Category Archives: My Notes

Hari-hari seterusnya di Mekah

Alhamdulillah kita bertemu lagi di alam maya. hehehe sambungan kisah di mekah. Sebenarnya selepas habis umrah pertama balik ke hotel, layan tidur lah kan sebab semua ngantuk tak ingat. Satu malam tak tido walaupun semua excited tapi bila masuk bilik lepak atas katil semua jalan…

Pukul 11 bangun mandi terus ke masjid untuk solat zuhur. Allahuakbar… perasaan yang tak tergambar.Tak tau nak cerita. ok, macam biasa janji dengan Kheirul, habis solat jumpa kat pintu 79. I,Rayyan, Afriena dgn MIL and Cik We Ye. Rayyan tak sihat so dia baring je.Solat macam biasa cuma rasa yang berlainan.  Habis solat, keluar tunggu kat luar. Panas kat luar. Silau. I jalan mata sepet-sepet cari selipar Afriena, tolak stroller. time orang. Balik hotel makan. Petang before nak pergi Asar, i perasan I baru period. Baru teringat yang I tak period. Sepatutnya 16 hb, tapi mungkin di beri peluang untuk masuk kedua-dua masjid kot.

Masa period tu rasa sangat-sangat down. Tapi bila difikirkan balik, mungkin ada hikmah dia. Ye memang betul. Masa sebelum zuhur lagi Rayyan dah tunjuk macam tak sihat. Dia termuntah atas katil. Baeeekkkk punya muntah. Dia muntah atas muka papa dia. Ni sambil tulis pun nak tergelak. Masa tu ingat dia angin kot. Tapi masa nak pi solat asar, since I period so dia lepak dalam bilik. Masa tu dia nak makan. Suap makan dua tiga mulut, dia terberak dalam seluar. adoiiii…. Mama dia dah lah jenis penggeli. Nak tak nak terpaksa lah cuci sambil merah biji mata tahan nak muntah. Mungkin itu hikmah dia. Dia nak aku jaga Rayyan kat bilik kot, kalau kay masjid ni agaknya macam mana ye nanti. Susahkan jemaah lain plak. Keadaan Rayyan pada hari -hari seterusnya, ada hari dia muntah kat dining. Ada hari dia sempat ke toilet. Itu semua berlaku semasa waktu solat. Sampailah diahari terakhir kat Mekah. Memang dia tak nak makan. Dia cuma minum air zam-zam. Kalau lapar sangat dia makan roti sikit.Tak pun bawak makan kat luar, beli pizza ke.

Itu Rayyan, Afriena and Ashraff pun sama. Afriena muntah dalam masjid tapi dia sempat tadah dengan kain sembahyang. Balik tu, Kheirul cuci lah semua. Afriena jugak ada terberak masa tidur. Terima kasih suami sebab cucikan semua tu. Dia tau bini dia akan termuntah-muntah kalau buat semua tu. Bukan mengada-ngada, tapi dari kecik lagi kalau buat benda tu semua memang termuntah lah especially bila tengok orang muntah.

Ashraff pun kena serangan yang sama. Dia muntah tepi jalan dan sempat terberak dalam seluar. Sebab dia dah besar maka dia cucilah sendiri. I pun kena muntah pagi hari ke-3 kat Mekah. Hari kedua semua muntah macam tu, mulalah I jadi CSI. Anak orang lain takde muntah relax je perut dorang cuma ada sorang lagi budak muntah and berak. Lupa nama dia tapi dia anak istimewa. Umur 7 tahun tapi badan dia sebesar budak umur 1-2 tahun.Anak Syurga. Dia jadi macam tu sebab lemas dalam perut. Dia pun kena benda sama. Memula ingat sebab tak serasi ngan makanan, tapi sebab Anak istimewa tu  tak makan, so tanya lah mak dia, ada amik air kat dining tak? Dia kata dia amik air panas kat dining buat susu anak dia. Jadi memang benarlah.. yang 3 budak ni kena muntah and cirit ni sebab air panas yang kiterang amik buat air milo dalam bilik. Jadi semenjak itu, almost everyday, kiterang beli je makanan kat luar. Beli pizza ke, Ayam goreng ke, makan kat Burger King lah atau nasi arab. Air plak, samada beli jus mangga yang lazat tak pun minum air zam-zam sepuas-puasnya. Memang tak lalu lah nak makan  kat dining I tengok pengurusan makanan tak berapa bersih. Biasalah kalau Indon and Bangla yang uruskan. Memang hari-hari ke Bin Dawood lah kiterang. Nasib baik lah hotel ni dekat dengan masjid dan supermarket. Beli stock up banyak-banyak. Roti , chips, yogurt and fruit ada je dalam  bilik. MIL dok tingkat 4 , every meal time mesti call cakap hari ni ada lauk apa lah, kadang dia amikkan buah je untuk anak menantu and cucu. Perut mengada semua ni kan.

