Category Archives: My Notes

Pasar Tani Machang di pagi yang sejuk

Bestnya balik kampung. Walaupun sekejap tapi penuh dgn pengisian. Pengisian apa? pengisian perutlah. Ada tomyam, ada kerabu pucuk paku, ada nasi dagang, ada nasi kerabu ada nasi Mandy, adaSiput Sedur, Ada maggi Ketam… Macam mana tak penuh perut?

Tapi yang paling best balik kampung selain jumpa parents adalah kerana suhu kat kampung yang sangat sejuk. Pagi-pagi tak payah nak berangan nak mandi. Pijak lantai pun dah tak sanggup. Bukak tingkap pagi-pagi adalah tidak dibenarkan sebab sejuk sangat kat luar. Suhu kat sana ada dalam 18-19 darjah celcius. Mau tak sejuk. Nak mandi tengah hari pun terpekik-pekik dalam bilik air. Malam kipas pun tak payah bukak.  Jangan mengekuh dan saya bukan mengekuh, saja nak berkongsi kenikmatan. Bestlah sejuk macam ni, feeling kat kampung dah macam kat Cameron Highland. Kami sekeluarga sampai kampung saya pukul dah nak pukul 3 pagi. masa tu suhu 19 darjah celcius je. Wow. berasap mulut heheheh.

suhu

Dah sampai pagi, tidur kejap lepas tu breakfast nasi bungkus. Dah breakfast, baru keluar dating kejap. Dah lama tak keluar berdua,merasa lah berdating sbb Rayyan taknak ikut. Bila ajak dia keluar dia cakap takna ikut, mama go…bye bye. Nasib baik tak cakap bye bye see you tomorrow sebab dia suka cakap camtu sekarang.

Pergi pasar tani kat Machang yang memang sangat dah lamatak pergi ada lebih 10 tahun mungkin sejak sekolah dulu kot. Wow macam-macam ada. Banyak berubah. Sejak muda lagi, hati memang suka dengan Pasar tani, semua benda ada. Cari sayur, carilauk cari amcam-macam beli kuih, Masa kat Pasar Tani pun ramai pengunjung masih mengenakan baju sejuk sebab memang sejuk lah.Pergi Pasar Tani tak lama ada dalam sejam lebih je sbb nak kena cepat balik nak masak lunch and bebudak pun nak breakfast.

image

Singgit 4

image

Mata dah rambang kalau masuk sini. Tak keruan hati nak amik gambar pun lupa

image

Yang ni kena try… sedap

image

Geram nak membeli tapi mana mau letak

 

Cuma beli lauk untuk masak hari tu je. Tapi ada lauk yang menarik iaitu, siput sedut. Ni siput sungat, besar dan panjang sikit.Lupa nak amik gambar tapi memang sedaplah sebab isi dia kenyal. Mak saya buat masak lemak. Memula dia nak letak daun kaduk, takjumpa plak, Yang dia jumpa dia tak konpem tu daun kaduk ke tak, kang mabuk plak katanya…dan saya [ulak masak tomyam campur, lepas tu ada ayam goreng , sambal tempoyak, ulam….

Cabut gigi bongsu… finally

Yes betul… saya sudah berjaya pergi jumpa doktor gigi, buat appointment suruh dia cabut gigi bongsu. Alhamdulillah….. saya berjaya mengatasi ketakutan ini, Kalau nak tahu saya ni antara yang takut dengan jarum. Suruh buat injection, memanglah pikir banyak kali. Tapi saya amik nasihat doktor. Dia cakap, gigi bongsu ni memang takkan keluar. 10 tahun tahun pernah pernah xray gigi. Pun doktor pernah cakap gigi yang ni takkan keluar. Gigi ni memang tak sakit, cuma setahuan 2-3 kali dia akan sakit sebab dia mencuba untuk keluar. Doktor gigi cakap, nak simpan takpe tapi once dia rosak dalam gusi memang lagi susah sebab dia akan mereput. Itu lagi sakit.

