Category Archives: My Notes

Hari-hari yang Stress

Lama giler tak update blog. Stress … Nak tahu sebab apa? Sebabnya..no internet access kat apartment kiterang. Makanya, bila takde internet, takdelah telefon, takdelah tv sbb kat rumah tv guna internet access. Bosan giler dok rumah.Nak tambah lagi bosan, fridge yang berumur 10 tahun plak rosak. Lagi lah stress. Masa dia rosak tu kan…. I masam gila, tak nak cakap pun dengan sesapa.Pastu plak kedai bawah tutup seminggu. Heee geram nye. Kheirul siap pujuk…. Takpe ni ujian ni.. kena redha baru lah cool balik. Sapa tal stress woo… dok rumah tengok tv channel tak best, no HBO, no Fox movie, no internet, noStar World , no DiVa channel… pastu bukak peti sejuk, plak takde makanan sebab semua frozen food kiterang tumpang rumah my brother sat. So tak bleh masak. Dah lahI takleh stress nanti tak lalu makan, pastu poor nutrition plak.

So   malam tadi… suami tercinta bawak pergi SenQ, beli  fridge. Memang susah takde fridge. Nak masak pun susah. Tu pun some of chill food simpan dalam cool box. I beli ice then store dalam tu. Ada some chocolate, buttersm veggies and sandwich slices. Yang tu simpan kat rumah sbb senang nak makan. Fridge lama ni 6 bulan lepas dah buat hal, so tukar compressor… kali ni rosak lagi… memang compresser rosak. Satu compresser lima ratus lebih…. So dari tukar compresser baiklah beli baru. Tak nak amik risk rosak lagi, Lagipun letrik dia pakai banyak lately kan.

So semalam dapatlah pilih fridge. Mula-mula nak beli yang kecik je, tapi Kheirul cakap…

“nanti beli yang kecik , Yatie nangis plak…. Dah biasa pakai yang besar beli je yang besar”

Teringat MIL dulu, dia cerita…dia nangis taknak fridge kecik, so kena hantar balik fridge kecik beli fridge lama, mungkin sbb tu kot, Kheirul cakap amik yang besar. Kiterang taknak pakai 2 door (French door ek? Orang panggil) macam dulu dah, and tak nak dah Samsung… merajuk aku dengan Samsung. Tapi saleslady kat SenQ cakap memang  lifespan dia 10 tahun je. Ok lah mungkin rezeki dia bersama kita takat tu je. Ada dua yang berkenan, satu  Panasonic yang lebar sikit, tapi takde stok, satu lagi Hitachi kot…. Yang tiga pintu pun takde stok. Kena tunggu 2 minggu… pehhh I can’t even wait for another day. So terpaksa  amik Panasonic yang kecik sikit tapi bigger than others. Bolehlah asalakan tempat frozen besar sbb kiterang jenis store banyak food kat rumah. Lauk kena penuh, fridge kena penuh sbb anak-anak asyik makan je kan.

peti001

 

 

 

 

Kiterang  amik yang tengah… ok lah thank you husband

peti002

 

 

 

Ni peti sejuk yang I berkenan, tapi Kheirul tak berkenan , dia cakap kecik sangat. Tapi sbb bini yg nak..ok lah… namun begitu malang..takde stok

peti003

Ni  Fridge lama …. dah 10 tahun. tadi angkat… dah meleleh minyak. mamat tukang angkat cakap, computer dia dah rosak.

Jadinya marilah kita menunggu fridge baru. Pasal internet tu kena tunggu another week kot. Bangang betul orang yang buat dajal tu. Pergi tanya staff kat apartment dia kata, ada orang giler, dia baru kena buang kerja kat TM, so bila tak puas hati kena buang kerja, dia pergi potong semua main cable . Bukan apartment I je most of the places kat sini kena. So mamat biol tu dah kena tangkap polis. Menyusahkan orang je. Next time bila company cam ni buang pekerja… make sure dorang return all the access card and baju TM supaya tak disalah guna. Sbb masa dia masuk sini dia guna kad pekerja dia.

We had fun in Singapore

Bila tanya Ashraff and Afriena, Do you have fun in Singapore? Yes mama…we had fun. Can we have train ride again? Agaknya itu yang best kot. Bukan tak pernah dorang naik train, banyak kali tapi masa dorang kecik dulu, jadi tak berapa ingat. And for me? Sangatlah happy bila dapat jumpa sedara-mara, sepupu semua. Rasa macam balik kampung beraya. Kan best kalau duduk sana.,,,Bila tanya Kheirul, best Singapore? best lahh…shopping, makan sedap and off course lah driving yang bat dia best. Tanya Rayyan…. dia best sbb dok tembak orang.

