Category Archives: My Notes

Penyelesaian Rambut Gugur

LAtely rambut asyik gugur je. Dah letih dah try macam-macam syampu kat kedai tu .  Agaknya rambut gugur ni sebab faktor umur kot. Entahlah… Tapi I teringat balik apa yang PAed cakap masa Afriena ada masalah rambut gugur hari tu. Doktor cakap, masalah berkaitan rambut gugur ni sebab kurang zat dalam badan, masalah hormon dan kandungan kimia dalam shampoo. Paed tu cakap…. shampoo yang jual kat kedai banyak kandungan kimia. Dia kata kalau tak caya cuba buat cuci toilet. Memang bersih toilet, Betul cakap doktor ni. Kurang zat dalam badan penyelesaian dia..makan lah makanan seimbang. Amik supplement… ok yang ni dah settle. Masalah hormon… kena lah kawal hormon sendiri.  Masalah shampoo… I cari shampoo organik.

Dulu kalau pakai shampoo biasa, Bila cuci rambut, rambut gugur ada dalam 20 helai kot. Banyak. Kalau berteruan macam boleh botak . So I decided to use this shampoo selepas baca banyak review yang meneyedapkan hati. Beli online je. Harga boleh tahan lah. I guna selang 2 hari kecuali kalau hari-hari yang aktif macam baru lepas training ke, joggingke…tengok lah. Hasil dia..Alhamdulillah berkesan. Sekarang kalau cuci rambut, helaian rambut yang gugur dah kurang. Paling banyak 5 helai je. Tu pun rambut yang halus-halus je.  Bau shampoo ni ada macam halia sikit, pastu rasa berangin sikit kepala. Shampoo dia pekat, guna sikit pun dah berbuih. I tak guna conditioner pun… Sebab tak suka. Tapi bila rambut kering, I sapu rambut dengan minyak zam-zam ni. NI beli untuk Afriena dulu sebab rambut dia gugur kan, so kiterang kongsi je la.  amik sikit je then sapu kat rambut. Bau dia pun wangi je.  TEringat dulu masa duduk dengan my Mak Long, Dia selalu sapu kat rambut I sambil dia bebel…kita perempuan kena jaga rambut ni, makan jangan makan merepek..bla bla.. And my mak pulak dia dulu sapu minyak rambut cap Madubala. Dia dalam botol kaler hijau. Yang tu bau boleh pening. Tapi bagus untuk hitamkan rambut.

 

image

MInyak rambut yang sangat legend

So sapa -sapa yang ada masalah ni…boleh lah cuba kot mana tau menjadi. Rambut gugur ni meresahkan hati jugak sbb takut botak kan…

Sabtu , AM to PM

Memang penat hari  Sabtu hari tu. From AM to PM.

AM

bermula dari pukul 5  lagi sebab nak kena masak macn’ cheese untuk potluck sekolah. Ashraff n Afriena cakap kena bawak jugak untuk kawan-kawan.  Hari tu ada ihtifal. Pukul 5 dah mula bersilat kat dapur. bangun masak potluck, cuci baju, sidai baju, buat apa yang patut, kejut bebudak, kemas sikit-sikit, 7.30 dah keluar rumah. Nasib baik buat kat Dewan dekat ngan sekolah. Dah sampai sekolah ambil nombor giliran lepas tu duduk. Tunggu VIP datang , ucapan alu-aluan then  kita layanlah persembahan anak-anak tahfiz.

image

persembahan koir… baru nak start tengah masuk baris

Ashraff masuk persembahan pembukaan, nyanyi lagu Asma ul husna, lagu jihad Al Amal, and Negaraku. Peghhh semangat betul dorang nyanyi. Afriena masuk Koir Madagascar. Lepas tu ada lagi persembahan hebat, persembahan dari persatuan seni silat, persembahan tahfiz , bacaaan ayat suci Alquran bertarannum. Hebat-hebat anak-anak tahfiz ni.  Lama lah jugak persembahan nya sebab sekolah ni ada tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Bawah satu bumbung.

image

Ashraff dapat Hadiah… Itu Datin pengetua sekolah

Selang seli dengan majlis penyampaian hadiah. Alhamdulillah dua-dua naik pentas tahun ni. Afriena dapat nombor 3 dalam kelas… dia sebenarnya boleh dapat nombor satu kalau Bahasa Melayu dia hebat seperti Bahasa Inggeris yang selalu dapat A. Kalau dapat B tu dah kira bagus tapi seingat I tak pernah kot. Bahasa Arab dia lagi bagus dari Bahasa Melayu. Takpe boleh usaha lagi. Bukan sijil atau A yang dicari, tapi ilmu. Itu pesanan Datuk YB penaung  sekolah.

