Category Archives: My Notes

Jatuh Cinta Dgn SK II Stempower

Baru 2 minggu kot pakai SKII Stempower ni, now rasa puas hati sangat dengan  outcome dia. Memula ingat nak stop je pakai SKII sbb harga dia makin mahal kan, tapi takleh lah rasa macam takut nak pakai benda lain. Tapi sejak dah jumpa Rakuten, terus je beli kat situ. Murah dari beli kat counter. Save la RM50- RM70. Ok apa. Ta[ untuk ste,power ni, I guna trial kit dia dulu. Beli yang kecik nak tengok ok ke tak. Krim dia nampak pekat sangat. Sekali calit boleh sapu satu muka. Pakai dua kali sehari. I guna pencuci muka SKII, Toner SKII then guna essence dia pastuh baru sapu stempower. Bila bangun pagi muka rasa lembab je tapi tak berminyak. Rasa macam cerah sikit dah. Yang macam ada parut ke, liang pori yang besar pun macam dah takde.Mungkin effect dengan pakai essence sekali kot. I lah yang rasa tapi orang lain tengok tak tahu lah. Pakai ni pun bukan nak impress orang, ni kepuasan sendiri betul tak?

stempower

 

I guna size kecik je sebab nak try dulu. Nampak ok ni. Kalau kat counter yang besar tu 500++ tapi kalau kat airport murah sikit kot. Tapi I lagi senang beli online ha. Sekarang semua benda pakai online. Rimas nak shopping dengan anak-anak. Baru nak try itu ini…

mama please … I am hungry…

mama hurry up

mama wo yau ci cesuo… kuai tian

macam-macam kan takde ketenangan langsung.

 

Tolong Saya ..please

Boleh tak kawan-kawan tolong vote saya????

Click je gambar ni then click vote. 1 undi sangat bermakna. Semua undi dikira . Undi hantu takde jangan risau. Saya nak masuk final pertandingan memasak. boleh lah awak. Harapan saya bukan nak menang pun, cuma nak tambah ilmu memasak dan nak rasa debaran dalam pertndingan tu.

laksa nyonya

 

Sapa dah vote terima kasih yer…

Nak jugak pergi camping, and ipod?

Next week dah nak start cuti, tapi kiterang tak kemana  sebab Ashraff dan Afriena ada aktiviti. Sekolah dorang ada buat Kem Motivasi dan Jati Diri. Ashraff excited sangat sebab dia ingat dapat tido dalam khemah. Ialah tu, cikgu nak kasi khemah. Dorang kena tido dalam chalet. Weekend ni kena lah mencari sikit barang keperluan, seluar Pj , kain pelikat. Afriena plak tetiba buat pengumuman, darjah dua boleh pergi.

Heheheh, tengok kat buku memo, takde plak cakap boleh pergi… semalam masa jumpa cikgu cikgu dia cakap Afriena boleh pergi… oh patutlah dia cakap boleh pergi. Sembang ngan cikgu dia, boleh ke cikgu dia pergi? bangun pagi pun leladang nangis, nak berak pun kena cakap, nak makan pun boleh nak nangis. Cikgu dia cakap takpe. Papa dia plak..takpe biarlah dia berdikari. Nanti kita pergi la melawat. Ashraff nampak steady tapi Afriena lah.

Excited punya pasal…dia ajak mama dia pergi beli tudung. Nak kena pakai tudung kat sana. Nampaknya kena pi Jalan TAR lah nanti. haih mesti serabut dengan orang ni.Next week tinggal bertiga je lah kiterang. sure masak pun macam malas nanti.

ipod

 

terjumpa ipod lama. Ni kira my first ipod la ni. Company kasi. Masa kerja dulu memang every end of year, kiterang akan dapat hadiah. Ada ipod, e-photo album, samsonite bag, vouchers and so on. Best kan? Ipod ni masa tahun 2006 rasanya, sbb 2005 company baru bukak kat SEA, and I was one of them yang set up the company. Masa tu penat, stress tak yah citer lah..Ipod ni takleh pakai dah kot ke kena tukar baterry…banyak lagu dalam ni. Ashraff yang banyak pakai masa kecik dulu dengan lagu nak suruh dia diam :)