Anyway, nantilah I update cerita ye sebab gambar masih dalam camera, kita amik dulu dalam facebook.

kahwinInilah tujuan sebenar pergi Singapore, sepupu kita kahwin. Nama dia Nana .  Dulu kecik-kecik ingat lagi dia suka lompat-lompat atas kerusi. ANW, selamat pengantin baru you all…Semoga bahagia hingga ke syurga. Lawakan pengantin. Bagaikan pinang dibelah dua.

gambar 1Ni minah 2 orang ni harus kena bergambar…. mana lagi gambar? me n kak Eda?

Video Kes Buli, 3 lawan 1

Dari semalam lah… heboh pasal budak sekolah, katanya Ketua Tingkatan kena belasah dalam kelas dengan 3 budak budak kelas.  Panas siott tengok. Penyebaran video tersebut harapnya dapatlah pihak polis dan pihak sekolah membuat penyisatan. Kesian tengok budak yang kena belasah, tapi dia pandai, dia cover bahagian sensitif, cover kepala. Pastu malaun 3 orang tu, banyak tengok belasah beg je. Semalam sembang ngan Kheirul, dia cakap buat penat je, pukul macam tu.

Bagus budak ni sabar je, tapi janganlah takut dek, lawan balik kalau tak nanti orang akan buli awak sokmo sokmo. Tak dapat pukul ketiga-tiga tarik sorang pastu bantai.Budak mangkuk 3 orang tu bukan nye berani, penakut semua tuh. Kalau lawan man to man, sure kecut .I tunjuk video tu kat Ashraff dan Afriena,cakap kat dorang, kalau ada orang buat macam ni kat sekolah, lawan balik jangan senyap pastu cakap kat mama dan papa. Tapi harap-harap kat sekolah dorang takdelah perangai macam ni.

Apa masalah budak bertiga ni? Salah mak bapak kah? salah cara pendidikan di sekolah kah? atau salah memilih kawan kah? Atau faktor  media? Mungkin semua faktor terlibat. Mungkin kurang kasih sayang kat rumah, semua mak bapak kerja atau mungkin mak bapak suka membebel, takde menerapkan displin kat rumah atau mungkin suasana  rumah sangat membuosankan? Kat sekolah pula, mungkin sistem pendidikan kurang berkesan kepada anak-anak kita? Kurang menerapkan budaya yang baik? Kurang menerapkan sifat saling menhormati? Atau fator kawan? Dapat kawan gangster je rasa macam bagus kot. Tapi apa pun saya banyak nampak macam banyak bermula dari rumah. Memanglah susah nak didik anak lebih-lebih lagi semasa remaja. Dorang ni kena banyak difahami isi hati dan perlu diberi guidelines yang betul. Itu pendapat saya je lah..saya bukan ada pengalaman anak remaja pun lagi . Mak bapak kena kawal anak -anak, dengan sapa dorang berkawan mana dorang pergi yang penting solatkah mereka? Lepas tu filem-filem  ganster tak payah lah nak tayang sangat. macam dah takde idea, takde guidelines. Asal bukak tv, mesti ada cerita  pasal ganster lah..takde penerapan nilai positif. Budak-budak umur macam ni senang terpengaruh.  Kat rumah kiterang memang jarang on TV malam-malam kecuali homework siap sebelum 9.30 , itu pun lepas revision dan reading. Cerita yang dapat tengok channel DXD. Ashraff dan Afriena memang tak tengok cerita melayu, pastu kalau ada cerita yang gaduh-gaduh memang tak kasi tengok. Hari tu nak tengok cerita Juvana pun tengok time dorang tido.

Pikir ni semua risau plak sebab anak-anak dah mula nak meningkat remaja kan… Semoga sentiasa dipermudahkan.

Haa bagi yang tak tengok lagi video, click kat SINI.

Ada satu blog buat khas pasal info dorang. Budak penang nih. Diharap pihak polis, Jabatan Pendidikan, Pihak Sekolah  dan ibu bapa supaya amik tindakan secepat mungkin. Kesian budak tu. Kang gangguan emosi plak.

Sekian