Category Archives: My Notes

Kalau nak beli belacan

Ni citer hari ahad. Lepas kenduri kahwin kat Serkam, kiterang balik bukit katil dulu. Lepak-lepak ngan sedara mara, bersembang and gossip yang pempuan lah. Yang laki tak kira bapak budak ke , budak ke, main PS2.

Lepak dalam 2 jam gitu, pas mandi all that, barulah berangkat balik.Tapi sebelum balik sempat plak singgah beli tudung saji kat Pusat Kraf Telekom. Beside tudung saji, I beli inang-inang and dodol sebab bebudak suka.

Ha I beli tudung saji yang depan tu color hijau sikit. Ada color pink tapi nanti tak match ngan deco rumah yang color tak berapa color. Banyak lagi dia jual ada belacan, cencaluk, kuih -muih…

Pas beli barang terus balik kononnya tapi tersinggah kat Bagan Lalang. Citer BAgan Lalang nanti ek keluar sebab baby dah bangun.

ANW, I suka pergi Melaka sebab best, paling geram all the way kat tepi jalan nak pergi serkam punyalah banyak orang jual kupang. pakkal lah I tengah pantang lagi kan… takpe next month nak pi melaka lagi borong habisan. Nanti boleh share resepi.

Selamat Pengantin Baru

Last Saturday, whole family from Kelantan and Sngapore berkumpul kat Melaka. What a big day and off course tired kan.Actually, My 5th brother kahwin. Langkah bendul gak la… 4th sister and 3rd brother belum kahwin lagi. Tapi tak kisahlah kan . Yang baik dicepatkan.

Just nak share gambar yang di ambil pakai my cokia camera.

member tengah nervous sbb tok kadi aka atuk macam garang…

Alhamdulillah sekali lafaz jer

My Adik ipar

One of the family pics

alhamdulillah, majlis berjalan lancar dalam suasana yang sederhana.. waitin more pics from my cousin

Selamat Pengantin Baru Bro!

Kenapa saya tulis blog

Kenapa saya tulis blog?

Saya menulis blog kerana:

  • Bloglah tempat saya membuat catatan mengenai anak-anak saya
  • saya boleh berkongsi resepi masakan saya dengan orang lain
  • dapat berkongsi idea tentang hobi saya yang suka menjahit
  • saya dapat ramai kawan tak kira dalam Malaysia atau luar Malaysia
  • berkongsi tempat-tempat menarik yang saya pergi yang tak berapa banyak
  • berkongsi tentang tempat makan yang menarik
  • dan blog antara perkara yang saya dapat lakukan saya berkongsi dengan suami

p/s: nampak sangat macam takde idea nak buat posting. I tengah sakit belakang. Mungkin kena pergi buat check up lagi or kena buat phisiotherapy lagi kot. Apa-apa pun kena tunggu lepas 100 hari