Nak ke Bin Dawood , jenjalan dan makan

Nak ke Bin Dawood , jenjalan dan makan

Sepanjang datang bulan, dapatlah Kheirul buat umrah dengan lancar. Buat sengsorang lah while I jaga anak-anak.  Sesekali rasa down sebab takleh pergi masjid, tapi ambil yang positif je. MIL cakap takpe…setiap apa yang suami buat isteri dapat pahala. Ada jugak makcik-makcik yang sedikit annoying, cakap apasal tak makan ubat, pastu cakap ada sikit boleh mandi wajib lah. Adehhh… dorang ni tau tak bab bersuci jangan dipandang remeh. I memang tak ambil ubat sebab …..aku memang tak suka ubat. Bila kita period kat sana, jangan fikir negatif. Bak kata kawan blogger.. kita jaga anak pun dah dikira ibadat. Dah agak-agak boring dalam bilik, I balun cuci baju. Cuci baju, dalam masa dua jam dah kering. Lepas Kheirul balik bawak keluar pi jalan ke paling kurang pi ke depan hotel tepi jalan tengok-tengok barang. Keluar kena berteman lah. MIL tak kasi keluar sorang.

Walaupun tak dapat pi masjid, tapi hari-hari boleh dengar imam baca dalam solat, boleh dengar azan, boleh tengok masjid dan boleh berdiri diluar masjid. Insya Allah , satu hari nanti akan ke sana lagi sebagai tetamuNya.

Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka.

Ziarah @Mekah

Selain umrah..macam biasa dalam pakej ada program ziarah. Ada beberapa tempat yang dibawayang pada masa yang sama membawa jemaah untuk ke miqat.

Ladang Unta

Biasalah bebudak kan kalau binatang je, excited. Unta plak tu . Tapi kejap je turun sebab unta ada bau. Nak minum susu unta pun tak selera. Hahahaha.

terkejut Unta namanya..hahahah. SIL cakap jarang nampak Kheirul senyum lebar macam ni

 

menahan bau unta…pastu tengok semua dok menyakat Rayyan

Muzium Mekah

 

Pintu Masuk Muzium

Telaga zam zam lama

 

Jabal Rahmah

Gambar Family

 

Lain-lain tempat adalah Padang Arafah, Mina dan kat mana lagi dah lupa plak. Tapi ziarah setiap tempat adalah sangat istimewa bila mengenangkan peristiwa yang berlaku di setiap tempat.

 

Our Umrah

Alhamdulullah boleh update lagi . Tapi kena guna ipad sbb komputer zaman dulu ni macam sakit je. Ni mesti sebab Rayyan main off je . Dah berapa kali ajar tapi dia main tekan je. Ok lah, back to our story….. Sampai hotel check in, angkat bag masuk bilik, pergi toilet, bersihkan Rayyan, lepas tu terus ke masjid. rasanya masa tu pukul 12 kot. Subuh pukul 4 .56 kot, jadi ada lah masa siapkan umrah. Ada jugak tunggu esok, tapi ada baiknya, cepat habiskan. Takut terlanggar 13 larangan nanti.

