Category Archives: My Notes

Jalan-jalan ke KL Tower

image

kalau baring baru realll nampak kot

Hari Ahad hari tu…macam sunyi rumah. Ashraff n Afriena takde kat rumah, dorang camping hari. Tanpa di duga my cousin WA, cakap nak pergi KL Tower. Haaaa petang tu  pergi survey tempat dulu. Maklm lah tak pernah pergi sana untuk jenjalan kan. Rasanya macam  1 ke 2 kali pi makan kat atas tu. tu pun 10 tahun dulu. Tu kira macam naik teksi, sampai depan tu terus naik. Takde nak pusing-pusing amik gambar ke apa. Zaman  tu takde phone canggih bagai.

So lepas habis survey balik rumah lepak-lepak lepas maghrib baru kelar pi amik dorang kat hotel. dorang ni ni dari Singapore. datang shopping untuk kedai sempena nak raya ni.  Banyak tu shopping tu. Tergelak dorang bila I cakap kiterang tak pernah pi sana…hahahaha percayalah!!!!

image

Suami sepupu cakap… cepatlah… menggigil kaki tahan nak amik gambar…hahahaha

Rayyan rasa  pelik jap. Dia cakap panjang nye, sambil bukak tangan dia… Bukan panjang lah, tigginya…

image

gambar pengantin dengan anak lelaki yang sangat comel an banyak pot pet.. dia suruh cepat sbb dia lapar nak makan

Dia balas balik ala kenapa tinggi???? Gitulah gaya perbahasan dengan Rayyan

Setengah jam je kat situ amik-amik gambar pastu pi makan. Baru ku tau kat situ ada mini zoo…hehehehe. Tapi mahal macam nak masuk Zoo Negara. Sepatutlah kan pihak KL Tower set harga macam ni, untuk warganegara dengan My Kad, harga 30-50 peratus diskaun, manakala pelancong harga penuh. Sepatutnya untuk semua  tempatlah termasuk jugak dengan pengangkutan awam. Kalau kat setengah negara warganegara dapat 50% murah atau free…  ke dah ada kat potongan harga untuk warganegara.. Sebab Kheirul naik LRT dia kata takde :(

Correct me if I’m  wrong.

Rempah 4 sekawan

Hi you all…

You all kenal tak rempah 4 sekawan? Rupanya adalah yang tak kenal … haa tu lah mak suruh tolong masak kau tak nak kan!!! Sabtu lepas kiterang pi buat grocery Shop kat Subang (no longer buat online Shopp ngan T35c0 sbb selalu dapat benda yang tak puas hati. telur pecah, sabun pecah, salah barang… penat dah nak komplen. Patutnya maintain lah quality service.. ni order pukul 12, pukul 6 baru sampai. Telur yang pecah pun dah macam scramble egg. Bayangkan telur 30 biji… ada 9 biji dah jai scramble egg, lepas banyak yang retak. So buat masa ni better pi AEON BIG dulu… at least ada gak alasan untuk cuci mata.

Nak jadi cerita, hari tu , masa kat Spice Corner, ada satu group teenagers tengah mencari spice. Dorang ada least lah apa barang nak beli. I kalau kat spice corner memang lama sikit sebab suka kat kawasn tu. Spice and herbs are amazing for my thought! hahaha gitu… suka dok situ tengok n baca.  Actually satu family lah suka dok situ pastu ada yang tanya ni apa , tu apa padahal ada je tulis kat situ kan. Tapi yang kelakar group ni, dok bising cari rempah 4 sekawan.. satu satu dia baca tapi tak jumpa mana satu. Pastu ada member yang cakap kau google kejap lah macam mana rupa dia, pastu ada lagi call rumah tanya… Tapi ada sorang yang cerdik… tanyanye akak tu… Nak tergelak aku budak bujang ni tak kenal rempah 4 sekawan.

I baru amik benda tu, sebab kat rumah dah habis. Ni benda mesti ada . Nak masak sup, kari, ayam masak merah, masak kicap, semua lah I guna.

tiba-tiba

“kak… tumpang tanya, rempah 4 sekawan macam mana?”

I pun senyum..sebenarnya nak tergelak..

” Rempah 4 sekawan yang ni lah” sambil tunjuk paket yang I ambil tu… Dia kena ada kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.

