Category Archives: My Notes

Beli Kasut Sekolah

Hari Awal Muharam hari tuh saja pergi jenjalan kat Pavilion. Actually for lunch. Lepas Lunch pergi tengok iPad. Saja pi tengok dulukan. Lepas usha iPad, pergi cari selipar Ashraff. Bising mulut dia complain selipar jepun Ben 10 dia putus. Nasib baik dia tak suruh beli tiket flight untuk beli selipar Jepun. Selipar tuh dah setahun, dok pakai hari-hari. Puas hati.

Tapi biasalah.. lain yang dicari lain yang jumpa. Jumpa kasut sekolah. Kasut sekolah cap Ben 10. Try test the quality ok gak. Beli sekali socks. Beli kasut 2 dapat shopping bag Ben 10. Harga kasut tuh 25.90 satu kot. Tak tau lah murah ke mahal. Sukalah hati dia sebab dia sorang je dapat. Yang adik dia meraung nak kasut sekolah. Dia mana guna lagi kasut sekolah….Tadika lagi. Next kena cari

  • Baju sekolah – 3 pasang
  • Baju Sekolah agama- 2 pasang
  • Kasut Sekolah – 2 pasang DONE
  • Stokin -3 pasang DONE
  • Beg Sekolah – 1 je, beg lama boleh pakai lagi
  • pencil case
  • lunch box – I prefer bento theme
  • sapu tangan
  • tumbler

  • Kami mahu ke New Zealand

    Tadi my friend msg me, tanya bila nak pergi New Zealand. Walaweh rupanya ada promolah. Kena tanya En suami nih

    Me: Sayang, boleh tak kita ke New Zealand?

    Suami: Huh Nak travel lagi ker? kan dah book tiket for Next Year pergi tmpat lain?

    Me: Sayang, tambangnye murah saya from RM199 je, tak caya cuba check sini

    Suami: Nanti nak check jap

    yeay best nye, boleh lah jumpa my friend kat sana, pergi bungy jumping and I know suami tercinta memang nak kesana untuk photo shoot. Eh yang nak kahwin kot kot nak buat pre-wedding photoshoot bolehlah kesana.

    Cepat-cepat book tiket sbb Booking Period :
    3 December 2010 – 5 December 2010
    Travel Period : 1 April 2011 – 10 November 2011

    Apa lagi? let’s go

    Persiapan ke Sekolah

    tup tap tup tap… lagi sebulan Ashraff akan masuk sekolah darjah satu. Cepatnye my baby ni nak sekolah. Camerlah ek. Dah lah manja mengada-ngada, beli barang kat kedai pun belum reti. Apatah lagi nak bercakap dengan stranger… Takpe, there will always first time. Slowly. Oh ya, now I dok mensevey untuk beli uniform sekolah.

    Mana nak beli Uniform sekolah yang harga tak mahal tapi kualiti ada. Berkualiti maksudnya kain tu biarlah tebal sikitkan. Pernah beli sekali je baju sekolah untuk ashraff, beli kat Professer. Kain baju dia ok, tebal tapi harga dia?? kalau beli 3-4 helai , seluar sekolah lagi…waoooo… Tu tak kira baju sekolah agama lagi.

    Hari tu masa round PJ Old Town, nampak kedai jual baju sekolah

    Nampak macam banyak baju sekolah.. tak masuk pun tak jumpa parking so cannot say the quality. Pastu jenjalan pergi Jusco Equine jumpa plak kedai nih

    Ada lah jual baju sekolah… quality not bad.. tapi still masih nak survey kat mana nak beli…

    Below are the checklist for school preparation

    • Baju sekolah – 3 pasang
    • Baju Sekolah agama- 2 pasang
    • Kasut Sekolah – 2 pasang
    • Stokin -3 pasang
    • Beg Sekolah – 1 je, beg lama boleh pakai lagi
    • pencil case
    • lunch box – I prefer bento theme
    • sapu tangan
    • tumbler

    Apa lagi nak kena beli ek… hihi anak pertama biasalah…Looks like next month bertambahlah kebizian. Pagi hantar sekolah agama then fetcing back, lunch pergi chinese school plak.Those yang ada anak pergi sekolah 2 sessions kan, bila masa your kids buat homework and bila masa time tuk bermain? Macam penat jer…Esp yang pergi Chinese School.