Category Archives: My Notes

Alhamdulillah dah sihat

Alhamdulillah dah nampak perubahan kat Rayyan. Dah boleh main sendiri. Kalau tak asal letak je nak nangis. asal mama dia hilang dari pandangan je nak nangis.Setelah ke klinik beberapa kali, finally tak tahan and tak paham apasal demam tak kebah, we proceed to PMC, thought kena admitted, tapi doc cakap viral fever and dorang kasi antibiotik for 3 days.

Hari kedua today nampak perubahan.Doc cakap mungkin dian nak naik gigi , my mum and MIL cakap dia nak ke another stage. Betullah … gigi dia nampak cam dah nak keluar and he shows some interest untuk berdiri. Cam cepat plak nak berdiri, merangkak tak berapa past lagi… asal jumpa benda tinggi terus berdi. Sian my baby… nampak susut badan dia walaupun minum susu banyak.Makan tak berapa sebab dia lagi interested dengan makanan orang lain.Since dia demam banyaklah kerja tak berapa dapat dilakukan. Masak pun ala kadar. Nak mengadapa abg and kakak dia pun ala macam sussah sikit…

Penatnye…

Alhamdulillah… finally ada gak chance mengadap PC. Since last Sunday, Rayyan demam balik. hari tu punya demam dah ok, after balik travel demam balik. Rasanya dia penat kot. Apa tak nya mak bapak jenis adventure sesangat. Semalam pepagi ahad tu pergi klinik. Nasib baik tak masuk spital sebab doctor kata lung dia ok cuma demam jer.

Budak kalau demam biasalah, nak merengek jer. Pantang bila tengolahk mama dia takde mesti mama mama mama. Bab menyusu lagilah.. nak melekat jer. so nak buat kerja lagilah susah. More wore papanye pun demam..nasib baik bukan jenis merengek… setakat picitkan kepala jelah… Seriious I penat sebab tidur pun tak cukup sbb bila baby badan panas I tak berani nak tidur….

And today Afriena plak nampak tanda-tanda nak batuk…. aduh penatnya and I really misss to cook….

Will update more especially pasal Hat Yai and Phuketnye story :)

Bercanda di Phuket

Semasa dok menaip ni, we all masih lagi kat Phuket. 2 kanak-kanak riang + bayi yang super riang dan peramah sudah tidur. Hari ni penat sebab dari pagi lagi sibuk dengan aktiviti. pagi tadi lepas sembahyang jer, budak-budak dah bangun sebab excited nak pergi pantai.

Dalam pukul 6.45 waktu siam, semua turun ke pantai dengan berbaju tidur sebab nak tengok ikan naik. Lepas main sambil bercanda tepi pantai masuk bilik, breakfast then lepak kejap.

Lepas tuh pakai “bikini” memasing pergi swimming plak. Berejam gak jadi duyung kat situ. Off course bebudak termasuk mak budak sungguh happy. Rayyan pun sama, siap dengan swimming suit lagi.

Lepas bercanda kat pool, kiterang pergi round satu Phuket cari makan and malangnye tak jumpa pun. Masa tu rasa macam nak cabut GPS dalam keter campak kat luar sebab semua tempat dia tak tahu. GPS kat phone pun rasa nak campak. alih-alih penat cari balik ke hotel, round kat tepi pantai ada jual ayam bakar, ikan bakar with nasi. Sukanye dapat nasi. Bebudak makan jagung bakar and ayam bakar. Sedap giler ayam bakar.

Lepas makan lepak kejap layan internet then round Patong plak for makan-makan. Pasal makan naanti kiterang update la ye penat den. esok we all nak ke tempat lain plak… hihhi.