Yes yes..I know. Saya kuatkan semangat cakap kat suami, yang saya dah bersedia nak buang gigi bongsu ni. Gila susah nak buat keputusan, maklumlah… seorang penakut jarum nak kena inject.Maka hari Sabtu pergi jumpa doktor, Ingatkan hari tulah kena buang, tapi doktor cakap tak boleh buang on the same day, dia kena book a slot untuk operate. Jadi dia beri sedikit gambaran lah apa akan jadi masa tu. Dia cakap

Saya akan kasi injection..5 injection kasi kebas

Lepas tu saya kasi potong sikit, sbb you punya gigi ada dalam sikit

So… kira boleh paham lah dia cakap. Cuma bila dia cakap potong, adakah dia akan potong gusi. Huhuhu ..saya tak nak bayangkan, biar doktor buat kerja dia.

Then seperti yang dijanjikan, hari Selasa pukul 11 jumpa doktor. Doktor belum sampai. Duduk 10 minit, dia bukak pintu… come let inject you first. Serius nak nangis tapi 2 thing make me strong. 1 Saya dah beranak normal 3 kali, 2  Last year masuk hospital kena bius wholebody for DNC dan kena drip, kena multiple blood test .. so apa lah sangat doktor gigi. Yes..yes 5 jarum kena inject so dia suruh tunggu luar dulu. Tunggu luar, saya pergi toilet sbb loya-loya sikit. Hahaha biasa kot asal bius je loya.

Lepas tu doktor panggil. Ashraff and Afriena yang teman. Sweet kan dorang teman mama dorang yang penakut ni. This is my first time cabut gigi since dah tua sbb semua gigi kekal masih lagi dalam keadaan yang baik kan. Maka dapatlah dengar segala jenis mesin…reeng sana reeng sini, ketuk sana ketuk sini, Saya rasa not more than 20 min, dah siap. Tapi punyalah rasa lama. Budak berdua tu, asal mama dorang bangun kumur-kumur.. mama let me see… buat cam ni eeee… suruh tunjuk gigi pastu gelak-gelak. Apa dah bukan nak kasi semangat. Tapi takpe itu kira cukup bagus teman mama. Sebenarnya kan, bukan 5 jarum kena inject..kena 6. Doktor tambah. Rupanya susah nak cabut gigi bongsu ni nak-nak yang naik dalam keadaan yang pelik. Masa dia cabut tak rasa pun. Tapi dapat tengoklah gigi tu. Nurse siap tanya..nak bawak balik tak gigi tu? hahaha tak naklah.

Dah siap cabut, pipi lidah semua kebas. Kena sepak kena cubit pun tak rasa. Balik rumah makan bubur nasi pun 3 sudu je sbb sakit nak telan. Malam pun bubur nasi, Kheirul siap tumbukkan ikan bilis sambil gelak-gelak. Geram je kan. Tapi hari kedua dah boleh makan nasi. Nasi putih dengan sup kangkung bayam dengan sedikit ayam. Dapat makan sikit pun kenyang dah.

So pada yang takut nak buang gigi bongsu…tak payah takut, buat je. kena banyak bertenang lah…

 

Meet My Personal Trainer

Salah satu azam tahun baru adalah…nak turunkan 3kg. Supaya ringan kaki lebih flexible untuk buat kicking. Hahaha tinggi jugak cita-cita tu utk seorang yang dah berumur 35 tahun, Yang ada slipdisc. Tapi semenjak buat workout, dah takde sakit belakng, takde lenguh kaki berjalan jauh dan yang pasti minda berasa sihat dan lebih berfikiran positif. Badan kita amanah dariNYA, jadi kena jaga dengan baik.

Jadi sekarang ni, 3 hari seminggu, selama 15-20 minit saya buat senaman ringan kat rumah. Sama ada pilates, cardio workout ataupun buat pattern taekwondo. Dan setiap ahad, selama sejam lebih plak masa dalam kelas Taekwondo bersama anak-anak. Hehehehe….. Jadi biasanya pukul 3 macam tu dah get ready . Buatlah slowly asalkan badan berpeluh. Bila berpeluh baru rasa best, rasa segar. Setiap kali bersenam, saya ditemani personal trainer yang sangat chicky, handsome tetapi garang. Kalau plank tak cukup 2 minit jgn harap nak berhenti dah lah dia buat belakang I macam bench je kan, siap ada timer. Crunch kena 30 kali sambil perut kena pijak… dia kira cukup, lompat bintang, push up, squat  his fav …. Tapi ok lah bila ada personal trainer kadang tak rasa boring, rasa lagi semangat. Cuma… my trainer ni tak memberi teladan yang baik though…

Look at him

image

Tidur dengan makanan dia..right after my workout.

Ok mum out there>>> jangan lupa workout ye.