni…. pantai yang bersih

pastu dapat plak makan tepi ombak cam gini… nasi sepinggan tu tak cukup tu. Kali ni pergi kena bawak bekal gak lah. Sebab lapar walau dah makan nasi

Tengok… ni konon lah ni….memang mata takleh lepa… dah sampai ketengah

lawakan… kan. Mungkin disebabkan gambar begini my sis cakap.. dia nak ikut.  Boleh je

Pastukan lepas penat-penat mandi manda, harus mencari makanan kat tepi jalan. Street food kat Krabi banyak yang halal. Tomyam tu sedap, pedas gila. Nsi goreng, ayam goreng.Ni mesti cari hotel betul-betul depan gerai ni senang nak cari makan.

Ada sapa- sapa nak ikut tak?? kalau nak ikut jom, tapi drive sendiri ye hehehehe