Category Archives: My Notes

On the road

fuhhh bunyi macam beli kereta.. berapa? RM70K on the road. hehehhe. Bukan,  On the road maksudnya, atas jalan.Since Ashraff dah start sekolah, seawal pukul 7.30 dah kena melompat masuk kereta sebab kena hantar dia KAFA then kul 10.30 keluar balik sbb nak hantar dia ke Sekolah petang.

Ashraff masa setahun 3 bulan

Keluar 10.30, sampai sana dalam 10.50 gitu then lepak dengan dia, suapkan makan pastu siapkan dia sekolah petang. Semua tu buat kat sekolah agama. Dalam pukul 12 , drive ke sekolah petang dia. Lepas tu drive pulak ke kindergarthen Afriena. Amik Afriena then baru boleh balik lepak kat rumah. fuhhh penat beb esp kalau hari panas. I memang cepat penat kalau panas , memang dari dulu lagi. Kalau kena panas lama sangat mulalah lembik. hehehe kena minum banyak air.

Paling kesian Ashraff le, pas sekolah-sekolah, Sekarang nampak berubah sikit. Petang pukul 7, sampai rumah, tak payah suruh terus mandi, pastu mintak nak dinner dah. Now dia selalu dinner sengsorang tak dapat nak tunggu papa dia. Lapar kot tapi dia makan banyak dah rasanya. Breakfast pukul 9.30, Lunch 11.30, tea 3.55 Dinner 7.30. Supper belum kira lagi tuh. Lepas makan terus keluarkan homework. So far homework tak banyak sangat. Kalau nak compare dengan homework Afriena.

Anak you all macam mana ek?mesti penatkan dorang sekolah 2 session?

Dong Xuan Market, Hanoi

Dong Xuan Market ni adalah dalam itinerary kiterang. Masa singkat sangat so pilih yang dekat dan betul-betul menarik sahaja. Actually, they offered us to stay sampai Saturday, tapi terpaksa say “no” sebab memikirkan anak lagi 2 orang kat Malaysia. So on Thursday morning, after breakfast kat hotel, amik teksi ke pasar Dong Xuan. Tambang dari Nikko Hotel ke sana cuma RM6. berapa puluh ridu dong tu kire sendirilah ye…

Sampai je.. apalagi masuk jelah kedalam. Macam -macam dia jual. periuk belanga, kain, alas meja, pin rambut, kasut.. cakap jer.Macam-macam ada!!!

Tengoklah apa yang ada….klip rambut. ingat nak beli tapi bila mengenangkan klip rambut yang berterabur kat rumah, Kheirul cakap tak payah. hahahaha

Masa ni I dok belek boot kulit kerbau. berkenan gila.. tapi takde saiz. Giler berkenan sebab ringan and off course murah. Boot yang lain tak berkenan sebab I suka and only kena pakai flat (cos of my spinal problem). Takpe boleh cari masa next vacation. You all kalau nak pegang kasut kulit kena perati dulu takut kulit khinzir. kang nanyer beb.

I juga telah terjebak beli beg. Beg -beg yang di sulam. I beli 5 begs sulam dalam RM35 jer. Pastu beli FM . Kat sini silalah tawar gila gila. Boleh dapat diskaun sampai 60%. Conversation? pakai tangan, yes , no, and calculator. settle jer. Penjual? very friendly. Nak-nak kalau ada baby.

Pastukan kat atas tu lagi heaven. Bak kata Kak Liza, memang best shopping kat Hanoikan. So kat atas tu banyaklah fabrik. Kain langsir, kain jersi, kain jahit seluar, kain cotton, macam-macam jenis kain lah…memang best. Tapi I tak beli pun. Tengok jer. Lagipun I sorang jer naik. Kheirul and baby dok bawah sebab leceh nak angkut stroller.

Lepas beli, FM terus kiterang keluar jenjalan. Tetepi jalan adalagi kedai jual barang.I terjebak lagi beli baju. Blouses kat sini murah and lawa.

Toys pun ada…Habis round Dong Xuan Market, kiterang ke Hoan Kiem Lake and Nisa Restaurant. Nanti sat lagi update yer.. Rayyan nak susu plak. For those yang nak ke Hanoi, kena pergi sini kalau nak beli segala jenis fabrik. More piccas.. see here

Sekian….