Category Archives: My Notes

Bye bye 2009, welcome 2010

new2010

Besok dah nak masuk 2010. cepatnye masa berlalu. bertambah lagi setahun umur kita kan. Yang paling merisaukan, dah cukupke amalan kita? Next year 2010, bertambah lagi sorang ahli keluarga. Alhamdulillah. Rezeki.Tak sabar rasanya. Sikembar yang lahir tahun lain aka Ashraff and Afriena pun dah besar cuma bertambah nakal. Penat tau. hari hari nak kena marah. Kalau dah melampau kenakalan tuh ada gak lah kena pukul sesikit.

Tahun 2009, kami sekeluarga banyak travel samada dalam atau luar negeri. Tahun 2009 lah jugak saya disahkan pregnant, tahun 2009 gaklah dapat bela sekor kucing.Tahun 2009 jugaklah I mendecidekan diri untuk jadi surirumah tangga.Satu keputusan yang berat bila memikirkan gaji bulanan yang lumayan. Tapi agak berpuas hati bila dapat spend whole time with kids and off course husband.

Tahun 2010??? Resolution??? hihi.. Saya ingin menjadi seorang ibu yang baik, isteri yang solehah,anak yang baik bla bla….Dan my doa for 2010, semoga kami sekeluarga sentiasa dirahmati, dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat sejahtera.

January 2010, ada 2-3 plan nak dibuat insya’ allah….

Untuk semua kengkawan, Selamat menyambut tahun baru… look for better and healthy life.Jadilah orang yang berguna demi agama,bangsa dan negara.

Sekian.

Selamat tahun baru…

Majlis Berkhatan Haiqal dan Haqeem.

Potong!!!… Potong potong poooooottttooonnggg…!!! Potong sajer lah…!!!

Hah tu dia majlis berkhatan dua orang anak saudara kami yang hensem nih Amirul Haiqal & Amirul Haqeem.

hh3hh2

Hensem tuh.. macam pahlawan melayu….

Biasalahkan.. musim cuti sekolah yang panjang ni dipenuhi dengan bermacam-macam jenis majlis… ada majlis nikah kawin dan yang paling famous adalah majlis berkhatan…Kalau dulu-dulu, berkhatan juga dinamakan sebagai berjawi… bersunat…. potong dan sebagainya. Namum apa juga perkataannya.. berkhatan berasal dari perkataan Arab ‘Khittan’ yang membawa maksud ‘potong’.

hh4

Sedikit info tentang berkhatan:

Berkhatan nih adalah satu tuntutan yang sangat dititikberatkan oleh budaya Melayu dan yang paling utama dituntut oleh Agama Islam. Berkhataan adalah wajib bagi setiap umat Islam lelaki dan perempuan namun ada sesetengah ulama’ berkhilaf, berkhatan untuk perempuan adalah sunat.

Pada pendapat yang muktamad disisi mazhab Syafi’e, Berkhitan bagi anak perempuan adalah wajib sebagaimana diwajibkan ke atas kanak-kanak lelaki. Meninggalkan yang wajib maka hukumnya adalah haram.

*Rujukan Kitab Fatwa Syeikhul Azhar As-Syarif juzuk 1 m.s. 50-53

Berkhatan adalah sebaik-baiknya sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah semasa umurnya mencapai 7 tahun, ia itu umur apabila mereka perlu dinasihatkan untuk bersolat dimana sekiranya tidak berkhatan, najis masih lagi terlekat didalam kulit pada hujung kepala zakar dan solat tidak sah sekiranya tidak suci dari najis. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apabila seseorang mencapai umur akil baligh.

Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang ‘foreskin’ , kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara.

Untuk kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian kecil di ‘daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing’ (yakni klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak mencacatkan.

Bagi masyarakat Melayu, kebiasaannya berkhatan bagi lelaki dilakukan semasa peringkat umur mumayiz dan bagi perempuan semasa bayi dilahirkan.

hh5

Majlis berkhatan ini juga diselitkan dengan upacara berzanji oleh kaum ibu dan disusuli pula dengan majlis tahlil dan doa selamat oleh kaum bapa pula selepas itu.

hh7

Upacara menepung tawar kedua-dua beradik nih…… dah naik pelamin tu lepas berkhatan ni sudah kira selamat menempuh alam dewasa….

hh6

Selepas semua upacara selesai.. masa yang paling ditunggu-tunggu… makan time… menu sungguh menyelerakan… saya makan sampai tiga round tuh.. sedap betul.. nak nak masakan kambing special tu… apa nama masakan tu pon tak tahu.. janji belasah jer….

hh1

Hah yang ni plak masa untuk bersalam-salaman kepada para tetamu… raser-rasernye penuh semua poket yang ada pada baju melayu dua beradik nih.. senyummm lebar nampak…

Last sekali, kepada Haiqal dan Haqeem.. pesanan dari Ayah Chik sekeluarga, selamat menempuh alam dewasa dan jangan tinggal solat, mengaji Al-Quran sampai khatam dan jadilah anak yang soleh supaya disayangi oleh keluarga dan diberkati oleh Allah SWT……..

ps: Terima Kasih kepada Pak Cik Zainal untuk gambar-gambar diatas… saya songlap dari Facebook pakcik…

Anak sepupu….

singaporetrip042

Saja jer.. letak gambar si Ariqa. ni my cousin nye daughter. Punyalahh active. kalau bukak chanel Playhouse disney tersengih-sengih dia.

Actually , Afriena yang suka tengok gambar nih. Dia berkenan ngan walker. Maklumlah dorang tak pernah tengok walker.Yang sikecik ni plak suka na kejar Afriena especially kalau tengok Afriena pegang roti.

Macam manalah bila baby keluar nanti.. adakah riuh rendah rumahku???