Category Archives: My Notes

RM50 baru

Setelah sekian lama baru ler hari ni dapat duit RM50 yang baru. Pada mulanya terkejut gaks masa keluarkan duit kat ATM machine tu pasal dapat duit lain drp biasa… setelah dibelek-belek daru tahu RM50 baru… mana taknye… nampak semacam jer….

rm50

Dari segi design, saya memang suka dengan pokok kelapa sawit dan gambar Tunku Abd Rahman kat sebelah belakang duit RM50 yang baru ni memang nampak cun……

Oleh kerana duit RM50 baru dah keluar, so saya pon simpan lah sekeping note RM50 yang lama sebagai koleksi duit lama…..

yang ditunggu telah kunjung tiba

Setiap kali lepas kerja… dalam pukul 6pm, baru turun bawah. menunggu seseorang.Sapa lagi kalau bukan suamiku yang tersayang.Kiterang, ulang -alik kerja naik motor.

skuter

So selalu dalam 10 minute menunggu tu , I gunakan dengan dok perhati orang-orang yang baru balik kerja or balik shopping.

I baru sedar, punyalah ramai pempuan yang merokok sekarang. Pelik tapi benar. tak takut ke dengan kanser or penyakit lain??

Abu Albab

Tengoklah rupa Abu sekarang. dah sembilan bulan. Dah gemuk sikit and more active. sampaii dipanggil nama budak nakal,budak gemuk and paling best nama Abu Albab. Kenapa Abu Albab? sebab pantang orang bukak pintu mesti sebok. nak dijadikan citer hari tu punya la cari dia kat mana, ingat hilang rupanye terkunci dalam toilet. Apa la Abu tu la kepoci sangat. panik semua orang ingat dah hilang.

abucat

Ha, yang kat bawah plak, sekarang tugas kasi makan Abu telah diamanahkan kat Ashraff while Afriena tolong pas mangkuk. Oklah, one of the purpose to have cat is to get everybody to be responsible and offcourse teamwork. fuh cakap macam kat opis plak.

abufood