Ashraff plak, dia dapat Penghafaz terbaik peringkat halaqah.  Dapat nombor 3. Tersenyum-senyum dia dari jauh pandang kat mama dia. Syabbas bēṭā… Tak sangka dia boleh. Hafazan dorang bukan setakat hafaz lisan, dorang kena tulis. Semoga anak-anak dapat ilmu yang berkat.. Ameen

image

Dah habis majlis terus berterabur…

PM

Lepas Ihtifal…bergerak ke rumah SIL aka kakak Kheirul. Dia baru pindah. Bebudak ni suka lah. turun naik rumah sbb rumah 2 tingkat. SIL plak melayan, suruh mandi lah, makan kek lah.. makan buah lah… lepas tu lunch. Lunch yang sedap lauk banyak sebab MIL masak banyak.  Lama jugak lepak sampai ke tea time lah sbb tunggu BIL plak sampai. Semua adik beradik ada kat situ.

image

sebab baru pindah maka kena guna cofee table untuk makan. Ada ta miu, ikan goreng, rendang dan ayam kicap serta sambal. Masakan biasa yang di masak dengan penuh kasih sayang

Tea time – ada butir nako. Sedap

Pukul 6 lebih gitu, kiterang ke  hospital plak. Hospital  Columbia kat Bukit rimau, sebab my SIL aka wife kepada  my brother  masuk spital. Dah masuk 6 hari dah, baru berkesempatan boleh gi tengok sbb hari budak sekolah, pastu budak baru baik demam, tu yang tak pergi hospital. My SIL kena dengg and at a same time dia  kena buang apendiks. Sedang elok, pergi melawat, pastu dia dapat keluar spital dah.

Sampai pukul 8 lah kat situ… pastu baru balik rumah. Tapi still kena singggah tapau sebab Rayyan kata lapar. Ayat dia bunyi macam ni

Mama…Rayyan lapar lagi

Tak makan pun

Pastu buat muka penuh simpati. Nampak tak pendekatan dia, mintak simpati? I rasa dia baru makan goreng pisang and kerepok lekor masa nak ke hospital. Kat rumah SIL makan nasi, kek pastu pisang satu sikat 3 beradik ni habiskan. So singgah beli makanan terus balik rumah makan kat rumah. Fuhhh letih sungguh dahlah esok ada kelas Taekwondo.

Alhamdulillah….larat lagi ke kelas

Syukur Ya Allah…

Let’s Plank

Entry ni adalah untuk pecinta senaman. Sapa suka bersenam boleh buat. Nowadays, kat rumah almost everyday buat plank. Walaupoun sekarang ni mode: Malas begitu berleluasa. Malas untuk bersenam. Tapi  I paksa jugak diri. Kang nanti semput time Taekwondo. Target untuk Black Belt next year. Insya Allah semoga dipermudahkanNYA.  Memang terasa diri ni dah tua untuk semua ni, tapi tak mustahilkan untuk mencapai cita-cita kan? Usaha lebih penting

Ok sapa suka plank? Kalau suka boleh lah buat. Tengok Rayyan, dia memang suka plank. Seminit  dia boleh tahan. Kekadang bila I buat plank, dia pun buat sama, nasib tak berapa baik, dia plank atas mama dia yang tengah planking.

steady je dia buat…anyone yang berani? ceh ceh ceh…tau tak dia set masa sejam? baru habis seminit terus lembik cakap penat

Bulan depan..nak start dengan Plank Challenge… you all pun patut cuba

Actually Plank ni kira senaman kegemaran lah. Sebab I boleh buat bila-bila masa dan dimana…tapi takdelah nak buat kat shopping mall. Kalau kat Dojang ke, kat rumah depan TV…I buat je. Lagi satu … Squat pun best. Bulan depan kena buat dengan lebih serius. Pilates kena sambung balik… Insya Allah.