image

Rayyan kiterang tolak naik stroller je. Hehehehe tak larat dukung dia. Berat sikecik tu. Kitarang masuk ikut pintu 79. Kat sini kena main hafal nombor pintu lah, kalau tak kang sesat sebab ramai umat, masjid besar plak tu. Sampai masjid, simpan stroller depanintu je, pak guard kata boleh letak situ, amik plastik simpan selipar. Lepas tu terus jamak maghrib dan isyak.Tahyatul masjid jangan lupa. Jarang dapat peluang gini.Jangan risau kalau pergi ngan anak anak, insya allah dorang tak meraung, tak nakal, macam Ashraff n Afriena, masuk je terus solat tahyatul masjid. Terkejut jugak, sbb dorang kan jarang ke masjid. Ini mungkin keadaan di situ, dorang tengok dan amik contoh orang kat situ.Solat jenazah pun sama. ( ini bukan nak puji anak , sekadar berkongsi)

Ramai orang

Ramai orang

Habis solat kami terus ke kawasan tawaf. Subhanallah walhamdulillah…sampai jugak kami di depan kaabah. ashraff tanya..mama ni kaabah kan? Kiblat arah kaabah kan? Ye … Hajaratul aswad kat mana, nampak macam dia dah dapat info mungkin cikgu cikgu bercerita kot. Sebelum nak tawaf, tanya MIL macam mana macam mana. So dia lead la…. MIL ngan Afriena, Rayyan ngan I and Ashraff ngan Kheirul. Kami mula tawaf, Rayyan yang mula-mula excited nak jalan, bila tengok ramai sangat orang, dia jadi takut. Dia stop after few step.Dia tak nak jalan…nangis suruh carry. Nak tak nak dukung la dia . Bahaya nak biarkan dia duduk situ. Jemaah dari turki, indo, urbekistan yang berkumpulan ni, dorang main rempuh je orang time tawaf sebab dorang tak nak berpecah kumpulan. Bahaya. Dukung je lah, dan tawaf . Alhamdulillah siap tawaf, terus ke tempat lapang buat sunat tawaf.

Lepas solat, jumpa Kheirul tepi tu, tak payah call, macam tau tau je jumpa kat situ. Keajaiban berlaku bila bila masa saja bila berada di situ. Subhanallah. Actually Kheirul tertinggal handphone kat stroller, so terpaksa dia keluar amik phone, while we waiting  kat dalam. Alhamdulillah, iphone dia ada je kat situ. Dah dapat phone , masuk dalam balik jumpa MIL kat pintu nak ke Syaie.

Tiang hijau- syaie

Tiang hijau- syaie

Terus ke Syaie. Bebudak tanya pasal Syaie, ceritalah kisah nabi Ismail dan Ibunya. cerita lah sikit-sikit.  Masa Syaie, terasa lah penat sikit nak berjalan esp MIL. dia cakap dia tak larat nak kejar Afriena. Hehehe Afriena jalan laju, Ashraff plak, dah mula rasa penat. Jadi we took turn. Buat separuh, then Kheirul sambung separuh, sbb Rayyan tido. Haih tak daya nak dukung dia. Kat situ ada air zam zam, jadi boleh melepaskan lelah, minum air, amik wuduk untuk  solat. Alhamdulillah, lagi setengah jam nak Subuh, selesai umrah. Bertahalul kat situ.

Selesai tahalul, masuk masjid balik untuk solat subuh. Masa tu penuh dah saf, kena menyelit je kat mana- mana. Dia punya rapat, masa tahyat akhir, punggung pun tak cecah lantai. Selesai solat, ramai ramai kita balik. Time ni, kena berhati hati, sebab pintu banyak tutup kata MIL sbb masjid dalam baikpulih,… Time nak keluar lah, orang main tolak je, tak kira dah laki perempuan.  Kena berhati- hati lah. Macam mana ramai orang dok tawaf, macam tu jugak time nak keluar masjid. Sampai lah ke jalan raya. Kalau kat Madinah dah rasa ramai orang berpusu- pusu kat Mekah lagi berganda-ganda orang. Tu belum time haji atau bulan puasa.

nanti sambung lagi ye… Tak best la tulis pakai ipad ni.