Ohhhh yang ni… terima kasih kak

bagus bebudak ni…muda-muda dah pandai masak

Pastu Kheirul datang…

Kheirul: dorang nak apa?

Yatie : Dorang tanya rempah 4 sekawan tu apa

Kheirul: ohhh… tak tau ke?

Yatie : Takkkk…siap nak google bagai

Kheirul: iye???hahahaha…rrr rempah 4 sekawan tu apa????

Inilah rupa dia

buah pelaga, kayu manis, bunga laang dan bunga cengkih

buah pelaga, kayu manis, bunga laang dan bunga cengkih 

Gambar ni saya ambil dari blog http://i-dzhulqarnain.blogspot.com/2015/03/mari-buat-rempah-sendiri.html 

menarik plak kat blog tu ada pengkongsian untuk buat rempah -rempah seperti kari ikan, kari daging, kurma dan banyak lagi…

 

Kenduri! kenduri!

Sabtu lepas adalah hari kenduri. Ada dua kenduri kena pi.  Pukul 9  semua dah suruh mandi-mandi siap siap. Boys senang lah cepat je kan siap. Yang girls yang lambat biasalah.. Dua kenduri ni ni adalah kenduri sepupu Kheirul. Satu kat Putrajaya, satu  lagi kat Raub. Yang Putrajaya nama dia Ekin. Sepupu Kheirul sebelah MIL. Yang kat Raub Kheirul cakap anak sepupu belah Abah. Dia  kata dia tak baper kenal. Peliks betul… I kan sepupu, anak sepupu ,mak sepupu semua kenal tau. Yang Putrajaya , pukul 12 kiterang dah sampai. Pengantin belum ada lagi so no gambar. Masa sampai tu pun was – was betul ke kenduri kat sini. Nak senduk nasi pun boleh tanya lagi… bang betul kenduri Ekin ni hahahaha… Tengah makan baru nampak mak sedara dia yang kami panggil ” Mama” datang. dah habis makan, terus ke Raub plak, konvoi ngan BIL family. Ke Raub berbaju kurung tau, berkasut tinggi… huhuhuh bayangkan keayuan dan kerimasan bergabung tenaga. I am no so baju kurung girl lah. Afriena pun sama… mama panas lah… I cakap bukak tudung nanti masa dok dalam kereta. Rayyan lagi best , tak pakai baju terus… dok kat belakang sambil nyanyi lagu cina.

image

kalau tengok lauk ni.. memang lapar je perut

Pukul 2 baru sampai Raub. Perut dah keriuk keriuk lapar…. tadi makan sikit je… nasi setengah senduk. Sampai je salam-salam, cari tempat duduk  dorang amik nasi. Bebudak ni bukan suka sangat kalau panas-panas… merengek lah.. Afriena n Rayyan. Rayyan memang tak berbaju lah…selamba je dia. Orang tegur dia, dia buat dekkkk jer.. Lauk kenduri kat Raub sangat marvelous . Nasi putih, lauk rendang, gulai kambing , gulai asam rong,  labu masak tempoyak, sambal hitam and acar. I loveeeeeeeeeeee masakan kampung kalau masa kenduri. Kalau kat kelantan kenduri mesti ada gulai kawah, kalau kat pahang mesti ada sambal hitam, gulai tempoyak.. this is what we looking for. Cook with love . Masak beramai-ramai.. bawak aura yang bagus…sebab masa masak-masak lah akan ada gurau senda, ikhlas tu wujud kan…

Ok meh layan gambar

image

gambar tuan rumah… tengok Rayyan tuh… adehhh

image

Rayyan tengah marah… dia nak masuk kereta.. Itu my SILs

image

Haaa inilah pengantin nya. DJ kata dorang ni jumpa jodoh sbb MH370. Sebab pengantin perempuan  (anak sepupu Kheirul kot) adalah pakar psikologi. Dia kat sana untuk menenangkan family mangsa. Kebetulan pengantin laki kat sana ada kerja… haaa gitulah.. Special kan?

Ok lepas, tu kiterang pun balik ke KL. Tapi sempat singgah makan ais krim dan beli durian.

image

Durian Udang Merah. Masa beli kat Serdang haritu rasa durian dah tak fresh. Yang ni rasa fresh. Manis , lemak cukup… Murah sikit lah kat sini.. Murah RM3 rasanya… Pastu tokey tu kasi buah nangka free.