Category Archives: My Notes

Tak tahu nak update aper???

Makin lama rasa macam malas nak update blog. heheheh itulah terlampau memanjakan diri semasa berpantang. Bukan tu je, kerja menghantar anak pergi sekolah pun suami yang buat. Rasa macam bersalah dan kesian plak bila orang lain buat kerja kita.Macam tadi dah nak siap, mulut gatal bertanya.

Mama hantar dorang sekolah ok?

Ikutlah …nak papa hantar pun takpe…

 

Bila dah cakap macam tu mulalah..eh takpe ke? Ala rasa macam apa je kan. ha macam mengambil kesempatan. Tapi memandangkan , I still tak boleh dukung rayyan, so ikut jelah. Rayyan tido pukul 2 semalam. Geram tau budak tu. Pukul 1.45am dia kejut mama dia

Mama bukak mata tengok dia senyum. Dalam hati boleh plak pikir…eh sapa budak ni senyum kat aku… hahahah macam kenal. Tengah mamai la. Pastu bila memory dah up baru teringat tu Rayyan, Dia cakap mama ipad takde battery. Geram kan dia main ipad rupanya. Pastu , I pi toilet then baru dia cakap dia nak tido. Dia tido sendiri je, cuma kena peluk je la.

Weekend ni nak pi Singapore …wee baru boleh travel. Oh ya last Saturday , pergi follow up check, nampak ada improvement then doctor cakap boleh makan itu ini,boleh buat light exercise tapi jangan lupa ubat, terus Ahad pergi Jeram makan seafood. Takdelah banyak mana makan tapi lepas lah mengidam tukan. Yang best bila tengok bebudak bertiga pun makan banyak sbb selalu dorang bukan makan mana, cuma ratah lauk pastu layan kejakunan tengok boat.

 

Okaylah ciao dulu nak breakfast..lapar. Kang bila lapar mula badan lembik.

Candy Crush – Katagih betul

Ini semua sebab member FB yang dok cerita pasal Candy Crush. I pun mula lah google, apa ke menatang candy crush ni. Dah jumpa download lah kat Ipad. sekali main terus terlekat. nasib baik dia ada limit live sampai 5 je. Kalau tak sepanjang hari mengadap kot.

BTW, Sekarang laki bini dok main candy crush. Access kepada Ipad senang sebab hari sekolah bebudak takleh main ipad. lepas siap homework, boleh tgk tv jap, solat then tido.I main candy crush pun time takde kerja, time rest ke. Pastu Kheirul plak terjebak. Dia terjebak masa dok menunggu I kat hospital, boring tak tau nak buat apa.

heheh main game main gak, jangan sampai lupa kerja lain sudah kan bang.

candy crush

 

I dok level 141 kot. :)

Anything with cheese

Bebudak ni..anything yang ada cheese , mesti dorang suka. Sekarang ni…ha yang ni yang dorang suka.

1

Cheesy Wedges. Ha buat sendiri lagi untung. Sepinggan 3 beradik tu habiskan. Petang-petang time weekend I buat la. KAcau je cheesy mix, then curah je then letak mayonis sekali. Kalau dibiarkan Rayyan sepinggan pun dia boleh habis. That’s my lil boy. Dia memang makan banyak, cakap banyak merajuk banyak, mengamuk pun banyak. Haih terliur plak tengok.

3

Yang ni tak payah cerita, all time favorite. Kalau makan kat luar sepotong paling murah RM15 and sepotong tak cukup untuk bebudak ni. Dorang kena berpotong -potong. Satu tray tu 3 beradik boleh habiskan. Banyak tak banyak dorang makan. Last weekend buat, suka la sangat dorang. Perasan bahagian tengah tu macam tak brown.. ha tak masak lagi kena masuk oven balik. Oven tu macam menunjukkan tanda protes dah.Oh ya sapa nak resepi lasagna.. boleh tengok kat sini

4

 

ni pinggan Rayyan, yang ketiga kot

Bila dah masak… berayalah dorang makan lasagna. Rayyan 3 potong. Lasagna buat sendiri untuk sbb boleh letak banyak daging, sayur. Hari tu buat 2 layered daging, 1 layered mushroom, total  4 layered. Suka masak lasagna senang nak nak bila tengok cheese bertali.

photo

Dessert? yang bercoklat suka la. Bebudak hari tu buat chocolate cake pudding. Sedap. Moist choc cake siap ada coklat cair gitu. senang je buat and they want to bake again. #habiskecahdapur. Siap masak terus makan dengan coklat cair semua. Ada separuh tak habis esok tu 2 beradik kenduri makan terus dari baking tray sejuk from fridge sambil buat homework :)