Category Archives: My Notes

Terlepas kat Shopping Complex

Hari nih terlepas kejap kat shopping complex…. Boring dok kat rumah dan lampu amaran supply barang makanan pon dah bernyala. Sebelom pergi beli barang-barang… kita orang pi pekener Carls Jr. kejap…. kalu orang kampung tahu nih.. sure kene bebel pasal kasi orang berpantang makan fast food….. Tapi ada alasan baaaaaaiiikk punye untuk Yatie… tengok ler sandwich yang dimakan…. penuh dengan khasiat… dengan high fibre bread + white meat chicken with bbq  sauce dengan sayur segar memang sungguh berkhasiat dan berzat…. heheh “alasan aja tu”

Charbroil BBQ Chicken

Apa yang syoknye kat Carls Jr nih…. burger kids menu dia pon besor gedabak.. biasanya bebudak dua orang nih boleh habis kalu makan cheese burger tapi burger Carl’s Jr nih diorang surrender… hehehhehehe

Untuk saya… saya makan Superstar burger.. memang syok abis kalu pekener bersama dengan Ice Lemon Tea…….

Dapat Tangkap Orang Tidak Beratika Mencuri Gambar Di Facebook

Angin satu badan bila tengok orang lain curi gambar kita dan letak kat facebook. Kalau ambil gambar dan mintak izin takper la gaks… ni bukan setakat curik… dia siap buang watermark tu….

Hampeh.. kepada sesapa yang tidak beratika macam budak dogol nih… mari kita ajar dia skit… dogol macam nih lah yang merosakkan industri blogging di Malaysia  ni…

(click gambor)

Ini bukan kalu pertama dogol nih mencuri.. bahkan dah berkali-kali….. saya peratikan dogol

LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE

di facebook nih selalu MENCURI gambar…….

Kepada tuan punye page Lauk Pauk/Kuih Muih Kelate tuh.. tolong mintak maaf secara rasmi…. sebelum kami mengambil tindakan keatas anda….

Ini gambar asalnya

UPDATE TERKINI : 23 April 2010

Page Laksa Kelantan itu sudah dipadamkan

Happy 1st Month

Happy first month to Rayyan. Cepat betul masa berlalu. Dah sebulan Rayyan bersama. As of now, Semua orang dalam rumah ni still dalam proses berkenalan dengan Rayyan dan juga proses menyesuaikan diri dan masa.

I pulak dah sebulan berpantang. Baru buat kerja sikit-sikit yang ringan-ringan.Contoh macam masak sup and masak nasi , lipat baju baby or lap meja. Lain kerja orang lain buat. Thank you kepada suami yang banyak tolong. For those guy yang kat luar tuh, kalau bini hangpa bersalin jangan dok sebuk nak hantar balik kampung, cubalah you all jaga dorang sendiri. Cuba bayangkan kalau you all sakit, bini hantar balik kampung???? Not funny having husband yang masak for wife, tolong cuci baju semua tau. I cakap ni sebab ada orang yang gelakkan my husband yang banyak membantu.

Anyway, this is Rayyan latest pic. Muka betul-betul photocopy from Kheirul kan??? And my latest pic? Nanti ye, lagi 2 minggu kot or nanti bila I outing ke apa.