Category Archives: Makan Time

Halal Food in Bangkok:Yana Restaurant – MBK Plaza Bangkok

Makan time! Masa dah landed dah rasa lapar gila. Bila dah check-in kiterang makan light dulu. Memang I dah standby biskut dah for kids. Normal la kot perut kiterang, bila fly je, landed mesti lapar sesangat. After check-in mandi-manda then terus jalan kaki ke MBK. Sesampai je… mata dok survey tengok barang tapi pada masa yang sama perut dok mintak di isi. So kiterang terus naik atas ke International Food Avenue kat Levell 5 for dinner.

Tengoklah muka memasing yang begitu ceria sebab excited katakan sampai tempat orang.


Kat Level 5 ni selain Yana restoran, ada lagi kedai halal lain. Tapi dia more to kebab la. Kiterang cakap apa kelas makan kebab kat Siam. Mestilah kena makan tomyam.

Masuk je, waitress terus kasi menu.Pekerja kat situ boleh cakap melayu kelantan. One of them asal dari Narathiwat.Datang Bangkok sebab belajar. So kerja sini part time kot.Ada memacam menu.

Antara yang kiterang order, Tomyam …

Ramai gak yang datang makan. Not only muslim non muslim pun ada. Nampak tu perempuan rambut panjang tu? tu Japanese girls. Ada ke patut dorang tanya ada pork chop??? bengkek je staff kat situ. Dorang pun cakaplah muslim food only. Last sekali I nampak the japanese order sama dengan apa yang kiterang makan.Tengok Rayyan, memang dia takleh duduk diam.

Yang pakai tudung tu orang siam tuh…Yang sebelah tu orang jepun. Yang kelakarnye esoknya pun kiterang jumpa lagi kat Grand Palace. Siap bertegur sapa lagi. Lupa plak nak berkenalan dengan lebih rapat.

Ni popiah, bak kata Ashraff spring roll. Dia memang suka dengan spring roll. Jangan tanya I sedap ke tak sebab I Tak rasa pun dia makan licin.Nasib baik bunga tu pun dia tak makan.Bila tanya dia sedap tak dia cakap sedap.

Ni dessert, I punya. Kalau orang lain maybe suka makan dessert lepas main course but me, I suka makan sebelum main course. Sedap gilosss. Tambah ice sikit. Kalau kat KL selalu makan kat Johnny’s. Tapi this time , Rayyan yang banyak makan. Yang kaler merah tu, sengkuang tau. Dia dok dalam tepung ubi. Yang kaler kuning plak nangka.

Ni plak, sweetcorn soup untuk Afriena.Very Creamy. Licin dia makan sambil dibantu oleh Rayyan.

This is Stir fried roast beef with pepper corn. Rasa dia sedap .Nak kata pedas tak pedas tapi combination rasa lada hitam yang segar dengan daun selasih tukan memang kena. Daging dia pun juicy walaupun itu adalah daging kotak.

Tau tak apa yang kaler hijau tuh? Itulah fresh peppercorn. Rasa dia menyengal sikit. Tapi tak pedas. I think this is good choice untuk orang pantang la. Tapi jangan takut makan ni tak terkentut punya.

jeng jeng jeng jeng… ni bukan kari tau, ni tomyam. Tomyam kat Bangkok ni agaknya semua letak santan kot. Tapi dia tak rasa muak. Rasa dia creamy ada, masam ada, manis seafood ada, pedas pun ada. berair hidunglah. Memang sedap. Tomyam seafood dia semua jenis seafood ada. Ada ketam, ikan, udang and sotong. Penuh periuk. Sotong dia lah yang paling sedap sebab perfectly cook.

Muka ala-ala terkejut tengok makanan sampai.Punyalah besar tomyam dia. Habis licin tinggal serai dengan lengkuas.

Ni total kiterang makan. Pricy a bit sebab tempat makan dia agak class . Tapi worth to eat to there for RM75 (B750). Kalau makan kat KL pun sama je harganya.

