Category Archives: My Notes

Rayyan yang tak duduk diam

Baru ada masa jap nak bercerita pasal Rayyan.Kala tak asyik citer pasal makan jer.Rayyan sekarang dah nak masuk 5 bulan. cepatkan!!! Now dia adalah tersangat expert bab guling mengguling. Asal letak ters meniarap kalau boleh time minum susu, tidur pakai baju semua dia nak dalam posisi tertiarap. Sampai Afriena pun tak paham kena adik dia suka meniarap. Last weekend kena inject yang 3rd dose dah.Dia dah agak lasak dah sekarang sebab walaupun dia meniarap, tapi selalunya akan bergerak  dari satu tempat ke satu tempat. Hari ni paling jauh dia bergerak adalah dari depan TV ke cot dia dalam jarak 1.5 meter. Baru letak hilang rupanya kat cot dia dok main dengan toy abang and kakaknya.

Tu baru meniarap, kalau dah merangkak tak tau macam mana. Kang ada je jumpa bawah meja, tak pun kat bilik-bilik lain. NAib baik kat rumah semua katil ala-ala rendah so no chance for him nak masuk bawah katil. As for his Abang and Kakak, sampai rumah je dok berlari terkam Rayyan. Rimas budak tuh. So far dia suka berkawan dengan Abang and kakak dia. Dorang dok layan dia main toys. Oh ya Ashraff and Afriena every puasa half day jer. Balik rumah pukul 1 mesti mintak nak makan. Takpelah slowly belajar.

Note: Excited tengok progress anak-anak sebab I adalah orang pertama perasan anak boleh buat tu ni. Dulu Maid jer yang dapat tengok first

Menyusu dan berpuasa

Semalam ada terbaca post pasal menyusu kat blog kambing bujang, so terdetiklah hati ini nak citer pasal my breastfeding journey semasa berpuasa. Ni kirakan first time berpuasa sambil menyusu. TO be frank, Rasa dia lain sikit. Penat yang eramat. Rasa macam kaki ada lembik sikit. Suara pun macam nak tak nak keluar. Tapi susu tetap banyak. Nak nak menyusu anak laki yang amatlah sihat badn dia.Walaupun baru 2 hari berpuasa tapi tetaplah nak berkongsi pengalaman. Alhamdulillah susu banyak and Rayyan tidak menunjukkan tanda-tanda lapar. Kalau tak puasa, everytime menyusu mesti I nak kena top up air hihi minum air la. kejap-kejap minum air. sampaikan kalau rasa nak menyusu tu, standby air kat sebelah sebab terasa dahaga sangat. Tapi masa bulan puasa, takde plak rasa dahaga cuma penat teramat.

Macam mana nak tambah susu semasa berpuasa? Since tak leh nak minum masa berpuasa, so bila berbuka, I minum air sikit, sikit bukan terus minum segelen. Dah 2 hari berbuka, bila azan jer, I akan makan kurma dan minum secawan air soya. Pastu baru makan kuih manis sikit. Seriuosly, I kena makan benda manis dulu sbb kalau tak macam nak pitam jer. Bila dah selesai makan nasi, I minum air kosong secara kerap alternate dengan air manis gak . My fav is soya and juice. so sebelum tidur mesti make sure minum air 5 gelas dah and 1/2 biji epal. Sahur plak, I minum air Milo panas tak pun Air Soya. Kalau ada fresh milk I minum je fresh milk. FYI I tak suka susu tepung. yikes. So masa sahur 3 gelas air make sure kena telan.PEpaham jelah time sahur nak minum air pun susah. Then sebiji kurma beserta makanan lain (selalu roti je masa sahur).

Alhamdulillah sehingga hari ini susu masih lagi banyak yang kadang -kadang baju basah. hahaha. Kuasa tuhan. Tu yang kadang-kadang, Afriena tanya

“mama, why your stomach got so many milk?”

Jawapan I,”cos I drink a lot  of milk”

Antara makan lain yang disyorkan makan untuk membanyakkan susu adalah

  • Oat – kekadang jer I makan, campur dalam masakan. Nak makan macam tu, macam kureng sbb tak syok makan sengsorang. I suka kalau oat masak dengan susu then makan dengan madu. Tapi time sahur nak masak?? Masak I pun boleh tertidur.
  • Sayuran hijau – yang ni momantai sebab I memang pemakan sayur
  • Kurma- Yang ni adalah yang terbaik.
  • Madu – kat rumah ada je madu, tapi lupa nak makan. I amalkan makan madu once a day in the morning. Kang sahur kena makan balik. Madu adalah makan yang bagus ok
  • halba- I tak suka ni. I allergy dengan halba sebab bila makan ni badan berbau. Susu pun berbau
  • horlick  and Milo – benda yang sentiasa ada. Selalu I bancuh campur fresh milk
  • Menyusu lebih kerap waktu malam – Rayyan macam pepaham jer, now asyik melekat jer tengah malam kekadang sampai 2 jam dok menyusu tapi mata pejam
  • Supplement lain – I tak makan supplemen. Jamu makan la

So pada ibu-ibu yang menyusu, selamat menyusu dan berpuasa. Besar pahala kita menyusukan anak. So far Rayyan belum makan solid lagi cuma baru di introduce jer. Nak tunggu 6 bulan ke atas baru start solid.

Note: Menyusu ni macam, Supply on demand, so kenalah kerap menyusu

Adakah Blackberry Phone akan Diharamkan Di Malaysia?

Kecoh satu dunia memperkatakan tentang Blackberry diharamkan dimana 2 negara Arab yakni UAE dan KSA (United Arab Emirates dan Kingdom of Arab Saudi) telah pun mengharamkan penggunaan telefon Blackberry di negara tersebut atas sebab-sebab keselamatan.

Kalaulah diMalaysia pon diharamkan juga… saya lah orang yang tersenyum lebar sebab saya tidak menggunakan telefon Blackberry nih.. cuma saya sedih sebab ramai diantara kawan-kawan, adik-beradik, sahabat handai saya yang menggunakan telefon BB ni……

Sebelum ini pon saya sudah memberitahu rakan-rakan yang meracun saya untuk pakai BB ni tentang semua data dan maklumat tentang pengguna BB tidak selamat or even setiap *tttuuuutttt* akan di *tuuuuuuuutttttt* oleh server Blackberry.. tapi kebanyakkan orang tidak ambil peduli tentang privacy dan rahsia data ini…

so.. kita tunggu dan lihat sahajalah apa yang akan jadi……