Category Archives: My Notes

Grading hari tu…..

ok…8 haribulan 2… hari tu ada grading.  Grading taekwondo. hahahah bz betul weekend tu. Sabtu pagi pergi training  sbb nak prepare untuk grading next day, lepas tu ahad ada grading dan petang tu another training plak. Hahahha walaubagaimanapun …berat masih ditahap yang sama gitu. Takpelah ..yang penting sentiasa sihat dan bersyukur dengan nikmat yang ada.

Ok … hari ahad menjelma. Pagi-pagi lepas subuh tu, lepak-lepak atas katil amik mood dulu. Ha amik mood 2 kali masuk toilet. That’s always happen if I’m nervous. Bila pikir balik kenapa nak nervous kan? Tapi sebenarnya nervous lah sebab nak melompat-lompat pekik-pekik depan orang ramai. Ramai gaklah sbb masing-masing datang dengan parents kan.

So the test began with gred 10.9,8 and so on…

Time Ashraff dan Afriena…, Alhamdulillah dorang dah nampak lebih confident . Dulu malu-malu takut-takut… perkara-perkara yang baik tentang seni mempertahankan diri adalah.bina keyakinan diri, lebih berdisiplin, lebih berani. Berani bukan bermaksud jadi gangster,

Lepas tu ada sparring . Muka Ashraff ada lebam sikit sebab kena sepak kat muka. Takpe sikit je dia pun kata tak sakit pun. Biasalah lah kalau sparring , takde lebam tak sah. Lebih-lebih lagi bebudak…nak control kaki tu kurang lagi.

tengah buat pattern

tengah buat pattern – ala tak nampak Afriena

image

ala tak nampak Afriena lagi

Habis semua gred, now turn gred 2…ada 4 orang. Ngan bebudak lah I join. Alhamdulillah semua passed. Cuma kurang berpuas hati dengan pattern. Sebab First task kena buat kicking technique , penat dalam nervous yang buat kaki gigil. Nak buat pattern, … macam rasa lost je. Habis pattern kena buat one step sparring pastu self defence  , free sparring dan power test. Hahhhh semua lepas. Puas hati lah….

tengah buat jumping back hook..mencabar sungguh buat benda ni kalau badan berat. A day before sakit belakang, but after buat macam ni, terus hilang...hahaha no more massage needed

tengah buat jumping back hook..mencabar sungguh buat benda ni kalau badan berat. A day before sakit belakang, but after buat macam ni, terus hilang…hahaha no more massage needed – photo , credited to Nancy Binak

Buat Power test… ada dua kena pecahkan… satu kicking technique, satu lagi guna siku…video ni Ashraff yang amik…

Alhamdulillah semua lepas and now kena lebih practice semua pattern. Nak buat something mesti buat bersungguh…biar nampak kemas and cantik.

Too bad, on that day Kheirul tak datang… and because of that…I demand him to sponsor me ….”Sudikah kiranya..wahai suami ku..masa amik black belt nanti, tolonglah bayarkan  yuran exam dan belanja sepasang dobok utk black belt?” At first dia nak pi, dia kata tunggu sat, tapi we couldn’t wait sbb grading start pukul 9, kiterang nak cepat sebab nak beli breakfast dulu pastu nak warm up dulu. So dia kata  nanti dia pi ngan motor…padahal dia tido baik kat rumah… not fair ok ….Apa-apa pun tq sbb belanja kasut, tapi masih lagi kena sponsor for next grading….. tau

ANW, apa yang I kongsi ni bukan lah nak menunjuk atau bangga diri, kerana apa yang ada  ni semua hak milikNya, yang dipinjamkan. Cuma nak berkongsi inspirasi ngan anak-anak dan kawan-kawan blogger je…

TQ husband sbb tunjuk ajar few techniques masa kat rumah, your support and trust dan TQ Instructors for your tunjuk ajar ye…TQ kids for having fun with me :)

Stretch! Stretch! Stretch!

Inilah yang dok buat setiap hari supaya kaki jadi macam plasticman gitu.  Senaman regangan yang paling best dan sesuai utk semua.  Buat macam ni hilang sakit urat semua.

CUba tengok model di bawah buat

butterfly strech

butterfly stretch

haaa yag ni sapa boleh buat 180 darjah memang hebat dan bagus....

Straddle – haaa yag ni sapa boleh buat 180 darjah memang hebat dan bagus….

Ada lagi banyak cara regangan. I suka follow blogilates buat. Dia ajar cara nak buat split slowly tanpa rasa sakit.

9 steps towards getting your side splits. Here’s what they are:

1. Leg Kicks – dynamic warm up to get your hammies loosened and blood flowing

2. Jumping Jacks – get your muscles warm

3. Long Lunge – make sure to do both sides for the rest of the stretches!

4. Hip Flexor Stretch

5. Leaning Hamstring Stretch

6. Pigeon

7. Straddle

8. Pipe

9. Lying Hamstring Stretch

tengok je blog dia…http://www.blogilates.com. Inspiring !

Hari yang dapat pi dating

Isnin anak-anak semua sekolah. Inilah masa yang sesuai untuk pergi dating. Bila tanya Kheirul, mana kita nak pergi 2-3 jam untuk dating ye bang? Dia cakap kita pergi pasar cari lauk. Huhuhu sangatlah romantik ye. Pergi dating kat pasar. Walaupun cuti tapi banyak kerja kena buat. Mula dari hantar 3 anak pergi ke sekolah, lepas pergi bank buat bayar itu ini,lepas tu pergi sarapan. Hahahaha sarapan paling best lah sbb dapat makan kat kedai mamak tanpa kebisingan anak-anak yang berebut menu lah, berebut tempat duduk lah. Tapi dorang takde sunyi lah pulak. Tak dapat lah nak tukar tukar rasa makanan.

Menarik jugak menu sarapan kat maulana daun pisang ni. macam authentic indian cuisine je. Kiterang order idli vadai tapi vadai habis so makan idli je dengan sambar, lepas tu ada roti sardin dan poori set.  Share makan berdua. Sedap gak makan sarapan sini, bole lah bawak bebudak nanti. Air plak teh halia untuk Kheirul, I plak minum susu badam sbb nak try benda yang pelik. Menu pelik tapi sedap rasa dia. Rasa lemak manis pastu ada safron dalam tu. Kheirul tak suka tapi I sangat suka.Mamak tu siap tanya…kaka sedap tak itu susu badam? 2 kali dia tanya, masa hantar dari jauh tanya sedap ke tak? masa bayar pun tanya lagi… hahahah

idli set

idli set suka rasa dia masam-masam cicah kuah tuh

image

poori set, poori ni kalau buat kat rumah , bebudaklah paling suka makan. Yang ni makan dengan aloo gobi sedap

Susu badam... patut cuba sebab sedap.

Susu badam… patut cuba sebab sedap.

lepas sarapan, barulah ke pasar. mula-mula singgah Sri ternak sebab nak beli few things then baru pergi pasar borong. HArga ikan sangatlah mengarut…hish bebenor. Paling suka kalau ke pasar, duduk kat gerai sayur. Tak tau kenapa suka sangat dengan satur-sayur. ALangkah besntnya kalau ada kebun sayur sendiri, hari-hari dapat makan sayur fresh. Habis urusan di pasar bergegas balik ke rumah sbb nak kena amik Rayyan dari tadika dia. dia kalau lambat ah… hahah memang merajuk pun lambat mmg merajuk pun sbb lambat . Siap suruh carry dia dari sekolah ke rumah. nasin naik sekolah dekat je.