For those yang nak pergi Bangkok bolehlah kesini untuk Muslim Food.Ni website dia. www.yanarestaurant.com

Makan dan makan lagi. @ Chili’s Bangsar

Ni Sabtu lepas punya story, baru dapar gambar. Masing-masing Sabtu bangun lambat (tidur balik selepas solat subuh), so perut lapar. Bila tanya nak makan apa, semua jawapan tak sehati sejiwa. Sorang nak makan pizza, sorang nak makan burger, sorang nak makan steak, sorang lagi tak tau nak makan apa. Actually I senang je, Kalau boleh I nak makan nasi dengan gulai kawah and ada budu. So, pikir punya pikir, Chilis la jawabnya. Terus shoot ke BSC. Dah lama tak ke sana. Dah banyak berubah. So sampai je kiterang order …

Ni Kheirul punya menu – LAMB SHOULDER*Grilled lamb shoulder with Chili’s special marinade. Served with mashed potatoes with black pepper gravy, seasonal veggies & garlic toast. Lamb dia sedap. juicy and tak liat.

Yang ni I punya – BIG MOUTH® BITES*Four savory mini beef burgers topped with beef bacon, cheese, sautéed onions and Ranch dressing on sesame seed buns. Served with crispy onion strings and jalapeño ranch dressing.

Ingatkan burger dia, kecik cute cute, rupanya besar gak. Kheirul yang kena tolong abiskan sebab I ada mash potato lagi share dengan Rayyan. Patties dia sedap cuma bab roti dia macam dry.

Mashed Potato yang disukai ramai. Semua makan sebab semua suka. Esp Rayyan and Ashraff

Ashraff all time favourite. Dia makan sorang habis. While Afriena,dia order macaroni n’ cheese. Sepinggan dia sorang makan n licin takde sebiji macaroni pun tinggal. Me and Kheirul minum Ice lemon Tea, Afriena Grape, Ashraff Apple juice. Semua free flow. And Rayyan minum air suam je… Lepas makan , kiterang tak order pun dessert sebab dah ada plan lain. Red Velvet cake beli kat kedai sebelah. Sedap giler RVC dia, lembut, moist and tak dry. Cream dia pun tak manis. Kids plak amik Creampuff. Lepas tu kiterang ke Maluri plak. :)

 

 

Pancake for breakfast

Musim cuti sekolah ni, bangun pagi je kena masak. Selalu hari sekolah buat yang simple je. sandwich paling senang paling berkhasiat. BUt bila cuti takkan nak sandwich lagi kan. So bebudak ni request nak pancake. Dorang ni peminata pancake termasuklah mak budak. Kalau kat Mc D, pancake dua keping dah 4.50, and 2 keping mana cukup untuk dorang. So I made it myself. Selak je resepi kat memana.

Bukan susah pun buat pancake ni, asal ada tepung, susu and telur boleh je buat.

Tengok resepi kat bawah ni

INGREDIENT

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar gula halus (saya kurangkan manis)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar minyak zaitun (takde minyak zaitun boleh je pakai minyak jagung, miyak kelapa sawit or melted butter)

METHOD

  • Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Make sure adunan tidak pekat sangat dan tidak cair sangat.
  • SImpan sekejap dalam peti sejuk dalam 30 minit gitu
  • Bila nak makan, panaskan kuali non stick (Saya pakai periuk tefal), then sendukkan adunan
  • masak pada api sederhana, bila nampak buih-buih, balikkan pancake
  • Masak untuk seminit dua
  • Angkat dan hidangkan dengan jem atau butter

Our, favourite will always butter and honey. Honey is MUST kat rumah. every morning telan madu for me. Tak pun makan dengan butter and maple syrup. Tapi kat rumah takde .Next time le beli.

So kengkawan selamat mencuba resepi mudah ini. Berkhasiat untuk anak-anak. Makan petang pun boleh.Makan dengan ice cream.